٢٧.٣.٢٧

Hadis menggosok jari ketika berwudhuk

Dikeluarkan oleh Tarmidzi hadis panjang dalam kitab Al_Umm oleh Iman Syafi'e Katanya, diriwayatkan dari Laqiq( لقيط) bin Sabarat (صبرت ). Katanya telah berkata Nabi SAW. Apabila mengambil wudhuk engkau, maka hendaklah engkau celah-celahi jari (tangan & kaki)

Sebagaimana tertulis didalam kitab Bahrul Mazi Jilid 1, masalah 169
mukasurat 64


p/s: Disiarkan tanpa suntingan.

Berdasarkan hadis ini kita dianjurkan menggosok2 air wudhuk ke celah jari
terutama kaki.

Wallahua'lam

٢٦.٣.٢٧

Catatan Ziarah pada 22/4/06

Pas asar aku pi ziarah rumah member. Bila sampai rumah tengok pintu terbuka tak nampak sesiapa. Maybe MSA ni keluaq pi kedai kot. Takpelah. Syg dah bising2 ajak suruh balik. "Depa ada hai & tak nak terima kita kot?" Aku pun masuk pagar rumah & bagi salam. MSA jawab & persilakankanku masuk. Aku tengok dia tgh asyik main ngan anak. Ish!Apasal tak sambut tetamu? Bila kami duduk A(bini dia) mai bwk siap ayaq & makanan. Cepatnya..


Bila balik (masuk keta) syg mula komplen. Apalah dia tu. "Patut keluar
sambut tetamu datang. Idak pun tunggulah di muka pintu".
Aku setuju ngan pendapatnya. Syg cerita apa yg dia borak ngan A.So kesimpulannya A ni kasaq ckit ngan MSA ni. Aku tak setujulah cara A ni. Syg juga tak setuju kami masuk rumah, A terus bawak hidangan. Cam nak suruh kita balik cepat2 je..


So kepada blogger yg menerima tetamu ini nasihat aku


- Sambut tetamu at least kat muka pintu. Tunjukkan kita amat menghargai
kedatangan depa
- Jangan bila tetamu duduk terus letak hidangan. Ni cam nak suruh depa balik cepat2 je...


Jauh beza stail MSA ni dengan member sorang lagi nih. Pas ni berat hati la aku nak pi lagi rumah dia.

Takziah pd keluarga Ghafar Baba


Al Fatihah.
Kelmarin 23/4/06 Tun Ghafar Baba telah pun kembali ke rahmatullah. Semoga rohnya dicucuri rahmat & termasuk dalam golongan solihan. Amin

٢١.٣.٢٧

Beberapa masalah fiqh(fekah)

1 - Apakah hukum sembahyang kita jika kanak2 yg memakai lampin(pampers)/belum berkhitan(khatan) menyentuh kita samaada berlapik atau tidak?
Terdapat khilaf ulamak dlm hal ini. Ada pendapat yang mengatakan sembahyang batal dan ada yg tidak. Tepuk dada tanyalah iman.

2 - Bilakah kita boleh mendahului imam solat?
Kita wajib mendahului imam pada rakaat ke 4 jika imam duduk tahiyat awal rakaat ke 3 serta hendaklah menegur imam itu. Jika diikut juga maka solat kita batal tetapi solat imam itu tetap sah

p/s: petua
Bagaimanakah caranya mengelakkan termuntah ketika memandikan mayat yg sudah berbau?
Ambik sedikit belacan. Letakkan dlm kedua2 lubang hidung. Insya Allah.

Dipetik dr kelas pengajian Ustaz Shaari Usman di Kampung Kedah, Parit Buntar pada 18/4/06

PRINSIP PERTAMA ISLAM HADHARI

18 Sept 2005
Anugerah Era dilansungkan di Stadium Bukit Jalil .

28 Sept hingga 1 Oktober 2005
Berlansung pula Festival Filem di Dewan Merdeka PWTC

4 February 2006
Anugerah Juara Lagu ke 20 yang juga diadakan di PWTC

26 February
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ( ABPBH ) berlansung di Arena of Star Genting Highland .

24 March 2006
Anugerah Planet Music 06' dianjurkan di Max Pavillion Singapore Expo di Singapura.

25 March 2006
Bermula Pesta Karaoke dan hiburan di Dataran Majlis Daerah Hulu Terengganu . ( Kuala Berang ) yang dijangka akan dilakukan setiap hujung minggu .

2 April 2006
Fiesta Media Idola dipromosikan hebat di Maran Pahang .

2 April 2006
Hari yang sama berlansungnya Pesta Air Nasional di Taman Esplaned Kuantan Pahang dengan persembahan Ezlyn , Farah AF , Misha Omar , Siti Nurhaliza , Jamal Abdillah , Jinbara dsbnya di hadapan Pengasas atau Pendiri Mazhab Islam Hadhari sendiri , Pak Lah Badawi .

