٣٠.٨.٠٧

Erti Merdeka





boleh didownload di sini





sumber gambar asal terdapat di sini

Apa lagi yang kita mahu?

Antara amar makruf & nahi mungkar

Malam ini kita diberi pilihan. Kebetulannya malam Jumaat. Anda pilihlah samaada:-

- baca yaasin, solat taubat, solat hajat memohon keampunan ilahi supaya Malaysia & rakyatnya diberkati & dilimpahi rezeki melimpah ruah.

atau

- berkumpul beramai2(bercampur gaul lelaki perempuan. Berapa persen ikatan suami isteri atau adik beradik?) di dataran merdeka(& lain2 tempat setiap negeri kecuali Kelantan) menjerit merdeka3x sambil menyaksikan percikan bunga api.

Pilihlah antara keredhaan atau kemurkaan Allah
. Tepuk dada, tanyalah iman.

Bolehkah kita baca yaasin malam jumaat. Bukankah ianya bidaah?. Berkumpul di dataran sambil menjerit merdeka3x bukan bidaah?

٢٢.٨.٠٧

Selamat Ulangtahun ke 50


Marilah menyambut merdeka dengan membaca Yaasin & berdoa agar Allah memberi keberkatan yg melimpah ruah kepada Malaysia & rakyat seluruhnya.

Marilah kita renung sejenak setelah 50 tahun kita merdeka adakah ini kita mahukan?

1- huruf jawi pada bank islam dihapuskan


2 – nenek 74 tahun dirogol malahan budak 10 tahun pun kena


3 – MCA perjuang bahasa cina dijadikan soalan UPSR bagi tahun 2008 umno perjuang apa?


4 – semakin banyak surau ditutup. Untuk meninggikan syiar islam?

5 – Ada rakyat di negeri darul UMNO(Johor) berpendapatan hanya RM500 sebulan dengan 5 anak yg mana seorang darinya lumpuh. Bantuan yg diterima dari JKM hanyalah RM65 sebulan


4 – Melayu makin biadap hingga bapa yg mai ke rumah anak tak bertegur sapa(tentang muka) pun dak


5- Ada lagi rakyat yg rumahnya di atas air?


6- Kita ingin mengadakan sambutan di ambang merdeka dengan cara islam di Dewan Mellenium. Tapi permit tak diberi kerana hanya satu tempat sahaja di Pulau Pinang(Padang Kota) yg dibenarkan. Bimbang lebih ramai mengunjungi Dewan Mellenium? Tak bimbang dosa2 melimpah ruah di Padang Kota?

Wajarkah kita menyambut malam merdeka dengan berpeleseran ditempat awam sambil menjerit Merdeka3x sambil menyaksikan percikan bunga api yg berharga ribuan ringgit? Pekerja alam flora pagi esoknya menemui kondom(basah & kering) di Dataran Merdeka.

Tepuk dada tanyalah iman.
Setiap org adalah pemimpin. Dan pemimpin akan ditanya tentang amanahnya.


Apapun selamat menyambut merdeka.

١٧.٨.٠٧

Kalau dia cha ya nun alif...

Dia me"rap"kan lagu negaraku menjadi negarakuku amatlah tak wajar. Tapi bila dia hina azan ini sudah lebih.

5 in the morning
Theres even a morning call to wake me up
Sometimes a few of them will sing together
When you listen to it, its like a love duet
The voice ululates like an R&B song
Even though sometimes they sing until its out of tune
Even though sometimes they even sing until their voices break
Some sound like cockerels, but they wake up earlier than them
This way we can know the time to get ready for class and for work

sumber dari Roslan SMS

Biadap(pelaq kata org utara). Bagi kita, umat islam dilarang mencaci sembahan org2 kafir. Tapi bila depa caci agama kita kita nak buat apa?

Si Zam mamak memaafkan dia atas isu menghina negara. Hina agama anutan hang hang buat apa? Tak kisah la kalau MCA memaafkan dia. Ingat senang2 bak bagi maaf kalu menghina agama org lain?

Walaupun dia mungkin akan didakwa, ada tak kemungkinan Peguam Negara akan melepaskannya cam kes2 lain?

Apa komen ulamak kerajaan. Matsushita, Nakasone, Dolah Zin, Firdaus, Najmuddin, mufti perlis(takkan ulas isu pemandu bas je?)/johor dan Shabudin? Komen la dari isu menghina azan(satu dari syariat islam). Takat hina negara berlambak2 org komen.

- MINTAK MAAF...?
- Oh my eyes! Can i believe you!

Kalau sungguh dia mintak maaf keluarkan satu video kat uTube yg tunjuk dia dengan muka kesal mintak maaf pada negara & umat islam atas kesilapannya. Ni tidak. Ayah dia yg buat kenyataan akhbar dengan MCA. "Saya mintak pada bagi pihaknya yg menyinggung perasaan org islam" sambil tersenyum. Cis!