٢٨.١٠.٢٦

Anjing oh anjing

Korang duduk kat taman majmuk tak? I mean taman yg penghuninya mix. Ada melayu, cina, india dan lain-lain. Yang aku nak citerkan kat tmn aku nih. Pg petang ada je anjing yg berkeliaran di jalan-jalan. Ada yg jinak dan ada yg liar. Jinak kerana ada tuan(barua) yg memegang tali tengkoknya. Liar kerana tuannya membiarkan ianya berkeliaran. Takat ni takde dengar kes digigit/dikejar anjing kat taman aku nih..


Paling tension aku ialah 2 things. First anjing ni jinak sangat. Rumah org buat cam rumah sendiri. Dia nak berlingkar depan pintu atau bawah keta dia tak kisah punya. Tutup pintu pagar? Boleh tapi yang kecik terlepas gak. Aku kena sekali. Nyaris dia melepak bawah keta je. Pas tu kena perambatlah. Secondly anjing yg jinak tu barua dia bengong kot. Taman permainan dia bawak anjing dia bersiar-siar. So aku tak gamak nak bawak anak-anak(kecik lg. baru 7 bulan)/anak buah aku pi main kat situ.


Paper hari ni plak cite pasai sorang
mamat tuh
digigit anjing waktu berjogging. Takat yg aku dengar asyik2 muka melayu je yg kena gigit. Tak dengar rasanya india atau cina digigit anjing. Apatah lagi kalu tuannya digigit anjing.


Aku tumpang sedih & berbangga. Berbangga kerana
Malaysia ni negara islam hadhari(had hari). Sedih kerana pihak berkuasa tak
ketatkan peraturan membela anjing. Anjing tak dibenarkan berkeliaran tanpa
tuannya. Kalu tanpa tuan anjing tu ialah anjing gila & akan ditembak. tak
dibenarkan membawa anjing di taman permainan. Bilakah waktu itu kan tiba???
Ataukah isu ini akan senyap balik. Pas tu ada kes maka timbul balik. Then senyap.
Cam biskut chipsmore. Kejap ade, kejap takde

٢٦.١٠.٢٦

Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan....

Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan,
kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang
beriman. 51 - AZ-ZAARIYAAT, 56


Aku nak sharing sikit file mp3 pengajian/ceramah ngan korang suma. Klik
kat sini, user name:dtk_01, password:joe_pg. Korang nak mendownload suma pun
dipersilakan. Cuma aku harap korang buat 2 perkara nih. Jgn delete file dlm
e-mail nih & sebelum/selepas download korang tribute la kat aku dalam ruang
comment nih.


p/s: Korang dengar/hayati mp3 nih. Ambik mana yg
baik je. k

٢٣.١٠.٢٦

4 all my bloggers friends

كاون
Kawan bertahun kita bersama
Bagai semalam baru bersua
Kawan di hadapan oh indahnya
Kita bersama berkelana

Namun kita jauh
Di dunia sendiri
Bekalan sendiri (semangat sendiri)
Impian sendiri
Meski pun jauh namun
Kita tetap bersama
Dek ruang yang memisahkan kita

Kawan hidup ini umpama langit
Yang tidak selalu cerah
Kawan hidup ini bagaikan awan
Yang tidak selalu putih

Ingatlah (ingatlah kawan ingatlah)
Takkan terus berkelana
Ingatlah (ingatlah kawan ingatlah)
Pasti akan hilang

Kawan jangan biarkan dirimu
Seperti rama-rama
Cantik namun akhirnya
Menjadi perhiasan di dinding

Kawan jangan biarkan dirimu
Umpama lipan dan kala
Berbisa namun akhirnya
Menjadi perhiasan dimeja tulis

Oh kawan jadilah seperti si matahari
Membakar diri demi insan sejagat
Oh kawan jadilah seperti bulan purnama
Menerangi malam yang gelap gelita
Menunjukkan jalan demi umat semesta

Nyanyian Unic

qoute: JIKA PERTEMUAN DI ANTARA KAMU DENGAN
SAHABATMU ITU
TIDAK MENERBITKAN RASA KASIH DI HATINYA TIDAK MENGAPA.
TAPI...
PASTIKAN RASA KASIH ITU SUBUR DI HATIMU...
Insya-Allah


sumber asal terdapat di
sini
bertarikh 18/11/05

٢٢.١٠.٢٦

Masa

Di dalam sebuah kelas falsafah, seorang profesor berdiri di hadapan dewan kuliah, meja di hadapannya terdapat beberapa barangan. Tanpa sepatah perkataan, kelas bermula dengan beliau mengambil sebuah balang mayonis yang besar dan mengisinya dengan bola golf.