15 April 2006
Konsert Pesta Malam Indonesia akan dilangsungkan di Stadium Merdeka jam 3.00 pm . Dengar khabarnya Pesta ini akan turut diserikan oleh satu kumpulan penyanyi yang bukan sahaj seksi tetapi mempunyai style tarian yang menggiurkan ( lucah ) iaitu kumpulan RATU .

28 April 2006
ni pula ( kalau tak silap saya ) Akan berlansung pula Anugerah Idustri Muzik 06 ' di Merdeka Hall PWTC .

Sementara tu , uji bakat Akademik Fantasia 4 sedang giat berlansung di seluruh negara .

RTM pula dalam mengadakan sambutan ulangtahunnya ke 60 , telah menganjurkan RTM 60 jam tanpa henti dan setiap hari dalam tempoh itu diadakan Konsert RTM dari 1 am hingga 4 am secara lansung . ( Media Islam Hadhari menaja Konsert Menyanyi dan Menari pepagi buta ? )

Perhatian : Kebanyakan Pesta dan Konsert tersebut dianjurkan oleh pihak Kementerian bukan pihak swasta yang mana Kerajaan Islam Hadhari boleh berlepas tangan dengan mengatakan bahawa apa yang berlaku itu diluar pengetahuan mereka .

artikel sepenuhnya boleh di dapati di sini

١٩.٣.٢٧

PC Fair di Sungai Petani

Pagi kelmarin aku,syg,bunaiya & 2 org sepupu pi Sungai Petani. Mulanya pi Nagoya n Kamdar.Carik kain utk kenduri kahwin sepupu aku nih. Ada tp tak banyak. Pastu pi la PC Fair kat Central Square, Sungai Petani.
PC Fair tu kat tingkat dua. Ada dlm 10 buah booht kat situ.Ramainya org.Syg beli satu pendrive 512MB(RM64) & Disket Samsung 10 pieces(RM8). Memang murah. So kalu nak beli computer hardware murah mai la berkunjung ke PC Fair.Tapi kena la rajin tengok banyak booth kalu nak cari yang termurah.

-ve:-
- Tempat sempit & tak banyak booth. Susah nak parking time peak time.Maybe next year bleh buat kat tempat besar ckit cam kat Carrefour Seberang Jaya?
- Tak bwk digicam. So takde la gambar dlm entry nih. Sorry

٩.٣.٢٧

Kemungkaran 15 April ini? Selepasnya?

Konsert Pesta Malam Indonesia kan diadakan. 8 jam brother. RTM yg bust siaran langsung selama 60 jam pun tak buat konsert non stop sampai lapan jam. Maybe ni bleh masuk dlm Rekod Malaysia?. Bermurah hati sungguh polis bagi permit konsert 8 jam. Kalu ceramah pembangkang cukup payah nak buat.Bergelak sakan la makhluk tanduk dua melihatkan beribu2 org tinggal solat asar, maghrib & Isyak.. Tu tak kira percampuran lelaki perempuan.Bagaimana ngan bala Allah nanti?

Maybe prinsip pertama islam hadhari bleh tercapai?

٨.٣.٢٧

Direct Selling haram?

Dulu pernah terbaca kat TranungKite(tak jumpa link asal). Sekarang terbaca kat sini plak. Ada gak ulasan ni kat Bukit Besi Online.
So apa pendapat blogger semua?
Nak tunggu majlis fatwa keluar fatwa cam botox(tak kuar2 lagi pun)

Kali terakhir kutatap wajahmu?


Semoga dimudahkan Allah perjalananmu untuk menuntut ilmu di perantauan. Amin. Ya rabbala'lamin
Link berkaitan

٥.٣.٢٧

Tips Menangani Kenaikan Harga Minyak

Seharusnya kita memperuntukan 10-20 peratus pendapatan untuk simpanan. Jika itu gagal kita lakukan, sesuatu harus dibuat sebagai bekalan ketika kecemasan. Kata orang tua-tua- sediakan payung sebelum hujan.

* Batalkan tempahan sistem televisyen kabel seperti Astro. Kita harus tahu yang kebanyakan siarannya adalah ulangan sahaja. Perkara ini elok dibincang dengan orang rumah dan anak-anak supaya mereka memahami keadaan ekonomi kini yang merenggut sebahagian besar pendapatan bulanan kita.

