6.8.27

Isteri TPM boleh jd Canselor?



Apa merit Rosmah Mansor yg membolehkannya dilantik sebagai Canselor Universiti Industri Selangor (Unisel). Isteri raja cam Canselor USM? UPM, UKM & UM Canselornya ialah sultan/Yang Dipertuan Negeri. UNIMAS & UMS Canselornya ialah gabenor negeri masing-masing.

p/s: Ada benarnya kenyataan Malaysia sebagai BolehLand berdasarkan berita ni. Memecahkan tradisi sebelumnya. Maybe Siti Nurhaliza boleh jd Canselor jika Datuk K jd TPM?

5.8.27

Merdekakah kita jika..










- perlembagaan kita gunakan ciptaan manusia bukannya Rabbul Izzati

- terdapat rakyat kita yang di tahan ISA tanpa bicara hampir 5 tahun

- perkara sunnah seperti serban dinafikan malah nabi perlekehkan

- artis yg terima anugerah FFM mengatakan nampak bodoh jika dia berucap dalam bahasa Melayu

- Jawi terus mati sedangkan ketika awal merdeka KTM pun guna tulisan Jawi(rujuk adegan Ajis naik keretapi nak pergi ke KL dalam Sarjan Hasan)

- Bahasa Melayu terus terpinggir hinggakan belanjawan menjadi bajet(bajak kot?)

- Melayu yg merupakan peribumi Negara ini hanya merempat di negeri sendiri. Lihat di Pulau Pinang(negeri PM lagi) dan lain2 bandar besar

- Seramai 250 ribu melayu murtad sedangkan usaha mencegahnya tidak dibuat. Bagaimana pula dengan murtad secara senyap?

- menyambut merdeka dengan konsert, pertunjukan bunga api, pergaulan bebas lelaki & perempuan serta segala perkara yg melalaikan yang mengundang bala Allah

- Jika ADUN atau MP dari pembangkang, elaun pembangunan tahunan hanya disalurkan kepada pejabat daerah, ketua bahagian & JKKK sedangkan yg layak menerimanya ialah ADUN dan MP yg menang

p/s: Kenapakah fakta Malaysia(sejak tahun 1963) baru 41 thn merdeka tidak dihighlightkan? Yang 49 tahun merdeka ialah Tanah Melayu/Malaya. Sabah & Sarawak belum lagi menyertai Malaysia pada 1957

22.7.27

Konsep imam makmum

PORT DICKSON: Semua bekas pemimpin Umno atau kerajaan perlu menjadi pengikut yang baik selepas tidak lagi bergiat aktif menerajui kepemimpinan bagi mengelak berlakunya perpecahan dalam organisasi.

Tambah ckit – pengikut yang baik ialah menegur jika melihat pemimpin berbuat salah. Imam solat 5 minit pun perlu ditegur, inikan pula PM selama 5 tahun. Umar pun bila dilantik menjadi khalifah, meminta rakyat menegurnya jika dia salah.


artikel penuh bleh didapati di sini

Fiqh II

4 keadaan makmum tidak boleh mengikut imam

1- Imam solat duduk sedang makmum solat berdiri

2- Iman wanita dewasa sedang makmum ialah lelaki dewasa


3- Iman solat dengan bertayamum sedang makmum dengan wudhuk

4- Iman solat tamam(5 waktu) sedang makmum solat jamak/qasar

Dipetik dr kelas pengajian Ustaz Shaari Usman di Kampung Kedah, Parit Buntar pada 15/8/06

والله اعلام

17.7.27

Kalahkan Uncle Sam I

perang.
perang.
perang.

menurut jangkaan saya, tahun depan ekonomi negara akan jatuh merundum...ni suatu spekulasi sahaja [saya punya spekulasi la kiranya, ha ha ha], tapi saya harap teman-teman yang membaca atau tersinggah di blog ini bersiap sedialah dengan MULAKAN KEMPEN MENABUNG PERINGKAT KELUARGA bermula dari sekarang...kalau boleh bermula dari hari ini...

kita terlalu bergantung dengan US, segala tukaran PAB [perdagangan antarabangsa] menggunakan USD sedangkan kalau nak ikutkan ekonomi US sudah mengalami defisit yang besar, cuma tinggal disebabkan PAB dijalankan dalam USD makan USD masih boleh bertahan...

tahun depan, ekonomi US dijangka oleh seorang Prof [saya tak ingat namanya] akan mengalami defisit sebanyak 50% disebabkan perbelanjaan peperangan dan senjata api mereka yang besar...disebabkan ekonomi dunia bergantung dengan USD, maka kemungkinan terkena tempias pada negara lain adalah besar...