Dia kemudian bertanya kepada para pelajarnya, adakah balang tersebut penuh, dan pelajarnya menjawab "ya!". Profesor kemudian mengambil sekotak batu kerikil halus dan menuangkannya ke dalam balang yang telah dipenuhi bola golf tadi, lantas menggoncang balang tersebut dengan lembut. Bebatu kerikil mengisi ruangan kosong di antara bola-bola golf. Sekali lagi dia bertanya akan pelajarnya sama ada balang tersebut telah penuh, pelajarnya lantas menjawab "ya..."

Tanpa menjelaskan apa-apa kepada pelajarnya, profesor tersebut lantas mengambil pula sebuah kotak yang berisi pasir dan menuangkannya ke dalam balang tersebut. Pasir yang dituang mengisi ruangan di antara batu kelikir dan bola golf. Seperti tadi dia bertanya lagi kepada para pelajarnya sama ada balang tersebut telah penuh. Dalam keadaan yang penuh persoalan, rata-rata pelajarnya menjawab "Ya.."

Sejurus selepas itu, profesor itu kemudiannya mengeluarkan dua cawan kopi dari bawah mejanya dan menuangkan kedua-duanya ke dalam balang yang telah sedia ada diisi batu golf, batu kerikil dan pasir tersebut. Air kopi mengisi ruangan yang terdapat di antara pasir. Para pelajar mula ketawa dan tersenyum meihat tindakan profesor tersebut.

"Sekarang..." profesor mula bersuara apabila riuh rendah dan gelak ketawa pelajarnya berkurangan. "Saya mahu anda semua menganggap
balang ini sebagai kehidupan anda... Bola-bola golf mewakili perkara penting - Tuhan, keluarga anda, anak-anak, kesihatan anda, kawan-kawan dan semangat anda - Jika anda kehilangan segalanya dan hanya perkara penting ini yang masih anda ada, hidup anda masih penuh.
Batu kerikil halus ini pula mewakili perkara-perkara lain seperti kerja anda, rumah atau kereta anda, manakala
pasir pula mewakili perkara-perkara lain, yakni perkara-perkara kecil."

"Jika anda memasukkan pasir ke dalam balang dahulu..." "... anda tidak akan mempunya ruang untuk batu kerikil dan bola golf. Ini sama juga seperti kehidupan anda. Jika anda menghabiskan masa dan tenaga untuk perkara-perkara kecil, anda tidak akan mempunyai ruang untuk perkara yang sebenarnya lebih penting untuk diri anda." "Ambil perhatian untuk perkara yang kritikal untuk kebahagiaan anda.Luangkan masa gembira untuk anak-anak. Sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan, bawa pasangan anda untuk makan malam, yang pasti, anda akan masih ada masa untuk membersihkan rumah atau urusan lain. Sila ambil berat akan bola golf dahulu - iaitu perkara yang benar-benar penting. Tetapkan keutamaan. Perkara lain cumalah pasir..."

Salah seorang pelajarnya mengangkat tangan dan bertanya apakah pula yang diwakili oleh air
kopi. Profesor tersebut tersenyum. "Saya gembira ada yang bertanya. Ianya
menunjukkan bahawa tidak kira bagaimana penuh pun kehidupan anda, akan
sentiasa ada ruang untuk secawan dua kopi bersama rakan-rakan..."


Renungan untuk semua. Apabila kehidupan anda seakan terlalu penuh dan tampak sukar untuk diuruskan, apabila 24 jam sehari seperti tidak mencukupi, ingatlah kisah "Balang Mayonis dan 2 cawan kopi ini... "

Marilah kita bersama mengambil iktibar dari cerita ini, berapa ramai kita yang menggunakan masa yang mereka ada dengan baik dan teratur atau kita sekadar melihat masa itu berlalu pergi tanpa kesal.