* Usah terikut-ikut dengan pengaruh iklan akan model telefon bimbit. Ini khususnya kepada orang muda. Belajarlah berjimat dan menabung. Sedar atau tidak, apa yang sering kita gunakan hanyalah untuk panggilan telefon sahaja. Sedangkan kemudahan lain itu amat jarang kita gunakan. Sekali gus, janganlah kita menjadi pandir yang memboroskan duit untuk kerja gila dan sia-sia seperti menghantar SMS Akademi Fantasia, lagu serta bunyi deringan.

* Minimakan penggunaan lebuhraya PLUS, KESAS, LDP dan sebagainya. Atur masa perjalanan dengan baik. Gunakan lebuhraya ketika amat memerlukan atau di kala kecemasan.

* Usah disambut seruan bercuti ala â€کCuti-cuti Malaysia’ atau â€کJom Jalan-jalan’. Hendaklah kita bercutian di kawasan berhampiran atau yang kita tahu selok-belok jalannya. Jangan lupa bagaimana di sepanjang jalan begitu banyak â€کspeedtrap’ yang menanti dengan penuh muslihat.

* Berhemat menggunakan kad kredit. Jangan jadikan ia umpama kad Doraemon untuk berbelanja macam orang hilang akal. Belilah barang keperluan bukan untuk bermewah. Sentiasa hadkan supaya kita mampu menjelaskan sepenuhnya bil di hujung bulan.

* Kurangkan atau hentikan tabiat mengunjungi restoran makanan segera atau restoran yang mahal harga jualannya. Selain dari mendatangkan masalah kesihatan yang serius di belakang hari, ia juga menjadi terlalu mahal sekarang.

Kita hendaklah kembali kepada asas dalam perbelanjaan harian. Lupakan soal aksesori yang berlebihan dan membazir. Sekiranya kita tidak bersedia sekarang, pasti bala akan menanti kita di hadapan nanti. Luangkan masa yang lebih dengan keluarga sambil memberi mereka kesedaran dan pengetahuan akan apa yang berlaku sekarang. Golongan yang memerintah sekarang bukanlah mereka yang prihatin dan memahami masalah rakyat kecil. Dasar penswastaan serta RM9 yang diwar-warkan itu hanyalah wayang yang meliurkan sahaja. Agihan itu semuanya masuk ke kantul mereka sahaja bak Qarun di zaman moden.

Kita tahu ada rakan-rakan yang lebih tajam akal serta buah fikiran. Diharap dapat berkongsi sesama kita.

Artikel asal terdapat di sini

٣.٣.٢٧

ISLAM HADHARI :

Saat ummat Islam menyambut Ulangtahun Keputeraan Nabi saw. , semestinya kita sepakat melahirkan rasa cinta yang mendalam kepada Nabi saw. serta mempertahankan kesucian baginda saw. apabila baginda saw. dihina dan diejek .

Malangnya , penganut Islam Hadhari lebih bersemangat mempertahankan artis dari Nabi saw.

10 April 06' yang lalu , melalui Laporan Parlimen jam 5.20 di Warta Negeri TV 1 , dapat ditonton oleh seluruh rakyat Malaysia baginda Ahli Parlimen BN Sri Gading , bersungguh - sungguh mempertahankan P. Ramlee dan begitu amarah beliau kepada pihak yang membandingkan P. Ramlee dengan artis yang lain .

Sedang kita tidak dengar pun suara dia sewaktu Nabi saw. dihina oleh Eropah dan musuh - musuh seluruh dunia . Entah dimana ia menyembunyikan diri disaat seluruh ummat Islam di seluruh dunia bangkit menunjuk perasaan benci dan amarah apabila Nabi saw. dihina .

Sebaliknya beliau hanya "tunjuk perasaan" di parlimen bila P. Ramlee di perbandingkan justeru ia beranggapan P.Ramlee tiada tolok bandingnya .

Dulu Ahli Parlimen yang sama lah ( BN Sri Gading ) yang mendesak supaya hukuman " bunuh " iaitu campak ke laut ke atas seorang penyanyi ( Hattan ) yang kononnya di dapati menyanyi lagu negaraku dengan versi yang berbeza dengan versi yang ada pada hari ini .

Menganggap ianya sebagai satu kesalahan besar yang tidak boleh diampunkan melainkan mestilah dicampak ke laut .

Demikianlah peristiwa yang berlaku sejurus Hattan diminta untuk memimpin stadium menyanyikan lagu negaraku sempena final Piala Malaysia oktober tahun lepas .

Sewaktu A. Farish Noor menghina Nabi , bahawa Nabi saw. pernah berzina dengan seorang wanita yang bernama Raihanah dan sebagainya , malah sewaktu Kassim Ahmad mengeluarkan pandangan agar Hadis nabi saw. perlu dinilai semula , tiada satu hukuman pun keluar dari mulut Ahli Parlimen Sri Gading ini .

untuk ikuti ulasan sepenuhnya sila klik di sini