Masa dok surfing kat blog Dr Lo'lo' terjumpa artikel ni. Aku pun dah lama tak update blog.
Khusus untuk diriku & semua blogger lelaki...
Tips Menghargai Pasangan: Isteri Dulu……
Tips ini adalah untuk pasangan yang sah dinikahkan, bagi yang belum tu, boleh jugak baca untuk knowledge;
1. Anggap pasangan seperti diri sendiri
Menganggap pasangan sebagai diri sendiri yang harus dihargai, dibelai, dihormati, disayangi dan dikasihi. Semua orang suka dibelai dan dikasihi apatah lagi pasangan suami dan isteri. Mengapa selepas berkahwin cinta tidak sehangat sewaktu bercinta. Inilah yang sering diabaikan oleh banyak pasangan. Pasangan anda adalah cerminan diri anda sendiri. Kemana pun anda pergi potret wajahnya perlu anda bawa bersama. Jika ini diamalkan selalu, rumahtangga akan menjadi bahagia.
2. Isteri bukan pembantu rumah
Banyak suami menganggap bahawa kerja-kerja rumah adalah tanggungjawab isteri seratus peratus. Walhal dalam Islam sendiri tidak ada hukum yang mengatakan bahawa isteri wajib melakukan kerja-kerja rumah. Cuma, ajaran Islam mengatakan bahawa wanita berkahwin yang taat dengan suami dan Tuhan, menjaga harta dan maruah suami dengan sebaik akan dijamin masuk syurga. Itu sahaja. Atas jaminan inilah ramai wanita tidak berkira dengan kerja-kerja rumah yang mereka lakukan selama ini.
3. Isteri adalah manusia
Mereka ialah kaum wanita yang penuh dengan perasaan emosi. Apabila mereka redha dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira. Namun jika mereka tertekan dengan apa yang berlaku, maka emosi mereka mulai berkecamuk dan sering ingin mencari jalan keluar daripada masalah yang mereka hadapi.
4. Ingat tarikh penting
Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh sesiapa sahaja apatah lagi daripada orang yang disayangi. Jika suami seorang yang prihatin dan menyayangi isterinya, apalah salahnya jika dia memberikan hadiah kepada isterinya. Hadiah tidak perlu terlalu mahal. Cukup sekadar seutas jam ataupun sehelai tudung. Jika 'budget' anda tidak mencukupi, sekuntum bunga dan sekeping kad sudah memadai. Hati isteri akan tersentuh dengan pemberian hadiah dan lebih terharu jika anda sempat menulis sepatah dua kata penghargaan di dalamnya seperti 'terima kasih di atas segala pengorbanan sayang selama ini'
5. Bantu ringankan tugas isteri
Suami perlu turun padang membantu isteri, jika setiap hari isteri anda bertungkus lumus memasak, membasuh dan mengemas rumah. Maka suamipun perlu membantu. Jika anda tidak mahir memasak makanan yang berat seperti lauk pauk cukup sekadar menggoreng ikan atau telur. Cuba perhatikan isteri anda yang sedang menikmati makanan yang anda masak. Tentu dia berasa gembira dan tersenyum.
6. Bawa isteri berehat
Kebanyakan suami menganggap berjauhan daripada isteri adalah suatu kebebasan baginya. Kerana isteri tidak dapat menghidu apakah yang dilakukan di belakangya. Kini, anda cuba terbalikkan situasi ini. Sentiasa bawa isteri berjalan-jalan dan berehat di tempat-tempat peranginan yang menarik seperti Genting Highlands ataupun Fraser Hills. Walaupun ia nampak remeh, tetapi setiap isteri pasti akan menghargai saat-saat manis sewaktu berehat di situ.
7. Ciuman khas untuk isterimu
Cuba anda tanya diri sendiri bilakah kali terakhir anda mencium dahi isteri anda ketika dia berehat setelah begitu penat bekerja. Tahukah anda ciuman anda di dahi atau kucupan di bibirnya dapat menghilangkan segala kepenatan dan tekanan pada dirinya hari itu. Begitulah kuatnya kuasa ciuman suami kepada isteri.
8. Beri pujian kepada isteri
Jangan lokek memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan dia cantik dan kemas. Pujian ini penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur. Memanglah wajar isteri penat jika dia terpaksa bangun pagi seawal lima pagi bagi memastikan semuanya beres demi kemudahan suami dan anak-anak. Kemudian tidur pula paling lewat kerana sibuk menyediakan persiapan untuk esok hari.
9. Dengar pendapat isteri
Suami isteri perlu sering bertukar-tukar pendapat tidak kira taraf pendidikan atau profesionalisme mereka. Isu-isu semasa boleh dijadikan sebagai 'ice-breaking'. Kemudian, berbincanglah tentang hal rumahtangga dan masa depan. Suami boleh bertanyakan pandangan isteri tentang problem kerjanya. Malah isteri tentu berminat hendak mengetahui 'gosip' pejabat selepas seharian berhempas pulas di rumah. Dari situ isteri dapat mengenali karektor rakan-rakan pejabat suami secara tidak langsung.
10. Penuhi hajat isteri
Bukan semua hajat isteri boleh dipenuhi oleh suami. Jika isteri berhajatkan sebuah mesin basuh ataupun mesih jahit, pihak suami mungkin terpaksa berfikir dua atau tiga kali sebelum memenuhinya. Bagaimanapun, jika anda tidak berjaya memenuhi hajat isteri untuk masa yang terdekat, simpanlah hajat isteri anda itu dan tunaikanlah apabila anda berpeluang kelak. Bukankah pemberian itu melambangkan habawa anda adalah suami yang amat menghargai pengorbanan isteri.
Selamat menunaikan tanggungjawab masing-masing dengan seikhlasnya... "Sahabat yang soleh malunya mengatasi perawan, beraninya mengatasi pahlawan, cintanya bukan pada gambaran, rindunya bukan pada pertemuan, tetapi di hatinya.."
p/s: dah lama dah blog ni tak update.
٢٤.٤.٠٧
١٢.٤.٠٧
Re: Antara Realiti dan Fantasi II
Saya ingin mengulas entry Cik Akira.
Bukannya saya mempertikaikan sangat anugerah yg diterima oleh Najmil Faiz. Yg saya terkilan sangat apsal Siti Fatimah tak diisytiharkan pelajar terbaik SPM tahun ni? Tu saja.
Lantak la kalu gomen(aku pun keje ngan gomen) nak bagi 10 anugerah(bleh bagi pelbagai nama pun). Tapi kalu sekadar baru proposal je... Cara media highlight isu tu berlebih2 sangat.
Memang jika kejayaan kita raikan tak kira UMNO atau PAS.
Malas nak komen panjang(mmg tak reti pun).
Akhir kata, memang wajar Najmil Faiz dijadikan salah satu ikon bagi remaja. Begitu juga Pelajar Terbaik SPM Kelantan Siti Fatimah. Kedua2 ini sangatlah baik dibandingkan dengan Mawi, Vince dan graduan AF.
p/s: Lama lagi ka Cik Akira nak grad. Bila start final? Bila nak makan nasi minyak? Kalu buat sekitar Utara ni insya Allah saya pi. Teringin gak tgk awek lawa & happy go lucky ni.

