٨.١٢.٠٦

Kenyataan SPR

Kenyataan penuh di sini

SPR: Celup jari pengundi dakwat khas

PUTRAJAYA 6 Dis. – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) keberatan menggunakan kaedah mencelup jari pengundi ke dalam dakwat khas setelah mereka selesai mengundi seperti yang dicadangkan oleh parti pembangkang kerana ia akan menimbulkan banyak kesulitan.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata, selain merupakan kaedah yang ketinggalan zaman, peraturan itu juga memerlukan pindaan kepada Akta Pilihan Raya 1958 atau Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.


Jadi kesimpulannya:-
SPR tak nak buat kaedah ni kerana
a) ketinggalan zaman
b) pindaan kpd Akta Pilihan Raya 1958 atau Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Maksudnya ambil masa nak bawa ke Parlimen

atau a) tak standard la tiru negara mundur cam India, Pakistan, Mesir dan Yemen? Kalu yg depa buat tu baik jangan la kira sapa yg buat dulu...
b) bila masuk parlimen tak diluluskan kerana parti memerintah menang beberapa kawasan menggunakan pengundi hantu? Aku rasa yg ni jwpn paling bernas/tersirat.

Alasan lama nak pinda tu x leh pakai. Biar lambat mana pun asalkan berubah kepada lebih baik, silakan. Bukankah umat islam harus cemerlang, hari ini lebih baik dari semalam?

Beberapa link yg mengulas kenyataan SPR ini
1,2,3 dan 4

ليست هناك تعليقات: