ط§ظ„ظ„ظ‡ ط£ظƒط¨ط±, ط§ظ„ظ„ظ‡ ط£ظƒط¨ط±, ط§ظ„ظ„ظ‡ ط£ظƒط¨ط±, ط§ظ„ظ„ظ‡ ط£ظƒط¨ط±, ط§ظ„ظ„ظ‡ ط£ظƒط¨ط±, ط§ظ„ظ„ظ‡ ط£ظƒط¨ط±, ط§ظ„ظ„ظ‡ ط£ظƒط¨ط±, ط§ظ„ظ„ظ‡ ط£ظƒط¨ط±, ط§ظ„ظ„ظ‡ ط£ظƒط¨ط± ظƒط¨ظٹط±ط§, ظˆط§ظ„طظ…ط¯ظ„ظ„ظ‡ ظƒط«ظٹط±ط§, ظˆط³ط¨طط§ظ† ط§ظ„ظ„ظ‡ ط¨ظƒط±ط© ظˆط£طµظٹظ„ط£. ط§ظ„طظ…ط¯ظ„ظ„ظ‡ ط§ظ„ط°ظٹ ظ‡ط¯ط§ظ†ط§ ظ„ظ‡ط°ط§ ط§ظ„ط¯ظٹظ†, ظˆظ…ط§ظƒظ†ط§ ظ„ظ†ظ‡طھط¯ظٹ ظ„ظˆظ„ط§ ط£ظ† ظ‡ط¯ط§ظ†ط§ ط§ظ„ظ„ظ‡, ط£ط´ظ‡ط¯ ط£ظ† ظ„ط§ ط§ظ„ظ‡ ط§ظ„ط§ ط§ظ„ظ„ظ‡ ظˆطط¯ظ‡ ظ„ط§ط´ط±ظٹظƒ ظ„ظ‡, ظˆط£ط´ظ‡ط¯ ط£ظ† ظ…طظ…ط¯ط§ ط¹ط¨ط¯ظ‡ ظˆط±ط³ظˆظ„ظ‡, ظˆط§ظ„طµظ„ط§ط© ظˆط§ظ„ط³ظ„ط§ظ… ط¹ظ„ظ‰ ط³ظٹط¯ظ†ط§ ظ…طظ…ط¯ ط£ط´ط±ظپ ط§ظ„ط£ظ†ط¨ظٹط§ط، ظˆط§ظ„ظ…ط±ط³ظ„ظٹظ†, ظˆط¹ظ„ظ‰ ط§ظ„ظ‡ ظˆطµطط¨ظ‡ ط£ط¬ظ…ط¹ظٹظ†.
ظپظٹط§ ط¹ط¨ط§ط¯ ط§ظ„ظ„ظ‡ ط£ظˆطµظٹظƒظ… ط¨طھظ‚ظˆظ‰ ط§ظ„ظ„ظ‡ ظ„ط¹ظ„ظƒظ… طھظپظ„طظˆظ†.
Muslimin dan Muslimat yang dihormati.
Setelah sebulan kita menunaikan ibadah puasa Ramadan yang diwajibkan, yang menjadi salah satu daripada rukun Islam, Marilah kita membuat perhitungan sebelum kita dibicarakan dihadapan Allah. Supaya kita melakukan semua perkara dalam kehidupan dunia ini dengan betul dan tepat seperti ditetapkan oleh Allah pencipta alam.
Sebenarnya puasa mengajar kita mensyukuri ni’mat Allah dan meletakkannya mengikut keutamaan yang ditetapkan oleh Allah yang Maha mengetahui. Kurniaan Allah yang paling berharga ialah roh dan akal dengan petunjuk iman dan Islam melalui akal yang membezakan manusia dengan binatang dan makhluk-makhluk lain, dan ni’mat pancaindera dapat merasa , mendengar dan melihat. Seterusnya yang terpenting ialah diutuskan Rasulullah dan diwahyukan kepadanya kitab yang terkandung didalamnya petunjuk dan pengajaran dalam semua perkara.
Bulan Ramadan yang telah berlalu mengajar kita supaya mengutamakan ni’mat roh dengan meletakkan kepatuhan kepada perintah Allah sehingga melahirkan sifat taqwa yang menjadi tujuan puasa lebih penting dari ni’mat yang lain, termasuk ni’mat makan yang menjadi keperluan hidup didunia yang wajib ditinggalkan sementara waktu, di waktu siang hari di bulan Ramadan dan diberi peluang pula makan dan minum sebaik sahaja kita berhari raya.