Nota kaki:
Masa tak akan pernah cukup kalau kita tak pandai menguruskannya.

Tazkirah

Dalam sebuah hadis lain yang diriwayatkan oleh At-Tarmizi daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
"Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana iaitu:
1. Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan) diagih-agihkan kepada orang-orang yang tertentu sahaja. yg aku faham ialah kontrak yg dibagi sesama kroni secara tidak telus.

2. Apabila zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan (terpaksa). kerana nak elak dari cukai pendapatan bukan kerana kerelaan

3. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri. cth kes penyelewengan duit PPRT dulu

4. Apabila suami terlalu mentaati isteri. cth. apabila gaji isteri lebih dari suami

5. Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing. bukti? Makin banyak rumah org tua didirikan

6. Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri. cth tu yg kes lari dari nikah kelmarin sayang lagi boipren dari mak bapak dia...

7. Apabila kedengaran banyak bunyi bising. cth. Long Wan Parit Buntar ni pasang muzik cukup kuat. kami yg masuk pun terasa bingit

8. Apabila lebih ramai berbicara mengenai hak keduniaan di dalam masjid. khutbah Jumaat lebih banyak cite pasal had hari(tamadun) dari hal2 akhirat

9. Apabila sesuatu kaum itu terdiri daripada orang yang dihina oleh mereka. cth Ketua Briged Putera Umno yg auta dengan Phd/Masternya(lupa plak yg mana satu).

10. Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya. cth kes Bekas Ketua Kastam mintak maaf kat Najib

11. Apabila arak menjadi minuman biasa. cth kat 7eleven 24 jam kat Pahang sekarang ada dijual

12. Apabila lelaki memakai sutera. yg aku faham ada sutera walau sikit pun haram. Kan ramai datuk2(bila depa dapat cucu?) pakai baju sutera?

13. Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki. cth Konsert Siti Nurhaliza kat Royal Albert Hall London

14. Apabila wanita memainkan alat-alat muzik. cth cam Siti Nurhaliza main gitar dalam iklan Maxis 3G tu la.

15. Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu. cthnya Astora Jebon. Hasan Albanna, iman mazhab yg 4 pun dikomplennya. itu tak betu ini tak betul.

maka pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah (puting beliung) atau gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi.
Seandainya kita sama-sama merenungi hadis di atas, tidak dapat tidak kita akan menerima hakikat bahawa bencana yang menimpa sesuatu kaum itu adalah berpunca daripada perbuatan mereka sendiri.
Oleh itu, sama-samalah kita kembali kepada tatacara hidup seperti yang dituntut oleh Islam, semoga kehidupan kita akan dirahmati keamanan dari dunia hingga ke akhirat.

p/s: aku bagi contoh berdasar kefahaman aku sendiri. Mana korang rasa sesuai terima je lah yek

Catatan musafir ke Tg Malim

19/11/05 kul 7 pg bertolak dr rumah.8 pg singgah RnR Bukit Gantang. Mandi bunaiya n sarapan. 8.40 teruskan perjalanan. Lancar hinggalah sampai kat rumah Mak Ngah Chak kat Sungkai. 11.00 sampai ke destinasi. Menjamu selera. ada open house. tidur kat sana
moral: Kalu ada open house kalu bleh pi hangpa pi la.

20/11/05 menyiapkan bekal nak pi zoo. kul 11 bertolak dr Sg Behrang ngan 3 biji keta. Lalu ikut Ulu Yam jalan ke Genting Highlands. 1 ptg sampai kat zoo. ramainya org.Tiket Rm10 dewasa n RM5 bebudak. Pak Long Acoi sponsor. Naik traktor(tah apa kenamanya). Byklah bianatang dpt tgk. Tapir, merak, beruk, gajah, babi hutan, singa dll lagi. Kat stesen 8 baru turun.tgk siamang, ungka, hanuman, Nak tgk show ikan lumba tapi kul 3 nanti. so kami blk terus. Tak larat tunggu. Singgah kat rumah Mak Ngah kat Setapak. Kul 6.30 baru balik. 9.00 mlm sampai balik Sg Behrang.
moral:kalu nak tgk binantang pi la ke zoo. Kalu nak tgk org terkinja-kinja pi la konsert AF4. tapi bukan suma tau.

