١٧.٦.٢٧

Tahukah Anda?

Peguam Kes Murtad Shazalina/Linda Choy (Ust Zulkefli Nordin), beliau telah memberi ceramah di Surau As Sakinah, TTDI JAYA, Selangor tentang kumpulan kafir Artikel 11/IFC. Mereka ini (IFC) sedang bergiat untuk menghapuskan keistimewaan orang Islam di Malaysia, pihak Mahkamah Persekutuan hanya ada masa 6 minggu sahaja lagi untuk membuat keputusan sama ada melulusakn atau tidak. Kalau LULUS maka orang Islam dalam bahaya besar.

Info Lanjut
Azlina Jailani seorang "sales assistant". Usianya kini lebih kurang 42 tahun. Dia memeluk agama Kristian pada pertengahan tahun 1990an (tak sempat semak tahun sebenar). Dia menukar namanya dengan kelulusan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kepada Lina Joy setelah memeluk agama Kristian. "Malangnya" bagi dia, di dalam myKadnya, tertera agama "Islam". Dia ingin berkahwin dengan seorang "cook" (Kristian). Dia tidak dapat berkahwin secara sah memandangkan pada myKadnya dia dianggap sebagai seorang Islam.

Dia turun-naik mahkamah bertahun-tahun untuk mendapatkan pengesahan bahawa dia bukan lagi seorang Muslim tetapi adalah seorang Kristian. Rayuan-rayuannya belum lagi memperoleh kejayaan.

Namun begitu Federal Court sedang mempertimbangkan isu penting iaitu sama ada Mahkamah Sivil mempunyai "kuasa" untuk memerintahkan catatan "Islam" pada myKadnya diubah kepada (kosong) atau Kristian. Soal kedua ialah sama ada pengesahan bahawa dia bukan Muslim lagi perlu dirujuk kepada Mahkamah Syariah.

Keputusan Mahkamah Persekutuan ini besar implikasinya kepada rakyat Malaysia khususnya masyarakat Islam.

Soalan saya adakah kita umat Islam bersedia menghadapi impak keputusan Mahkamah Persekutuan yang bakal keluar nanti.

Jika rayuan Sdri. Lina Joy (dahulunya dikenali sebagai Azlina Jailani) diterima, maka suatu komuniti baru akan wujud di Tanahair kita iaitu orang Melayu yang dahulunya Islam tetapi bukan Islam.

Beberapa kemungkinan akan timbul:-

(a) orang Melayu tidak semestinya Islam;

(b) akan timbul Bumiputra Semenanjung (jika anda faham maksud saya);

(c) ketuanan Melayu (mengikut tafsiran Perlembagaan Malaysia) akan tergugat;

(d) tidak mustahil akan merebaknya rumahtangga atau keluarga jamak agama!

Jika rayuan dia ditolak, akan timbul dilema berikut di dalam batang tubuh umat Islam iaitu orang Melayu yang pada zahirnya Islam tetapi sebenarnya tidak Islam. Selepas satu generasi akan timbul komuniti "Islam" yang pelik amalannya.

Renungilah juga:-

(a) betapa aktifnya golongan pejuang Islam Plural (jamak);

(b) usaha mendirikan IFC (Inter-Faith Commission);

(c) pejuang Article 11.

Susahkah kita bersedia dengan pelan tindakan?

Insaflah sebelum terlambat

ليست هناك تعليقات: