Sempena penyiaran karikatur yg mempermainkan Nabi Muhamad SAW
1 - Abu Jahal - siapa yg tak kenal? Bermacam cercaan & hinaan dikenakan pada Nabi & para sahabat. Apakah penghinaan Allah terhadapnya?
Dalam Perang Badar 2 orang budak ditaqdirkan Allah membunuhnya. Mayatnya pula mengeluarkan bau yg amat busuk hingga ia ditanam dengan menguisnya dengan kayu. Tidak dapat dihampiri kerana terlalu busuk bau maiyitnya
2- Seorang Nasara ketika Hulagu & 50 ribu tenteranya berjaya memusnahkan kerajaan Bani Abbasiyah. Hulagu tertarik dengan anak daranyalalu ingin mengahwininya. Maka diadakanlah keramaian untuk meraikan keputusan Hulagu oleh puak-puak Nasara. Maka ketika Nasara itu berucap ia memburuk-burukkan nabi.Dengan taqdir Allah terdapat seekor anjing yang diikat berhampiran.Anjing itu meronta-ronta hingga ikatannya terlepas lalu menerkam lelaki Nasara yg sedang berucap. "Mungkin anjing ni menerkam kepadamu kerana engkau memburuk-burukkan Muhamad?" ", kata salah seorang orang ramai di situ. Nasara itu menjawab, "tidak! anjing itu menerkam kepadaku kerana ikatannya tidak kukuh". Anjing itupun diikat semula ditempat tadi. Ikatan tadi dikukuhkan hingga tidak mungkin anjing itu terkepas semula. Nasara itu meneruskan ucapannya memburukkan Nabi.Sekali lagi anjing itu meronta-ronta hendak melepaskan diri. Akhirnya ikatan terlepas & sekali lagi anjing itu menerkam ke arah nasara tadi lalu membaham terus tengkok nasara tadi. Nasara tadi terus mati.Hulagu & tenteranya lantas memeluk islam selepas melihat peristiwa tadi.
Kesimpulan: Anjing pun marah bila orang hina nabi. Apa tindakan kita bila disiarkan karikatur menghina nabi?
Hasil kefahaman daripada Kuliah Maghrib Ustaz Shuib Din di Surau Taman Semarak pada 15/2/2006 yg lalu. Wallahua'lam
هناك تعليق واحد:
kisah hulagu tu first time saya baca
إرسال تعليق