١٠.٢.٢٨

Teringin nak guna streamyx....

Aku teringin nak guna streamyx kat umah. Aku teringin nak download naruto, driver2 dan bermacam2 lagi. Apatah lagi senenjak opis ni pasang fortigate. sampai nak masuk download.com pun kena block. Opis hour plak hanya bleh download fail < 3MB.

Antara sebab yg buat aku tak sanggup melakukannya

- Pakej RM88 bagiku mahai sangat. Udahlah line telefon kena bayaq RM25. Kena beratur panjang kat TM Point bila nak bayaq. Dulu ada iklan kat tv yg lelaki tu suruh member tunggu sat pasai dia nak settle bil kat TM Point. member tak dan nak bukak seat belt lagi dah siap masuk keta balik. Melampau sungguh iklan tu..

Kelmarin pi tanya pasai Streamyx. Udahlah suara deras. Intonasi dia pun tak mesra pelanggan. Q? 10 minit aku tunggu nak pi tanya je...Hampeh!

- banyak komplen aku baca kat paper & internet pasai problemnya streamyx. Ada yg line terganggu sebulan tapi masih kena bayaq sewa line. Iskh! lintah darat sungguh depa ni

So buat masa ni aku still x nak guna streamyx.
- kalu nak download naruto aku mintak sorang member tolong copy.
- Kalu nak layari website yg kena block aku pakai proxy website
- kalu nak update blog aku guna pc opis
- kalu nak surfing/download(<3MB) pun aku guna pc opis

Pendek kata aku akan kerjakan pc opis semaksima mungkin.


p/s: ramai blogger guna stramyx kan? Kalu ada komen(pujian pun boleh. Ada ka?)sudi2 kanlah share sekali ye...

٨.٢.٢٨

Tag Men”Tag”

Aku kena tag ngan Kak Ah Ni.


Yg weird pasai diri aku(byk tapi cukuplah 6 je...)

- Aku hantu mengaji. Banyak ustaz yg aku pi. Dari yg lembut hingga yg keras. Tapi kalu keras/lembut pun ada point. Cam ustaz Shahril Long. Straight sebut nama UMNO. Contohnya 10 sebab mengapa kita xleh menyokong UMNO. Gitulah tamat yg no 1

-Sesapa yg first time kenai aku kata aku ni cengi(garang). Pernah masa kursus induksi dulu aku cakap straight je ISA tu zalim. Tapi ada point la. Siap bagi hujjah al-quran lg. Camtu gak la ngan Mat rempit. Zalim. Patut belasah je. Patut masa nak buat road block tu kalu mat rempit lalu rentang rantai je. Biaq depa tertiarap kat jalan. Dengan bond, org tua malahan kanak-kanak pun dilanggarnya apa cerita. Sapa nak tanggung suami kehilangan anak/ isteri? No 2

- Aku kalu janji ngan org kalu kata 2.30 ptg, lima minit sebelum tu aku mai dah. Depa saja buat lambat 10 minit ke siap la kena sound(x la sampai maki). Sampai member skerja sebilik(aku duk berdua. Lelaki tau!) kata kalu janji ngan aku 2.30 maka kena mai 2.30. Jangan lewat. No 3

- Aku minat cerita saintifik cam X-Files & CSI. Antara cite lawan yg aku minat ialah Naruto, Justise League, Batman. So kesimpulannya aku minat kartun lawan2 . Tapi bukan semua. No 4

- Aku cukup anti ngan Tabligh & Wahabi. Maybe bukan suma. Tapi kebanyakan yg aku jumpa(Tabligh je) asyik ajak keluar berdakwah je. 1 hari, 3 hari, sebulan dan 40 hari. Korang nak keluar keluarlah.
a) Ni sampai keluar anak bini makan pasir apa cerita?
b) Kat tempat aku ada la sorg Tabligh(dr enginering) siap kata kita tak bleh mengaji kitab Munyatul Musolli(ttg fiqh mazhab syafie) kerana surau ni surau antarabangsa(ramai student Pak Arab dok kat sini) Habih tu camna kita nak tau solat kita betui2 ikut syafie?. Tanya Pak Arab?
c) nabi tak amal pun politik untuk bernegara.
No 5.

- Aku ni hantu blog(rajin membaca). Hari-hari aku surf website hampir 20 buah. Banyak? Aku just baca je. Dengan Mozilla Thuderbird. Apatah lagi takde keje je... No last.



Blogger berikut aku nak tag:
1.loveujordan

2.khairyn

3.afifi

4.al-faqir

5.AL-HUSSEYN

6.Kitaro Minami


p/s: Kalu depa x respon pun xpe. Kalu respon lagi baik.

