٢٢.٨.٠٧
Selamat Ulangtahun ke 50
Marilah menyambut merdeka dengan membaca Yaasin & berdoa agar Allah memberi keberkatan yg melimpah ruah kepada Malaysia & rakyat seluruhnya.
Marilah kita renung sejenak setelah 50 tahun kita merdeka adakah ini kita mahukan?
1- huruf jawi pada bank islam dihapuskan
2 – nenek 74 tahun dirogol malahan budak 10 tahun pun kena
3 – MCA perjuang bahasa cina dijadikan soalan UPSR bagi tahun 2008 umno perjuang apa?
4 – semakin banyak surau ditutup. Untuk meninggikan syiar islam?
5 – Ada rakyat di negeri darul UMNO(Johor) berpendapatan hanya RM500 sebulan dengan 5 anak yg mana seorang darinya lumpuh. Bantuan yg diterima dari JKM hanyalah RM65 sebulan
4 – Melayu makin biadap hingga bapa yg mai ke rumah anak tak bertegur sapa(tentang muka) pun dak
5- Ada lagi rakyat yg rumahnya di atas air?
6- Kita ingin mengadakan sambutan di ambang merdeka dengan cara islam di Dewan Mellenium. Tapi permit tak diberi kerana hanya satu tempat sahaja di Pulau Pinang(Padang Kota) yg dibenarkan. Bimbang lebih ramai mengunjungi Dewan Mellenium? Tak bimbang dosa2 melimpah ruah di Padang Kota?
Wajarkah kita menyambut malam merdeka dengan berpeleseran ditempat awam sambil menjerit Merdeka3x sambil menyaksikan percikan bunga api yg berharga ribuan ringgit? Pekerja alam flora pagi esoknya menemui kondom(basah & kering) di Dataran Merdeka.
Tepuk dada tanyalah iman.
Setiap org adalah pemimpin. Dan pemimpin akan ditanya tentang amanahnya.
Apapun selamat menyambut merdeka.
الاشتراك في:
تعليقات الرسالة (Atom)
هناك تعليق واحد:
Salam Bro.,
Sebenarnya tepat sekali kita buat tahlil untuk bangsa sendiri.
Dan logo baru Bank Islam seakan-akan kerbau yang menanduk. Habis ditanduk. Tulisan jawi dan juga kebudayaan Islam. Dan sekali imbas pula seperti bulan sabit merah. Mungkin tepat. Kerana ketenatan semenjak setahun dua ini selepas ditukar budaya.
إرسال تعليق