jika kita perhati, kitaran ekonomi Malaysia juga mengalami turun naik dalam 2 dekad yang lalu...
1987 - ekonomi Malaysia pernah jatuh...
1997 - sekali lagi ekonomi jatuh....
2007 - apakah ada kemungkinan??

jika dilihat pun, ekonomi negara berada dalam keadaan kurang stabil..kita sebenarnya mengalami inflasi yang sangat tinggi...cuma hanya bila indeks inflasi dikeluarkan, kita dikaburkan dengan mengatakan kadar inflasi berada pada tahap yang stabil...itu tidak benar [saya budak baru belajar, kalau salah tolonglah tegur ek]...mengapa saya kata begitu, sebabnya adalah, inflasi kita berada di tahap yang terkawal adalah disebabkan barang-barang yang berada dalam senarai pengiraan indeks inflasi itu adalah terdiri daripada barangan kawalan yang sudah semestinya tidak mungkin mengalami kenaikan [jika naik pun dalam nilaian 1 sen barangkali, cth gula, tepung dan lain-lain], jadi di situlah masalahnya...minyak adalah salah satu barang pengguna yang tidak dimasukkan ke dalam pengiraan, jika dimasukkan saya pasti memang sudah terbukti dapat membuktikan bahawa beban inflasi sedang datang menyerang masyarakat Malaysia dengan hanya kenaikan RM0.30 per liter awal tahun lalu...huhu...

perang.
perang.
perang.

masalah perang juga menyumbang kepada pelbagai ketidakstabilan dalam ekonomi dunia...bukan sahaja para pelabur mengambil langkah lebih berhati-hati bahkan perang juga mewujudkan tekanan dan bebanan terhadap masyarakat yang diperangi, mahupun masyarakat yang hanya menjadi pemerhati perang [cth rakyat Malaysia]...mana tidaknya, rantau yang bergolak adalah rantau yang kaya dengan sumber minyak...bila sudah perang, harga minyak juga makin meningkat, kalau tak silap saya sudah naik USD9+ per tong...mahal tu wey!!ahaksss...dan bila kerajaan [Malaysia la] dah tak sanggup menanggung bebanan kenaikan, makanya subsidi mungkin dikurangkan dan bebanan kenaikan harga minyak akan diturunkan kepada rakyat...adeiii kayap wey...ish ish ish...kais pagi makan pagi la gamaknya....

jadi sudah faham kenapa saya menggalakkan anda semua MELANCARKAN KEMPEN MENANBUNG PERINGKAT KELUARGA??faham atau tak faham...ahaksss..kalau tak faham jugak, buat-buat faham ajalah...ahaksss.....

entri asal terdapat di

sini

Kalahkan Uncle Sam II

AMARAN:
entry ini tidak sesuai untuk menjadi bahan bacaan dan tontonan
kroni-kroni Amerika Syarikat
dan Pak-pak Menteri yang bersekongkol dengan US ...anda sudah diberi amaran tapi jika berdegil juga mahu meneruskan pembacaan, saya tidak akan melayan sebarang bentuk bebelan dari pihak-pihak yang berkenaan...sekian harap maklum...



Mari Mufliskan US.




siapa kata kita tidak boleh mufliskan US??

US ingat 'dia' besar sangat untuk memijak-mijak 'orang lain' mengikut hala
tuju dan mesti mengikut acuan 'dia'...ooo tidak tidak tidak...dulu mungkin 'kau' boleh...tapi sekarang 'kau' sudah lemah, 'kau' jangan mahu berlagak sangat ya 'US'...



siapa kata kita tidak boleh mufliskan US??

siapa kata kita tidak boleh sila angkat tangan, kaki, hidung, kening...sila
angkat sekarang...jangan malu dan segan, saya tidak 'membunuh' orang seperti pensyarah saya...ahaksss...



siapa kata kita tidak boleh mufliskan US??

ya siapa kata...kalau awak awak awak awak awak nak tahu, ekonomi US sedang mengalami defisit yang sangat besar...defisit bukan surplus ya...ulang suara,defisit bukan surplus...zaman surplus untuk US sudah berlalu, sekarang US sedang menuju zaman kejatuhan...itupun kalau pak-pak menteri serata dunia sedar akan hal ni dan sedia sepakat memufliskan US...ahaksss...



siapa kata kita tidak boleh mufliskan US??