٢٦.١.٢٨

Kisah cinta

Pernah kena cinta beruk masa kat sekolah/poli/U? Jenguklah ke blog ini. Best tau susunan ayat dia. walaupun aku bukan budak art tapi kalu kena bahasa dia ngan jiwa aku mmg aku baca punya. Apatah lagi kalu cite ada elemen islamik. Lagi la.. So bacalah artikel Cinta Luar Biasa 1, 2, 3, 4, 5 & 6. Maybe ada lagi sequelnya. Tanya la tuan blogger.

Aku pun ada kisah cinta. Tapi x wajar didedahkan. Mana yg lepaih aku tobat lahom dah. cukuplah dengan sayang n bunaiya tercinta ni.

p/s:Tobat lahom ni ialah taubat yang sesungguh-sungguh tobat la... Dalam istilah islam ialah taubat nasuha

Cerita Tabika

Bukan Islam boleh doa ikut cara sendiri: Kabinet

Kabinet telah mengarahkan agar pembacaan doa di majlis-majlis rasmi yang turut dihadiri bukan Islam dilakukan dengan cara yang turut juga menghormati amalan agama mereka.

Selama ini kita tak pernah memaksa non-muslim berdoa bersama kita. Aku kat sekolah dulu pun cha ya nun alif n alif ya nun dal ya ramai. Tiada paksaan.

“Di tabika-tabika perpaduan, arahan sudah dikeluarkan supaya bacaan doa tidak diamalkan. Ada guru-guru yang berasa seronok apabila kanak-kanak bukan Islam pun boleh mengikut membaca doa, tetapi saya ingatkan mereka bahawa itu sesuatu yang melanggar etika kerana mereka masih kanak-kanak.

Habih la selepas ini. Kalu nak ajar anak kena la pi Pasti, Taski, Taska atau mana2 kindergarten islamik. Kalu takat ajar baca doa makan dlm bm non-muslim pub bleh baca. So pas ni kalu nak anak-anak reti baca doa makan, doa qunut dsbnya carik la selain Tabika. Jangan salahkan ibu bapa yang x nak hantar anak-anak ke Tabika pas ni ye...

Makin kurang la kita nak berdakwah kepada non-muslim. Sudahlahlah media pun dok gila ngan hiburan sahaja.


p/s: yang peliknya idea ni timbul dari Pengarah Tabika yg Melayu Islam. Seronok la non-muslim. Tak yah mintak pun kita bagi.
Yang aku bimbang tentang musuh islam ni ialah yg dari dalam. Kalu yg luaq mudah kita nak tentang. Kalu musuh seagama, bekerja bersama, duduk bersama tapi mimipi lain2 camna?

qoute: Pokok besar takkan tumbang dengan kapak sahaja. Ia tumbang dengan bantuan hulunya yang juga dari kayu.

٢٥.١.٢٨

Uniknya Darul Sunnah

Kelmarin aku pi Perlis hantar adik ke Institut Perguruan Perlis(IPP). First time aku mai situ aku nampak beberapa keunikan yg takde kat negeri lain(Kedah, Perak, Selangor, Kelantan & Terengganu)

- masjidnya(sepanjang jalan dari Sanglang ke Kangar) semuanya bercat kuning & biru. Warna bendera Perlis)

- masa kat simpang empat nak gi ke Arau, Kangar, Kuala Perlis dari selatan aku tak nampak pun signboard ke IPP. begitu juga dari Kangar ke IPP(jalan lain). So ini satu elemen tak mesra pemandu/pelancong. Punya la banyak signboard kat situ. Tapi takde langsung signboard IPP. Nak sampai IPP baru ada signboard. Itupun terlajak terus ke Kangar. Tanya 2,3 orang baru jumpak.

- paip-paip(yg kecik tak termasuk) air di tepi jalan semuanya di cat biru. Ada plak tulisan cam Perpecahan sesama kita merugikan ummah(contohnya. aku tak ingat). Pergh! Memanfaat sumber sedia ada. maybe sebab tu tak banyak papan tanda kot.

- Dari Sanglang(kat Perlis bukan Sanglang, Kedah) kiri kanan jalan nampak bunga kertas je. Pelbagai saiz & warna. So terus berkenaan. Masa kat Kangar jumpa satu nurseri. Memang banyak bunga kertas kat situ. Tanya la berapa harga sepokok polibeg. RM4 satu beg. Mahai siot. Dengan begitu banyak ditanam bunga kertas dlm serata tempat RM4? Kat tempat aku bleh dapat 3 beg RM10. Tanya punya tanya kuli tu kata yg bunga tu dibeli dari Pulau Pinang. Patut pun. So aku syorkan MB perlis wujudkan satu nurseri yg khusus mengkaji & menjual bunga kertas. Jangan bimbang. Kalu bleh dapat 4 beg RM10 nanti aku beli bila aku pi sana lagi.