Masalahnya! Apakah bulan Ramadhan yang penuh kelebihan dan amalan itu meninggalkan kesan iman dan Islam yang teguh dan sifat taqwa yang meningkat kedalam diri kita?
Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah swt.
Hari ini adalah saat umat Islam bergembira menyambut hari raya. Rasa syukur dan Kalimah takbir menyelubungi hati umat Islam sejak subuh hari hinggalah menunaikan sembahyang raya. Hari ini juga menyaksikan umat Islam seluruh dunia berpadu untuk mengagongkan Allah dan Islam, Justeru ini suatu tanda bahawa Islam Terus Bernafas walaupun ada usaha dan konspirasi musuh yang bersepakat dari “Ahzab Modern†untuk memadamkan cahaya agama Allah swt.
Mereka hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian). (At-Taubah 32)
Menjadi satu keyakinan dan keinsafan bahawa Islam Takkan Hilang di Dunia. Namun persoalannya sekarang, bagaimana keadaan umat yang menganutnya? Bukankah keadaanya amat tenat dan parah? Ya!!! Inilah reality umat Islam kini.
Mereka tenat dan parah disebabkan oleh sekurang-kurangnya 3 punca utama:
ïپ± Keracunan fikrah sehingga mereka tunduk dan akur kepada barat dan musuh Islam.
ïپ± Mengabaikan perlaksanaan syariat Allah swt. secara menyeluruh.
ïپ± Mabuk dalam hiburan dan khayal dalam kemewahan dunia.
Mereka lupa peringatan Allah swt:
ظگظگظگAllah berfirman: “(Permohonanmu itu diterima) tetapi sesiapa yang kufur dan ingkar maka Aku akan beri juga ia bersenang-senang menikmati rezeki itu bagi sementara (di dunia), kemudian Aku memaksanya (dengan menyeretnya) ke azab neraka, dan (itulah) seburuk-buruk tempat kembaliâ€. (Al-Baqarah 126)
Muslimin dan Muslimat yang dikasihi sekelian:
Kitalah yang bertanggungjawab menyelamatkan diri dan ummah dari tenat dan parah yang berpanjangan. Kita juga berkewajipan Mempertahankan agama Allah Taala dan mengangkat kembali maruah ummah yang kian tercemar. Malah kita terpaksa pula mengambil apa jua risiko dan implikasi yang bakal dihadapi tatkala kita turun beraksi dan berjuang, menyebar agama Allah dan mencegah kemungkaran.
Asas tanggungjawab kita sebagaimana yang difirmankan oleh Allah swt:
Sebenarnya hukum (yang menentukan cara hidup manusia) hanyalah bagi Allah. Ia memerintahkan supaya kamu jangan menyembah melainkan Dia. Yang demikian itulah Ugama yang betul, tetapi kebanyakkan manusia tidak mengetahui. (Yusuf 40)
Muslimin dan Muslimat yang dikasihi sekelian:
Melaksanakan tanggungjawab dan peranan ini adalah tindakan yang mengundang tribulasi dan halangan yang merbahaya. Namun inilah sunnatullah dalam perjuangan. Berkorban dan terkorban untuk agama Allah swt adalah suatu prinsip dan sikap terpuji. Lantaran itu, ibadah puasa yang kita lakukan adalah lambang pengorbanan terpuji.
Semangat Perjuangan dan Roh pengorbanan yang lahir dari sebuah keyakinan dan keinsafan seorang muslim, adalah 2 senjata utama untuk kejayaan mendaulatkan syariat Allah swt. Dua Senjata inilah pula, yang mampu menghadapi serangan dan menewaskan perisai mereka.
Maka Marilah kita membina dan memiliki semangat perjuangan dan roh pengorbanan ini, supaya kita mampu menghadapi pelbagai konspirasi musuh yang semakin meningkat mutakir ini. Allah swt mengajar kita untuk mempersiapakan segalanya dan terus beraksi di medan untuk menegakkan agama Allah dalam apa jua keadaan yang dihadapi.
Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya. (Al- Anfaal 60)
Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. (Al-Taubah 41)
Muslimin dan Muslimat yang dikasihi sekelian:
Kita tidak sanggup menyaksikan keadaan ummah yang sangat menderita dewasa kini. Mereka dijajah dan diratah tanpa simpati. Negeri mereka dikepung, para ulama dikurung dan dibunuh, mereka yang berjuang untuk menuntut hak mereka mati digantung.
Berselindung disebalik memerangi keganasan, mereka bertindak ganas ke atas umat Islam dengan semangat dendam perang salib yang membara. Mereka menghalalkan keganasan, kezaliman dan Kekejaman demi menghapuskan agama Allah dan penganutnya. Mereka menghina agama Allah dengan menyelewengkan fakta sejarah Islam, mengelirukan umat Islam dengan menaja kemodenan yang terpisah dari petunjuk Allah, memaksa umat Islam dengan pelbagai akta dan peraturan yang bertuhankan nafsu serakah mereka.
Ruang dan dakwah dan hak kebebasan bersuara umat Islam menyuarakan pandangan dipersempitkan.
Justeru itu, wahai umat Islam yang cintakan agama sekelian: Bangkitlah!!! Dari rehat yang panjang, bangunlah dari tidur yang lena, sedarlah dari menung yang mengasyikkan, insaflah kalian dari leka yang lalai dan taubatlah dari dosa-dosa yang dilakukan. Berwaspadalah, jangan terpedaya dengan manipulasi musuh yang sangat licik. Ingatlah peringatan Allah swt:
Jangan sekali-kali engkau (wahai Muhammad) terpedaya oleh usaha gerakan orang-orang yang kafir di dalam negeri (yang membawa keuntungan-keuntungan kepada mereka). (Semuanya) itu hanyalah kesenangan yang sedikit, (akhirnya akan lenyap), kemudian tempat kembali mereka neraka Jahannam: dan itulah seburuk-buruk tempat ketetapan. (Al-Imran 196-167)
Muslimin dan muslimat yang dikasihi sekelian:
Korbankanlah masa, tenaga, wang ringgit dan jika perlu darah dan nyawa demi agama Allah, agama yang kita anuti. Pengorbanan adalah nilai perjuangan. Memahami Islam dan berjuang tanpa pengorbanan, segalanya menjadi sia-sia malah mengundang murka Allah swt. lantaran itu , korbankanlah kepentingan diri dan dunia demi agama Allah swt.
Renungilah firman Allah swt:
Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka). (al-Taubah 24)
Demikianlah Ramadhan bulan yang terkandung didalamnya jihad Badar, mengajar kita erti pengorbanan dan jihad. Pengorbanan yang membawa kita semakin dekat dengan Allah Azza wa Jalla. Pengorbanan yang membersihkan dari karat dosa dan noda. Pengorbanan yang menyempurnakan hidup sebagai seorang muslim mukmin yang mujahid. Marilah kita bergantung kepada petunjuk yang sebenar yang terkandung di dalam al-Qur’an dan sunnah Rasulullah SAW.
Adalah kamu sebaik-baik umat yang dikeluarkan untuk manusia. Kamu menyuruh kepada yang baik, kamu mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah.†(Ali Imran: 110)
ط£ظ‚ظˆظ„ ظ‚ظˆظ„ظٹ ظ‡ط°ط§ ظˆط£ط³طھط؛ظپط±ظ„ظ„ظ‡ ط§ظ„ط¹ط¸ظٹظ… ظ„ظٹ ظˆظ„ظƒظ… ظˆظ„ظ„ظ…ط³ظ„ظ…ظٹظ† ظˆط§ظ„ظ…ط³ظ„ظ…ط§طھ, ط§ظ†ظ‡ ظ‡ظˆ ط§ظ„ط؛ظپظˆط± ط§ظ„ط±طظٹظ….
Disediakan oleh:
Ust Mohd Zakaria Hamzah
Urusan Ulama’ Permatang Pauh,
Pulau Pinang.
Thursday, October 20, 2005
Artikel asal terdapat di sini bertarikh 24/10/05
٢٦.١٠.٠٥
الاشتراك في:
تعليقات الرسالة (Atom)
هناك تعليق واحد:
Joe,
Rindukan berterawih dan mendengar tazkirah Ramadan di Masjid Batu Kg Pertama..
إرسال تعليق