١٥.٢.٠٦

Balasan org yg menghina Nabi

Sempena penyiaran karikatur yg mempermainkan Nabi Muhamad SAW


1 - Abu Jahal - siapa yg tak kenal? Bermacam cercaan & hinaan dikenakan pada Nabi & para sahabat. Apakah penghinaan Allah terhadapnya?
Dalam Perang Badar 2 orang budak ditaqdirkan Allah membunuhnya. Mayatnya pula mengeluarkan bau yg amat busuk hingga ia ditanam dengan menguisnya dengan kayu. Tidak dapat dihampiri kerana terlalu busuk bau maiyitnya


2- Seorang Nasara ketika Hulagu & 50 ribu tenteranya berjaya memusnahkan kerajaan Bani Abbasiyah. Hulagu tertarik dengan anak daranyalalu ingin mengahwininya. Maka diadakanlah keramaian untuk meraikan keputusan Hulagu oleh puak-puak Nasara. Maka ketika Nasara itu berucap ia memburuk-burukkan nabi.Dengan taqdir Allah terdapat seekor anjing yang diikat berhampiran.Anjing itu meronta-ronta hingga ikatannya terlepas lalu menerkam lelaki Nasara yg sedang berucap. "Mungkin anjing ni menerkam kepadamu kerana engkau memburuk-burukkan Muhamad?" ", kata salah seorang orang ramai di situ. Nasara itu menjawab, "tidak! anjing itu menerkam kepadaku kerana ikatannya tidak kukuh". Anjing itupun diikat semula ditempat tadi. Ikatan tadi dikukuhkan hingga tidak mungkin anjing itu terkepas semula. Nasara itu meneruskan ucapannya memburukkan Nabi.Sekali lagi anjing itu meronta-ronta hendak melepaskan diri. Akhirnya ikatan terlepas & sekali lagi anjing itu menerkam ke arah nasara tadi lalu membaham terus tengkok nasara tadi. Nasara tadi terus mati.Hulagu & tenteranya lantas memeluk islam selepas melihat peristiwa tadi.


Kesimpulan: Anjing pun marah bila orang hina nabi. Apa tindakan kita bila disiarkan karikatur menghina nabi?



Hasil kefahaman daripada Kuliah Maghrib Ustaz Shuib Din di Surau Taman Semarak pada 15/2/2006 yg lalu. Wallahua'lam

Mari Gunakan Kuasa Kita

Jom boikot barangan Denmark Antaranya barangan yg boleh diboikot ialah Susu Dumex, Coklat Cadbury & Carlsberg. Biarkan kerajaan enggan membokot barangan Denmark.

Gunakan kuasa pada tangan kita. Ayuh! Tunjukkan contoh kecintaan kita pada Rasulullah dengan memboikot barangan Denmark nih.

Tak perlu lagi kita berpanas/berhujan berdemo di jalan raya

١٤.٢.٠٦

Pengurusan Jenazah

Kelmarin aku pergi menziarah jenazah Tuk Cik(lelaki) di Sg Kechil, Nibong Tebal.Apabila sampai mereka yg ada di situ memberitahu bahawa jenazah telahpun dibawa ke Kubang Semang, Bukit Mertajam. Jadi aku pun terus ke sana.

Jenazah selesai disolat jam 11.40 pg. Masa kami semua nak keluar kami mendapat duit tol(upah?) kerana menyembahyangkan maiyit(bukan mayat-tahi lembu kering). Habih je solat jenazah aku pun terus balik nak sambung kerja(keluar sat waktu kerja). 2,3 kereta yg membawa pakcik2 solat tadi keluar gak. Aku follow kereta depa coz kebetulan aku melalui jalan yg sama dengan depa. Satu kereta membelok ke Kg Timah, Permatang Pauh & yg satu lagi membelok ke arah Kg Pertama, Permatang Pauh.

soalan aku
1- Perlukah kita mewajibkan duit tol sembahyang maiyit? Dari manakah sumbernya? Jika dari sumbangan keluarga si mati bukankah dia membebankan. Cam solat Tuk Cik aku nih. Dalam 150 ke 200 org. RM4(duit dlm setiap sampul) X 200 = RM800.Aku tak setuju duit tol kerana ia akan membebankan keluarga si mati(yg berpendapatan sederhana/rendah). Bagaimana keihlasan org yg datang solat? kerna duit?

2- Perlukah dimport org utk solat hingga keluar 2,3 kariah? Bukankah cukup kalu 2,3 org je yg solat? Bukankah ini fardhu kifayah?

