١٧.٥.٠٦

Marah pasai IFC

Aku marah sungguh nih ngan mamat sekoq ni. Dahlah dulu
dia antara sokong IFC
.

La ni plak dia kata bodoh kat mereka yg berdemo membantah. So kepada org Padang Rengas yg pilih dia masa PRU 11. Akhirat ni pandai2lah korang jawab apsal pilih orang cam dia .Tengoklah next election nak pilih dia lagi ke dak. Untuk makluman dia ni taklah sekaya mana.

Dia ni juga pernah mengatakan lembu pada pendemo protes kenaikan harga minyak di KLCC dulu.

Beberapa link berkaitan IFC.

1,2,3
& 4

١٥.٥.٠٦

Jemputan ke Walimahtul Urus







Dengan rasa besar hati saya menjemput semua blogger(AhNi, Naimisa, AmirulReza, JiwaRasa dll) yg berkesempatan agar menghadiri kenduri kahwin sepupu saya pada hari/waktu tersebut. Insya Allah bleh berjumpa saya. Tapi call saya dulu ye...

Alhamdulilah. Maybe sudah tersurat jodoh mereka sebagai suami isteri.Moga jodoh mereka berkekalan & bahagia hingga ke syurga. Amin

٥.٥.٠٦

Berhati2 dengan produk haram dipasaran

2 malam lps aku pi dengar ceramah ustaz dr Jamnul Azhar Mulkan di somewhere in Parit Buntar.Ceramah ini sempena Maulidur Rasul.
Kata beliau antara punca kepada permasalahaan ummat islam pada hari ini adalah berpunca dari produk2 yg haram. Banyak ubat gigi di pasaran yg haram.

Antaranya ialah Colgate, Darlie, Fresh n White. Sumber kalsium yg digunakan ialah daripada ekstrak tulang babi.
Produk makanan pula ialah Danone, Thong Guan, Maggi,Mamee (Mawi world tu), Cintan, Bama dsbnya. Mee yg disahkan halal ialah mee Adabi.

Mereka mengguna bahan(lupa nama) yg menggunakan darah babi dan ayam yang menyebabkan makanan lebih terasa lemak.
Kalu korang nak percaya atau tidak terpulang. Sesiapa yg inginkan penjelasan lanjut bolehlah berjumpa dengan ustaz di kliniknya di Shahab Perdana di Alor Setaq, Kedah






2:154 Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Sirah Nabi

Contoh kesabaran nabi bila dihina

- Abdullah bin Ubay bin Salun satu ketika melintas Ka'abah di hadapan Nabi sahabat2 termasuklah Umar Abdillah bin Abdullah bin Ubay bin Salun. Dengan niat ingin menghina nabi dia sengaja mengibas2kan jubahnya hingga naik berdebu di hadapan nabi. Abdillah jadi berang layu berkata. Izinkan aku wahai Rasulullah untuk memenggal kepala bapaku. Nabi menjawab Tak usah.


- Org2 tua, kanak2 wanita melontar nabi dengan pelbagai objek ketika
dalam perjalanan untuk dakwah ke Taif. Akibatnya nabi luka hingga darah dari kepalanya meleleh hingga ke kaki. Setelah berjaya melarikan diri nabi lantas berdoa:-

" Wahai Tuhanku, kepada Engkau aku adukan kelemahan tenagaku dan kekurangan daya-upayaku pada pandangan manusia. Wahai Tuhan yang Maha Rahim kepada sesiapa Engkau menyerahkan daku?Kepada musuh yang akan menerkamkan aku ataukah kepada keluarga yang engkau berikan kepadanya uruskanku, tidak ada keberatan bagiku asal aku tetap dalam keredzaanMu. Dalam pada itu afiatMu lebih luas bagiku. Aku berlindung dengan cahaya mukaMu yang mulia yang menyinari segala langit dan menerangi segala yang gelap dan atasnyalah teratur segala urusan dunia dan akhirat, dari Engkau
menimpakan atas diriku kemarahanMu atau dari Engkau turun atasku azabMu kepada
Engkaulah aku adukan hal ku sehingga Engkau redza. Tidak ada daya dan upaya melainkan dengan Engkau"


Jibrail lantas datang kepada nabi.Ya Rasulullah! Berdoalah kepada Allah agar ditimpakan azab kepada penduduk taif ini. Nescaya Malaikat penjaga bukit bukit akan menimpakan penduduk Taif dengan bukit2 yg ada. Nabi lantas menjawab .Walaupun orang-orang ini tidak menerima Islam, aku berdoa agar anak-anak mereka, pada satu masa nanti, akan menyembah Allah s.w.t.. dan berbakti kepadaNya."


So bagi sesiapa yg berpendapat takde guna kita
berdemo/memboikot membantah penghinaan ke atas nabi ,apa bukti kecintaan anda pada Rasulullah? Cukupkah dengan sekadar berselawat berarak setiap kali tibanya 12 RabiulAwwal ? Tepuk dada tanyalah iman.


3:142. Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad [232] diantaramu dan belum nyata orang-orang
yang sabar.


[232]. Jihad dapat berarti:

1. Berperang untuk menegakkan Islam dan melindungi orang-orang Islam;

2. Memerangi hawa nafsu;

3. Mendermakan harta benda untuk kebaikan Islam dan umat Islam;

4. Melawan yang batil dan menegakkan yang hak.
sumber: Al-Quran Digital

٤.٥.٠٦

Takziah kepada keluarga MGG Pillai

Semoga keluarga mendiang dapat bersabar & meneruskan hidup selepas ini. Sesiapa yg ingin mengucapkan/melihat takziah kepada keluarga beliau bolehlah klik di sini

p/s: tulisan beliau mengenai politik Malaysia merupakan bacaan wajib bagi saya setiap kali melayari Laman Marhaen.