jika awak awak awak awak awak awak awak awak nak tahu, US sekarang sudah berhutang US$15 trillion, banyak tu 'dek non'...bukan jutaan bahkan trillion...nak tahu kenapa US ada hutang banyak sangat??sebab US nikemaruk nak bunuh orang [dalam erti kata sebenar kemaruk membunuh orangISLAM!!], kemaruk darah macam pontianak, macam hantu raya, macam penanggal...US ni pemakan orang dengan senjata, dengan bom, dengan peluru berpandu...US sudah berhutang untuk senjatanya dengan trillion US$, untuk membunuh, untuk menghapuskan orang ISLAM dan yang sama waktu dengannya....'dia' lapar darah, 'dia tiada perikemanusiaan, 'dia'kejam...ahaksss....



siapa kata kita tidak boleh mufliskan US??

nak tahu kenapa US masih boleh bertahan??sebabnya awak awak awak awak, di seluruh dunia ni berdagang menggunakan matawang US [US$]...walaupun ekonomiUS sedang mengalami defisit yang besar, tapi disebabkan awak awak awak awak awak di seluruh dunia ni menggunakan matawang US$ sebagai unit tukaran perdagangan, maka ekonomi US masih boleh bertahan akibat permintaan matawang US$ yang masih tinggi.....jika kita menghentikan penggunaan matawang US$ dengan serta merta dan menggantikannya dengan penggunaan dinar emas [kerana dinar emas mempunyai nilai intrinsik yang lebih tinggi dan lebih stabil], ini bermakna permintaan bagi matawang US$ akan jatuh merundum dengan teruknya dan akan menyebabkan lebihan penawaran US$ seterusnya menjatuhkan nilai US$ itu sendiri....ha ha ha baru padan muka US dapat merasakan bagaimana azabnya bila nilai US$ jatuh, 'kau' pernah buat sampai nilai RM jatuh angkara spekulator-spekulator 'kau' dulu kan, sekarang rasakan...ahakss....maka awak awak awak awak awak awak awak semua akan berjaya memufliskan AMERIKA SYARIKAT dan seterusnya kita dapat mengembalikan sedikit keamanan orang ISLAM di dunia ini [macam jihad juga bukan]....



siapa kata kita tidak boleh mufliskan US??

sekarang sudah faham atau belum??sudah percaya atau belum lagi??saya percaya, kita mampu memufliskan Amerika Syarikat jika dunia ISLAM atau OIC sepakat untuk menggunakan dinar emas sebagai medium di dalam PAB [perdagangan antarabangsa]...tapi saya lihat pak-pak menteri dunia ISLAM seakan menjadi boria tukang sorak, riuh sekampung tapi hasilnya kosong...jika pak menteri perdana yang sekarang ini menjadi presiden OIC sedia berusaha ke arah enggesaan dan bertegas mahu mempraktikkan penggunaan dinar emas, saya pasti
AMERIKA SYARIKAT akan BANKRUP sikit masa lagi...itupun kalaulah pak-pak menteri faham akan hal ekonomi negara dan global, kalau setakat faham ekonomi rumahtangga sahaja, orang tingkat bawah bagi arahan....alamatlah sampai kesudah apa yang saya perkatakan tak akan difahami...ahaksss.....



siapa kata kita tidak boleh mufliskan US??

awak awak awak awak awak semua tidak mahu melihat US muflis ke??saya teringin 'giler' untuk melihat US muflis...kalaulah saya jadi menteri , sudah lama saya arahkan penggunaan dinar emas dikaji dan dilaksanakan dari peringkat ke peringkat...hai abang-abang OIC, tak kan anda tidak mahu melihat kita mempunyai matawang sendiri, kalau kesatuan eropah [EU dengan EURO-nya] mampu melaksanakan, tidak mustahil penggunaan dinar emas juga mampu dilaksanakan....jangan buta ekonomi sangat ya pak-pak menteri...ahaksss....buka mata tu luas-luas, kalau rabun pergi buat pemeriksaan mata, buat cermin mata atau tambah 'power' cermin mata tu...hohoho...=.=



siapa kata kita tidak boleh mufliskan US?


Ebtri asal terdapat di

sini

13.7.27

Family Day yg pilu

(tarikh pada gambar adalah tidak betul)

Sabtu , 4/8/05, 6.15 pg. Ibuku terima call dr wife sepupuku mengatakan rumah Mak Jang(MJ) telah terbakar. Ibuku(ayahku juga) bermalam di rumahku dengan Kak Cak(& her family)setelah pg kelmarin menghantar adik perempuanku ke PLKN di Ijok, Selama, Perak.