3- Ramai jemaah solat td terus balik tanpa menghantar jenazah ke liang lahad. Semua sibuk? Rasanya tak coz 2 keta tadi semua pak cik yg dah pencen.siap kain pelikat lagi. Tak boleh tunggu hingga selesai simpan jenazah?



p/s: duit tol yg aku dapat tu aku bg kat surau Kpg Kdh.
Anggap sebagai sumbangan si mati kepada jihad fisabilillah. Amin

 

٨.٢.٠٦

10 perkara panduan hidup

1- Jangan syirik kepada Allah. Hindari syirik samada besar atau kecil. Antara syirik besar ialah mengakui undang2 manusia lebih sesuai berbanding udang2 Allah

2- Berbuat baik kepada ibu bapa. Beralah & maafkanlah kesalahan mereka.

3- Jangan membunuh anak kerana takut miskin. = Jgn merancang keluarga kerana takut tak mampu menyaranya

4- Jangan melakukan perkara keji samada zahir/nampak atau tidak

5- Jangan membunuh jiwa tanpa hak

6- Jangan dekati harta nak yatim tanpa hak. Jangan makan harta anak yatim melebihi dari patut. Jika kita menyara anak yatim (dengan wang pusakanya) kalu kita makan udang galah depa pun makan udang galah. Jangan depa makan ikan kembung kita makan udang galah.

7- Saksi yg adil w/p terhadap saudara sendiri

8- Sempurnakan sukatan & timbangan. Jangan menipu apabila bermuaamalat/ berniaga.

9- Tepati janji terhadap Allah

10- Ikutlah jalan ini. Apakah jalan ini? Iaitu agama islam



[6:151]
Katakanlah: "Marilah kubacakan apa yang diharamkan atas kamu oleh Tuhanmu yaitu: janganlah kamu mempersekutukan sesuatu dengan Dia, berbuat baiklah terhadap kedua orang ibu bapa, dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu karena takut kemiskinan, Kami akan memberi rezki kepadamu dan kepada mereka, dan janganlah kamu mendekati perbuatan-perbuatan yang keji, baik yang nampak di antaranya maupun yang tersembunyi, dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan sesuatu (sebab) yang benar518". Demikian itu yang diperintahkan kepadamu supaya kamu memahami(nya).


[6:152]
  Dan janganlah kamu dekati harta anak yatim, kecuali dengan cara yang lebih bermanfaat, hingga sampai ia dewasa. Dan sempurnakanlah takaran dan timbangan dengan adil. Kami tidak memikulkan beban kepada sesorang melainkan sekedar kesanggupannya. Dan apabila kamu berkata, maka hendaklah kamu berlaku adil, kendatipun ia adalah kerabat(mu)519, dan penuhilah janji Allah520. Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu ingat.


[6:153]
dan bahwa (yang Kami perintahkan ini) adalah jalanKu yang lurus, maka ikutilah dia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain)521, karena jalan-jalan itu mencerai beraikan kamu dari jalanNya. Yang demikian itu diperintahkan Allah agar kamu bertakwa.

Surah Al-Annam, 6:151-153

518: Maksudnya yang dibenarkan oleh syara' seperti qisas membunuh orang murtad, rejam dan sebagainya.

519: Maksudnya mengatakan yang sebenarnya meskipun merugikan kerabat sendiri.

520: Maksudnya penuhilah segala perintah-perintah-Nya.

521: Maksudnya: janganlah kamu mengikuti agama-agama dan kepercayaan yang lain dari Islam.


Hasil kefahaman drpd kuliah Maghrib yg telah disampaikan oleh Ustaz Sharil Long Di Surau Mujahidin, Kpg Kdh, Prt Buntar pada 6/2/06 yg lalu. wallahua'lam

S.Jibeng meninggal


Takziah kepada Maznah Sidek atas pemergian suaminya Jaafar Siddiq, 64, atau lebih dikenali sebagai S.Jibeng ke rahmatullah pada 7/2/06 jam 7.30 pg.

S.Jibeng pada saya dari satu segi dikira lebih bertuah dari kita semua. Kenapa? Beliau tidak dapat melihat. Jadi nikmat penglihatan yg kita semua akan ditanya di Mahsyar tidak akan ditanyakan kepada beliau.

Jika boleh saya ingin berjumpa dengan seorg buta yg taat beribadah.Insya-Allah hatinya lebih hampir kepada Allah & lebih khusyuk dalam beribadah.Inginku kucup tangannya untuk mengambil keberkatan darinya. Amin...

p/s: link http://www.neethu.com/abbasiya berkenaan pembantu rumah yg mendera anak majikannya ownernya telah pun remove link videonya. so bg yg tak sempak tgk maaflah ye. Saya pun tak savekan videonya(nak safe pun tak tau sebenarnya..). Cuma yg dpt saya cite anaknya menangis masa maidnya tgk tv. apa lagi dirotannya budaknya tu sampai berhenti menangis