21/11/05 Berehat kat rumah. Kul 2 pi open house rumah Tok Piah kat Selisik.
moral: R is for a rest. It good for our body. Ikut lagu lama iklan vitagen
22/11/5 9 pg bertolak balik. Singgah kat Masjid Sungkai. My left back tyre car pancit! Alhamdulillah . ada sorang hamba Allah yg mai tolong tukar. Aiseh tyre spare rim 14. aku guna rim 16. spana dia plak takde. mamat tu la yg tlg amik apana kat umah dia. Pas tu dia tlg bukak tyre.akau bukan pernah buat. masa psg tyre spare aku buat plak. senang je ye. Tukar tyre baru kat Tapah. RM137. teruskan journey. kul 2 sampai rumah
moral: 1. malang takde bau, rasa atau diramal. 2. Pastikan ada satu spanar tyre(T spanar?) dlm keta dan tahu camna nak jek n bukak/pasang balik tyre.

١٤.١٠.٢٦

Cegahlah kemungkaran...

ط¨ط³ظ… ط§ظ„ظ„ظ‡ ط§ظ„ط±ط­ظ…ظ† ط§ظ„ط±ط­ظٹظ…

Aku nak ulas tentang lagi raya ni nyanyian Mamat(x vokalis Exist ni) ni
Tang
....Kan ku sujud di kakimu bila kita bertemu...
Ni mana punya mazhab dalam Islam yg bolehkan kita sujud kat kaki org( hatta ibu sendiri)?
Nabi bersabda

Dan jika sekiranya manusia dibolehkan sujud kepada manusia, nescaya aku perintahkan
si isteri untuk sujud kepada suaminya.â€‌(HR. Al-Hakim)


Yang aku tahu agama hindu je yg cium kaki ibu. Aku dah melakukan yg termampu. Aku Bukan SENIMAN,PAPITA,
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Pengerusi YADIM, Majlis fatwa atau mufti yang ada kuasa terhadap ni

Dari Abi Said Al-Khudri r.a, katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : " Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya ( kuasanya ). Sekiranya ia tiada berkuasa maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya ( nasihatnya ). Sekiranya ia tiada berkuasa maka hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya ( tidak meredhai perbuatan tersebut ). Dan yang demikian adalah selemah-lemah iman.


Aku rasa iman aku yg paling lemah. Korang?

١٢.١٠.٢٦

catatan harian utk 3 hari

ط¨ط³ظ… ط§ظ„ظ„ظ‡ ط§ظ„ط±ط­ظ…ظ† ط§ظ„ط±ط­ظٹظ…

11/11/05 8.00 mlm Jamuan Raya my new Department. Biasa je. ucapan, lagu raya & plg best bab makan2 le.. gambor? cameraman agak sibuk hari ni tak sempat nak prosess. Nanti kalu siap aku uploadkan ke sini. Yg aku plg best speech my new bos ni. islamik content beb. Bos2 aku kat old department dulu tak sentuh pun bab2 islamik nih. Raya kerana telah sempurnakan puasa, kejayaan dia(jd big boss sini) atas anugerah Allah. Pergh.! respect habih wa cakap sama lu. Department ni plak jenis buat event semua guna pakatan. kawan tu masak ni, kawan ni bw mai ni dll. My old department buat event suma pakai catering. Biasa la kan. Lain padang lain belalang

12/11/05 pg pi BIMB buat saving acc my beloved bunaiya. Lama gak process dia till tengah hari. Ptg pi raya rumah PON. Aku & syg(wife) berkenaan sungguh cara dia hias rumah dia. Dapur dia, awning, lanskap dsbnya. nanti bila our new house siap next year(insya Allah) nak design better than him. Pi rumah AHS. Makan soto sup. Rumah punya la besor. 5-6 bijik keta bleh masuk. Tapi anak cuma 2 org je.. Karang bunga. Takpelah rezeki dia. My brother in law(yg kawin sama2 dulu pun takde zuriat lagi) . Kira bg aku ni patut sgt sujud syukur. Pi rumah my new bos. Anak 4. 1 male. Sopan. Keluar salam ngan kami. tapi yg pompuan kuar pakai t-shirt lengan sekerat. plg tua nak msk form 1 next year. pi plak rumah SIAH. nak sambut anak ketiga 2,3 bln lg. Anak murid aku & syg. hehehe. Confirm twin pregnant. moga dpt male. sblmni dua2 pompuan. tp yg pasti la ni aku susah nak jln lama2 kat rumah org. Bunaiya ni mudah meragam kalu tak dpt tidur. Rumah member plak dekat2. Takpelah. Next year k kot. dah umur 1 thn setengah dah..