- Maya Karin kat situ(aku lupa bawak kamera) dgn pose berkuasa dengan rambutnya yg panjang mengurai. Maybe inilah kelebihan utama Darul Sunnah? Tapi kat sebuah negeri pantai timur dia bertudung. Maybe yg tudung ni bukan sunnah?

Maya Karin di Kelantan

Ada sesiapa nak share/komplen? Terutamanya orang perlis.

p/s: nanti aku pi Perlis lagi kalu aku bawak kamera aku tangkap gambar Maya Karin, paip-paip & masjid-masjid unik tu ye...Nanti korang semua bleh tengok, Insya Allah

١٩.١.٢٨

Dunia akhir zaman

Ada satu hadis yg bermaksud "tidak datang satu tahun melainkan bertambahnya kejahatan & berkurangnya kebaikan"
Semakin tua usia dunia bermakna semakin hampirnya hari kiamat. Semakin banyak kejahatan yang melata di bumi. Antara contonya ialah surau pun diceroboh.

Bagaimana nak mengajar pencuri itu. Tak cukup sekadar banner “Terima kasih kepada pencuri-pencuri barang-barang surau ini sehingga habis semuanya hilang. Tapi ingat balasan Tuhan pasti akan tiba. Tunggu! Ya Allah berilah petunjuk kepada mereka ini... Amin.” Cukupkah sekadar membaca yassin 40 mlm. Jangan harap depa takut. So nak buat camna lagi?

Inilah masanya kita laksanakan kembali hukum hudud/had. Insya Allah. Hidup kita akan kembali aman.

- tapi kalu kita laksanakan hudud habih la org islam takde kaki tangan? Camna nak maju?
Arab Saudi yg laksana hudud senang nampak org kudung? Kedai2 sana waktu solat biaq camtu je. Ada sesiapa berani mencuri?.

Hendak seribu cara, tak nak seribu dalih..

١٨.١.٢٨

Taqlid mazhab

Adakah anda mazhab syafie?Mari kita uji tentang beberapa perkara tentang solat.

1) Adakah anda mengisyaratkan/tegakkan jari telunjuk sewaktu tahhiyat pada ketika
a) Ketika membaca at-tahiyatulmuba..?
b) Ketika membaca ashadulallah...?
c) Ketika membaca illallah...?

2) Apabila selesai solat adakah anda menyapu muka dari
a) dari tengkuk naik ke kepala turun ke muka?
b) dari hujung kepala ke muka
c) dari atas kepala(jari tangan tegak ke atas turun ke muka?
d) dari muka arah kanan ke kiri
e) tidak berbuat apa-apa?

Apakah jawapan anda? Jika jawapan anda ialah 1)c & 2)d maka anda mazhab syafie. Jika tidak anda bermazhab yg lain atau tepatnya mazhab sendiri...

Untuk orang awam macam kita ramai yg mengamalkan mazhab ikutan/sendiri. Jangan bohong mengatakan kita mengamalkan 100% mazhab syafie. Soalnya bolehkah kita bertaqlid mazhab lain(Hanafi, Hambali atau Maliki) dlm beberapa perkara?

١٤.١.٢٨

Bencana sebagai ujian

Ada orang anggap gempa bumi bukan dari Tuhan. Ia kejadian alam biasa. Seperti tanah runtuh dan banjir. Mereka tidak mahu mengaitkannya dengan Tuhan. Malah mungkin ketika berlaku kiamat sekali pun, mereka masih terus menafsirkan kehancuran dunia ini sebagai ‘bencana alam’.

Terpulang… Tafsiran mereka mungkin tidak salah. Tetapi dengan tafsiran begitu, mereka hanya dapat pelajaran dunia. Pelajaran yang tidak membawa mereka pulang kepada Tuhan.

Tetapi bagi yang merasakan setiap bencana itu sebagai bahasa Tuhan mengingatkan insan, mereka akan menafsirkannya dengan Allah, Tuhan sekalian alam. Dan kita ada banyak sebab untuk itu. Allah menyebut di dalam al-Quran bahawa kejahatan yang melata di bumi dan lautan, adalah hasil kerja tangan manusia. Allah timpakan musibah agar mereka kembali kepada-Nya (30:41).

Maka orang yang mengaitkan setiap kesenangan dan kesusahan hidup dengan Allah, akan mendapat mesej Allah dari kejadian itu. "Dapat baik, dekat kepada Allah dengan syukur. Dapat musibah, dekat kepada Allah dengan istighfar dan tawakkal”

saifulislam

Blog Pilihan I

Saya syorkan blogger suma berkunjung ke blog Saiful Islam. Banyak permata bermanfaat menunggu di sana. Insya Allah.

contohnya ialah NASYID YANG MENCACA MARBAKAN DIRI