٧.١٢.٢٧

PRK Dun Batu Talam?

ADUN Batu Talam, Datuk Tengku Paris Tengku Razlan meninggal kelmarin. Takziah kepada keluarganya. Moga Allah merahmati rohnya. Amin

Ya! Gendang perang PRK kembali berbunyi. Setelah PRK Sanggang & Ketari kini tibalah masanya Batu Talam.

Setelah kemenangan besar BN pada 2004 adakah mereka berpeluang mengekalkan kerusi ini? Pembangkang berpeluang untuk memenanginya. Dengan pelbagai isu seperti harga minyak, banjir selatan Semenanjung, pembelian yacht RM 30 juta, kenaikan harga tol tahun depan dsbnya, pembangkang hendaklah bijak memanipulasikan isu ini. Insya Allah majoriti 2761 undi dapat kita atasi

Berita penuh kematian adun Batu Talam

٢٧.١١.٢٧

Terkenang...

Perbualan sewaktu makan tengah hari tadi.

A : Aku ni Allah takdirkan dok serumah ngan hang. Kalu aku dok ngan ... atau ... aku tak jadi camni.
B : Akupun apa kurangnya. Kekadang yg selalu mengajak pun liat nak gi. Tapi tgk hang beria2 nak pi mana boleh. So kita pakat bantu membantu la

A: member kamcing aku B: aku

p/s: teringat kenangan masa dok serumah. Kalu free dua2 sekali pi ceramah atau mengaji. Adakah my twin bunaiya and his 2 sons akan mengikut jejak langkah kami? Wallahua'lam

١٧.١١.٢٧

Kenyataan SPR

Kenyataan penuh di sini

SPR: Celup jari pengundi dakwat khas

PUTRAJAYA 6 Dis. – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) keberatan menggunakan kaedah mencelup jari pengundi ke dalam dakwat khas setelah mereka selesai mengundi seperti yang dicadangkan oleh parti pembangkang kerana ia akan menimbulkan banyak kesulitan.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata, selain merupakan kaedah yang ketinggalan zaman, peraturan itu juga memerlukan pindaan kepada Akta Pilihan Raya 1958 atau Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.


Jadi kesimpulannya:-
SPR tak nak buat kaedah ni kerana
a) ketinggalan zaman
b) pindaan kpd Akta Pilihan Raya 1958 atau Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Maksudnya ambil masa nak bawa ke Parlimen

atau a) tak standard la tiru negara mundur cam India, Pakistan, Mesir dan Yemen? Kalu yg depa buat tu baik jangan la kira sapa yg buat dulu...
b) bila masuk parlimen tak diluluskan kerana parti memerintah menang beberapa kawasan menggunakan pengundi hantu? Aku rasa yg ni jwpn paling bernas/tersirat.

Alasan lama nak pinda tu x leh pakai. Biar lambat mana pun asalkan berubah kepada lebih baik, silakan. Bukankah umat islam harus cemerlang, hari ini lebih baik dari semalam?

Beberapa link yg mengulas kenyataan SPR ini
1,2,3 dan 4

Siapakah lelaki ini



p/s: Untuk makluman(sepanjang penegetahuan saya) mereka bukannya bapa & anak,suami & isteri ataupun kekeluargaan lain yg mengharuskan dia berbuat demikian.

Untuk jawapan sebenarnya sila klik di sini.

١٥.١١.٢٧

Cite tentang Raja Sherina


Dari cerita mufti Perak
- Raja Sherina ni dulunya missionaries(sister). Dia berjaya memurtadkan 2 ribu org Melayu di Semenanjung. Dia telahpun islam. Dia mendapat maklumat bahawa Azhar Mansor hendak memurtadkan umat islam di Gereja Silibin, Ipoh. Dia pun mengirim SMS kepada Mufti Perak. Mufti Perak bercadang menyiasat. Namun sms terus tersebar sebelum program murtad itu bermula. dipercayai pihak gereja mendapat maklumat ttg penyebaran sms tersebut lalu membatalkan program tersebut

Dari cerita seorg ustaz

Raja Sherina & Azhar Mansor ni kedua2nya missionaries. Tapi Azhar x tau yg Sherina ini dah islam & selalu berhubung ngan Mufti Perak. Bila Sherina terima sms lalu dia terus memberitahu berita ini pada mufti perak. maybe maklumat ini bocor ditengah jalan yg menyebabkab berita ini tersebar sebelum upacara murtad ini berlangsung.

wallahua'lam

p/s: teringin sangat nak tgk muka org yg memurtadkan Lina Gembira. Ada urusan ckit ngan dia. Bila la polis nak edarkan gambar dia cam Raja Sherina?

Musim meroboh rumah ibadat

Apa lagi selepas ini?

Selepas masjid di Terengganu, tokong di BM, SPT, Pulau Pinang, kini sampailah giliran di surau Kpg Berembang, Selangor.



Apsal istana DZ tak dirobohkan?

Yg aku perasan kat negara ni semuanya bermusim. Musim baham ular ayik cite baham ular, musim tanah runtuh & akhir sekali musim runtuh rumah ibadat.

p/s: bila la nak mai musim tukar kerajaan plak nih?

١٤.١١.٢٧

Bleh update balik

Alhamdulillah. Dapat masuk balik ke beta blog ni. Sebelum ni xleh. Saya akan terus menulis di sini,Insya Allah