13/11/05. pg pi raya rumah P C Mi. Then rumah Hasnor(member kamceng nih!) lunch kat sana. Ptg gi rumah C Nani(my wife friend). Open house. Ramai org. Ada la 1 twin boys aged 8 year. Syg cukup berkenaan. Tak duduk diam tapi taklah buas panjat sana sini. Aku yg dok sembang ngan ayah dia tahu la. Panjat pagar kat rumah. Takat jatuh lebam tu biasa la. Moga bunaiya kani nanti much bette than this boys. Amin. Pi plak rumah U Zul/K Salina. Memang betullah kata yg menyebut org bertaqwa tgk muka je hati rasa nyaman & tenteram. U Zul takde kat umah. Pi kursus kat Pulau Pangkor. # hari start this day. 3 muslimah & sorg muslimin. Tgk cara berpakaian pun dah islamik. Dgn adab sopan lagi. Maybe inilah yg dikatakan syurga yg disegerakan di dunia. Pastu plan g rumah Dr Bad. cancelled. Tak jwb phone. Pi rumah A Syim. Cancelled gak. Pi rumah K Syah. takde kat umah.blk terus rumah

glosari
karang bunga - mendapat anak lelaki & perempuan berturutan. tak kira sapa mai dulu

quote:
Barang siapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya nescaya Kami berikan pada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan dirugikan. Itulah orang-orang yang tidak memperolehi (nikmat) di akhirat kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia dan sia-sialah terhadap apa yang mereka kerjakan.
طµط¯ظ‚ ط§ظ„ظ„ظ‡ ط§ظ„ط¹ط²ظٹظ…

٩.١٠.٢٦

Bila malas menguasai diri

dah 3 hari tak update. tah. rasanya takde benda nak sgt yg boleh disharekan. Before this blog i have use two website iaitu fakir, joe. Baru2 ni plak tambah satu lagi kat fotopages. anggaplah yg fakir & joe tu dah berkubur. Bukannya apa semenjak dpt bunaiya ni makin krg masa nak buat lain. Hatta mengaji pun lama dah tak pi. Tazkirah Ramadhan lepas kat Kpg Kedah,PB pun tak pernah pi. Banyak terawih kat rumah je... Maybe coz sibuk ngan twin ni atau memang malas pun. hehehe. Rasanya Ramadhan ni antara yg paling ceroi. Ni pun coz shift to new department. Kurang sikit beban kerja. Cukup la dulu. Nanti cite benda lain plak

glosari
ceroi - lekeh, plg minima(bahasa Utara/kedah)

٦.١٠.٢٦

& Allah kan mengujimu dengan...

Gambar bunaiya ketika cukur kepala dahulu

ط¨ط³ظ… ط§ظ„ظ„ظ‡ ط§ظ„ط±ط­ظ…ظ† ط§ظ„ط±ط­ظٹظ…

Kelmarin aku dan isteri diuji Allah sekali lagi(memang akan selalu diuji) melalui 2 bunaiya kami. 13/10/05 mlm isnin abg & adik tak mahu tidur. Menyusu & minum air masak pun enggan. Maybe ada ulser in their mouth or trout. Meragam tak mahu tidur. Jika tidur pun hanya seketika & tak mau jerap. Aku dpt gak tidur jap Kesian kat mama/sayang. Tak tidur langsung. Inilah nama kasih seorg ibu. 2.. Syg berpanjangan membawa ke syurga kasihnya ibu... (1234 Aris Ariwatan). Moga Allah kurniakan sakinah & kesabaran dalam mendidik zuriat kita menjadi ظ‚ظڈط±ظ‘ظژط©ظژ ط£ظژط¹ظ’ظٹظڈظ†ظچ bagi kita & masyarakat. Amin...