Kami lantas bergegas ke Tasek Gelugur. Aku lantas membatalkan hasrat pi family day my department ke Pantai Merdeka. Beg baju yg telahpun disiapkan utk perjumpaan yg ceria kini akan dibawa ke perjumpaan yg pilu.

Apabila kami sampai yg kelihatan di depan mata hanyalah puing2 tiang & dinding yg tersisa. Sebak memenuhi diri lantas mataku mula berair. MJ, 2 anaknya kelihatan bengkak mata akibat terlalu banyak menangis. Ramai sedara mara terdekat telah pun datang. Berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya.

Bahagian ibu rumah di tingkat atas musnah sama sekali. Semua barang di atas rumah & dibawahnya habis musnah. 1 bilik dibawah(bersebelahan) habis musnah. Bilik yang lain hanya terkena tempias. Barang di bilik lain di bawah berjaya diselamatkan.

Kebakaran bermula dr tingkat atas(ibu rumah). 2 anak dara MJ tidur di atas. Mereka terjaga pada 3.30 pg apabila bantal mula terbakar akibat terkena ubat nyamuk. Hanya mereka yg memadamkan kebakaran itu tanpa memberitahu ibu bapanya mahupun tuknya yg tidur di bilik bawah. Mungkin ada lagi bara dlm bantal yg tersisa. Mereka selepas itu terus tidur di bilik lain di bawah.

Kakaknya terjaga kul 5.30 pg. Di kala itu api pun telah marak membakar ibu rumah. Mereka bergegas keluar & menyelamatkan barang2. Beberapa sedara yang lain(rumah kami adik beradik berdekatan, kiri kanan & depan) turut berusaha menyelamatkan barang. Bomba hanya datang sejam kemudian. Ibu rumah & di bawahnya habis musnah.
Tiada pili bomba(rumah kampong(melayu terutamanya)) kat kawasan kami. Habis 1 tank. Kebetulan ada telaga. Sedut air telaga then sembur. Barulah padam. Api dapat dihalang dari merebak ke dapur & bilik2 bawah.

Tak lama selepas aku sampai Tok Lan sampai. Patutlah sebelum tu aku nampak ketua Cawangan & Pemuda Cawangan sampai dulu. Nak kena sambut bos. Aku pun joint depa. Tinjau2 sekitar rumah. Depa syorkan minta bantuan dr Tabung TYT(gabenor penang) & JKM. Aku yg bara satu je. Sambil dok sembang ngan PJ aku rokok nipah masih berasap kat tangan. Cis! Ek sungguh kau. Buangla dulu rokok masa melawat rakyat.



So aku stopkan cite ni. Kalu korang nak tengok gambar2 lain klik di sini.

10.7.27

Renungan bagi mereka yg prihatin

Aku terbaca ttg artikel ni. Aku sharekan di sini

السلا م عليكم ورحمة ا للهوباركاته


 

Dalam perjumpaan terakhir dengan Sahibus Samahah Dato' Seri Harussani, Mufti negeri Perak, beliau menyatakan bahawa kes Lina Joy tinggal menunggu keputusan 3 Hakim Persekutuan sahaja. Beliau menyatakana kekecewaan atas tidakpekanya sebahagian umat Islam tentang pentingnya kes ini di dalam menentukan halatuju masa depan umat. Dengan begitu ramai dan seriusnya pihak bukan Islam, bahkan dari luar negara memerhati perjalanan perbicaraan kes ini, kehadiran peguam dan atau wakil
pertubuhan Islam seolah-olah menggambarkan kita adalah minoriti. Dari sudut perundangan, tidak ada apa-apa penghujahan lagi yang dibuka dan tidak ada
usaha lain yg boleh mempengaruhi keputusan yang akan dikeluarkan.

Saya tidak bermaksud untuk menghampakan usaha kita bersama. Saya hanya bermaksud untuk mengajak kita berpijak pada bumi yang nyata.



