24.4.27

Kutujukan lagu ini utk awek Ipoh & bakal pengundi AF4

Lagu: Gadis Bertudung

Siapa bilang gadis bertudung tak menyanyi
Tak menari-nari, tiada memikat
Kalaulah memang tak mungkin dia terpilih
Kalaulah sungguh tak mungkin dia kan layak.

Aduhai... lemah lembut gayanya
Serta manis senyumnya
Hitam pekat tudungnya
Ayuh SMS si dia.

Di antara gadis-gadis seluruh akademi
Tiada yang setudung litup oh setudung dia
Di antara gadis-gadis seluruh akademi
Tiada yang setudung litup oh setudung dia
Tata susila nya, kain tudungnya
Sentuhan suaranya membuatku Afundi.

Pas ni tak peliklah la ni kalu yg bertudung pun bleh menari, terloncat sana sini & sebagainya yg tidak sesuai dgn imej bertudung(baca muslimah). Sebelum ni byk dah kes awek bertudung bercouple kat tmn, gambar terlampau dll. Pas ni saksikanlah(yg tgk kat astro pun dpt saham)konsep islam boleh(dulu Malaysia boleh) terloncat sana sini plak...

p/s: Makin pendeklah umur dunia... Ya Allah matikankanlah kami dalam kesudahan yg baik..

Gubahan lagu ni diambil dari Bukunota

هناك 3 تعليقات:

~ahni~ يقول...

yg heran tu peminat2 dari kalangan makcik2 a.k.a ibu2, suka ke mereka dok tengok pergaulan bebas macam tu, saya memang heran sgt

Jiwa Rasa يقول...

saya berazam cuba menahan diri dari setia mengikut AF tahun ini.

tapi, teringin juga nak tengok ramli sarip. bukan senang ramli sarip nak masuk TV... :)

Bukunota يقول...

jiwa, tengok tak apa. ngundi, tak yah lah.

kadang2, kita kena jadikan peristiwa sekeliling sebagai humor yg mengubat hati :)