Nasib SAR di bumi Melayu bertuah
Utusan kelmarin.
Rasional penyerahan sekolah di bawah kelolaan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) itu ialah bagi meningkatkan kualiti pengurusan dan kelancaran pembelajaran serta kebajikan para guru.
Alasan je. Apsal kat Kelantan tak jadi cam negeri2 lain? Lihatlah bagaimana cemerlangnya Yayasan Islam Kelantan.YIK menawarkan 8 ribu tempat bagi pelajar Tingkatan Satu.
Ada SAR negeri lain mampu sedia tempat sebanyak ni?Maktab Mahmud yg top gak tak seramai itu.
Kalau tak berkenan nak tolong SAR tak yah la buat pelbagai alasan.
p/s: Dengar cite Maktab Mahmud akan diserahkan gak kepada Kementerian Pendidikan kecuali Maktab Mahmud Alor Setar, Yan & Langkawi . Moga ini tak berlaku. Amin.
Jika PAS menguasai Kedah nanti, insya Allah Maktab Mahmud akan cemerlang seperti YIK. Kalu ada rezeki, aku bercadang nak hantar bunaiya aku ke YIK. Kalu dak Maktab Mahmud pun jadilah.

١٠.٤.٠٧
Belasungkawa
Pada hari Rabu lepas(4/4/07) Pak Din DJ popular KedahFM telah pulang ke rahmatullah.
Pendengar radio di kawasan utara pastinya cukup mengenalinya. Beliau cukup diminati oleh semua golongan kerana sifat jenaka & happy go luckynya. Geng2 PAS juga mengenali beliau kerana beliau merupakan penyokong PAS. Apatah lagi beliau merupakan penyokong kuat Kedah walaupun berasal dari Johor.
Beliau merupakan DJ pilihanku selain DJ Abg Tanjung(telah pun pencen) & Yaffar Shahab(Kini di Selangor FM). Kehilangannya tidak dapat diganti... Al- Fatihah

3 perkara milik kita
1- Makanan yg kita makan apabila dikeluarkan sisanya sebgai najis. Jika dalam perut mungkin boleh terkeluar(muntah) balik.
2- Pakaian/barangan yg kita pakai apabila ianya sudah lusuh/rosak.
3- Harta yang dimiliki apabila disedekahkan. Kerana pahalanya menanti kita di akhirat. Harta yg tinggal apabila kita mati akan menjadi hak mereka yg hidup.
Selain dari 3 perkara ini semuanya bukan milik kita...
wallahua'lam
p/s: saya dalam proses nak register streamyx. Tak pasti bila. Terdapat beberapa perkara lain yang leboh penting yg perlu didahulukan.

٤.٤.٠٧
Mencari yg halal itu...
Mencari yg halal itu fardhu(wajib) bg umat islam. Gerenti ramai yg selalu dengar ungkapan ini.Apa kaitannya?
So kesimpulannya:-
- KWSP pelaburannya tidak syarie 100% kerana ada pelabur non-muslim?
- dividen KWSP setiap tahun adalah haram. Bleh tak guna duit haram ni?
- w/p KWSP ditadbir kerajaan (rata2 pegawainya melayu islam) pelaburannya tidak semuanya islam. Bolehkah ini dikatakan antara ciri2 islam hadhari(had hari)?
٢.٤.٠٧
Perpecahan...
Perpecahan kali ke 2 kini berlaku. Sebelum ni berlaku krisis pada 1993. Sukar dikatakan siapa yg betul. Yg pasti bagiku aku tetap pada yg lama. Setakat maklumat yg kuterima aku tak menerima GU yg baru.
Geng2 PB, Perak & Tanah Liat, BM camna? Bagaimana x sifuku Azhan Hashim(x-upm)? Adakah hang sebelah Amrahi Buang?.
Apapun semuanya telah terjadi. Bagiku kemungkinan berpecah lagi tidak dapat dielakkan lagi. Jangan bimbang. Biarpun kita mungkin tidak mendapat keadilan dunia, akhirat pasti akan terlaksana keadilan. Insya-Allah

الاشتراك في:
الرسائل (Atom)