Selama ini kita dibuai oleh sikap selesa kita sendiri sehingga kita mudah memujuk dan memaafkan diri kita sendiri bila berhadapan dengan kegagalan. Kita selalu bersikap 'tak apa' kepada kelalaian kita sendiri. Kita memandang ringan kepada perubahan trend hidup anak- anak kita yang semakin membarat dan meninggalkan jati-diri keislaman kita. Kita ikut berseronok dan menangis atas kejayaan dan penyingkiran mengejaran kejayaan palsu dalam reality TV show. Kita ikut memperlekehkan ingatan demi ingatan dari para ulama yang tidak ada kepentingan duniawi dan sanggup mengambil risiko menentang arus yang menghanyutkan kita ke arah jahiliyyah moden ( Al-Maududi menggunakan istilah Jahiliyyah Abad Ke-20). Kita bahkan
dengan beraninya menepis dengan nada sinis bahawa para ulama ini jumud dan tidak mengenal hakikat kehidupan semasa dan tidak memahami realiti kita hidup dalam masyarakat majmuk. Bila berlaku konflik antara agensi agama dengan kaki maksiat, yang kena singkir dan dimomokkan adalah golongan pemuka agama dan badan2/agensi agama. Tokoh yang simbolik dengan pembantaian konsisten ke atas golongan yg memperjuangkan nilai agama seperti Marina Mahathir dan SIS menjadi rujukan rasmi segolongan orang kita.

Hasilnya, apabila kita sedar bahawa kita sudah dirosakkan secara terang-terang pun kita tidak merasa perlu untuk berbuat sesuatu untuk memperbaiki kerosakan itu. Tahap kerosakan yg kita alami sekarang bukan lagi tahap yg boleh kita sifatkan sebagai usaha diam- diam kerana semuanya terpampang dengan nyata tanpa henti2 bahkan mengasak kuat ke dalam kehidupan kita melalui media cetak dan elektronik. Yang sangat anehnya kita bukan menjadi wira menentang semua arus ini, sebaliknya menjadi penyokong, pembela bahkan penaja kepada kesuburan usaha penghakisan iman ini.

Ingatan tentang berpuluh ribu org Islam murtad sejak beberapa tahun yang lalu tetap tidak diguriskan oleh orang2 kita yang sedang mabuk dibuai hedonisme dan materialisme yg semakin tidak terkawal.




Bersyukurlah ada orang yang memegang jawatan penting sanggup mengambil risiko memberi peringatan kepada kita bahawa kita sedang berada di ambang bahaya. Angka murtad bukan lagi berbunyi puluhan ribu.. tapi sudah mencecah ratusan ribu! Itu pun tidak cukup untuk menjadi alarm kepada orang kita. Yang merisaukan mereka bukan hakikat banyak orang yang murtad .. tapi sama ada angka tu betul atau tidak ? Jangankan ratusan ribu... kalau ada 1 orang murtad pun sepatutnya merisaukan kita. Lebih parah lagi, kita sangat dependent dengan peruntukan undang2/perlembagaan yang menempatkan Islam pada kedudukan tertentu sebagai benteng pertahanab akidah kita.

Berpijaklah kepada kenyataan !

Kita tidak akan selama-lamanya mampu bersandar kepada sistem undang2 yg sedia ada untuk mempertahankan kedudukan istimewa umat Islam di negara ini. Kita perlu akur bahawa sistem demokrasi yang menjadi pendekatan kita bernegara membuka pelbagai kemungkinan ttg kedudukan Islam di masa akan datang. Ia akan bertahan selagi kita mampu mempertahankan majoriti orang Islam dan mereka yang mewakili umat Islam masih ada roh mempertahankan kedudukan itu tanpa mengira parti apa pun yang mereka wakili.

Mengharapkan keputusan mahkamah berpihak kepada Islam dalam kes Lina Joy bolehlah dianggap sebagai 'quick fix'. Ia bukan solusi jangka panjang dalam realiti masyarakat majmuk yang agak fragile ini. Jika keputusan mahkamah tidak memihak kepada kita, maka kita kena lebih bersedia menerima realiti bagaimana pemurtadan itu berlaku secara terang-terangan tanpa lagi perlu merasa risau tentang kedudukan istimewa Islam dalam Perlembagaan.

"Hasbuna Allahu wa ni'mal wakil". Hanya kepada Allah kita berserah.

Namun sebagai usaha jangka panjang, kita kena lebih proaktif dalam usaha membina benteng akidah dalam diri kita, di lingkungan keluarga kita, di persekitaran kejiranan kita, dalam menentukan peneraju negara kita dan dalam mendaulatkan syariat Allah sebagai sumber syariat tertinggi.

Melalui forum ini, saya ingin mengajak para semua ahli untuk menyumbangkan fikiran dan memanjangkan pengalaman apakah tips yang praktikal untuk kita membina kekuatan akidah dalam diri kita, boleh hidup dalam masyarakat semasa tanpa kehilangan jatidiri kita dan sekaligus juga memanjangkan risalah Islam untuk dinikmati oleh mereka yang belum menerima hidayah. Saya percaya semua kita ada kekuatan tersendiri dalam memainkan peranan ini.

والله اعلام


artikel asal terdapat di sini