١٩.١٢.٠٥

Anak-anak la ni...

Kalau tak salah BH Khamis lalu ada siarkan berita Mahkamah Syariah Kota Baru meluluskan permohonan seorang anak dara(try cari dlm arkib online seminggu tapi tak jumpa). Wanita itu itu bekas pelajar UiTM (tak habih belajar kot?). Nak menikah gak dengan teman lelakinya. Bapanya tak bersetuju(tak berkenaan la..) So bawak la kes tu ke mahkamah. Tu tak kira kes kawin tak jadik. Dah 2.3 kes masuk paper. Tak suka tunang la. Mak Pak paksa la. Macam2 ada!

  Aku dulu masa bujang cukup marah bila anak nak kawin mak pak tak bagi. Dah depa tak tahan... bagi je lah. Maybe coz aku pun dulu tak bape tahan(he3 aku pun dulu bujang...). Tapi bila dah kawin & then jadi baba(ayah) otomatik my view change. I think with old man view.

 Ye! Anak kita nak kawin. But can we accept menantu kita when first we met he/she a lot of things we dislike? Perangai budak2, keje tak tetap, tgh mengaji la dll. Kita pikiaq masa depan depa(wp semuanya kuasa Allah). Benda nampak senang. Tapi bila terkena kat batang hidung?

  Anak MJ(aku dah cite pasal MJ dlm entry sebelum nih) galak nak menikah dah ngan sorang balak. Lama dah kawan. MJ takde problem(wp ade sikit kureng). PJ langsung tak berkenaan. Dia muda lagi dr anaknya(2 thn). Tak keje tetap. Mengajar budak2 mengaji je... Banyak lagi la isusses lain. Aku & syg pun tak berkenaan. Bukan apa sebelum ni depa banyak kali dating senyap2. Mak pak dia tak tau. kami tau. Kesian kat depa. Ingatkan anak depa tak buat keje lagu tu. Depa every week ngaji kat Pondok Ust Mutallib kata Bkt Indera Muda, BM. Baru2 ni plak family balak tu beria2 nak mai berkira dah

  So apa pendapat Mak Hariz, Rojak Buah, Entahlah, Jiwa Rasa & other blogger tentang nih. Kalu korang jadi MJ or PJ apa korang akan buat. Terima atau tolak? Aku pun serabut! Coz PJ tanya pendapat aku. Aku kenai betui PJ & anak dara dia tuh. Iskh problem...


p/s: to Mak Hariz & others. Aku tak wajibkan/kisah  korang beri komen kat blog ni. Up to u. Tak kisah punya... Korang sanggup baca entry pun kira dah cukup baik

هناك ٣ تعليقات:

غير معرف يقول...

kalau dah suka sama suka kahwin aje jangan lambat2 nanti jadi apa2 susah mana ada org dapat tahan malu....
cuma yang penting pastikan si laki tu beriman kalau tak de keje tetap nak buat macamana tapi kita kalau boleh nak yang terbaik utk anak2 kita kan. selagi si laki tu kuat keje walaupun tak tetap terima ajelah kan dah jodoh.
tapi kalau nak betul2 pasti semayang istikharah lagi baik minta buka pintu hati minta perkahwinan kekal akhir hayat.
umur tak yah kira sekarang ramai andartu sapa nak kat mereka ni...kesian betul dan lagi gejala sosial makin tenat lakukan sesuatu untuk kebaikan semua.
tapi org la ni nak kedudukan dan kerje tetap walaupun begitu keputusan semua ditangan anda.
kalau nak banding dengan kisah hidup saya....hmmm saya rasa dia lagi beruntung sebab kedua2 belah pihak tak de msalah nak berunding!

Unknown يقول...

Orang tengah syok bercinta ni jangan kita berkeras sangat, nanti depa buat benda yang entah apa-apa.

Mak Pak kena tunjuk yang depa restu. Tunangkan depa, kemudain gunakan masa bertunang untuk nasihat dan didik kedua-duanya untuk lebih bersedia.

Ni يقول...

wei aku baru masuk blog hg hari nih (setelah sekian lama) sowe...

anak2 kecik lagi tak tahulah nak kata apa tapi aku pun ada baca berita tu kat paper. sampai hati anak dia tu no... tak mau dengar ckp mak bapak, derhaka tu!

in the other hand, kalau parent tak bg pun susah jugak kan. kalau dah cinta sgt, izinkan ajelah. lps tu help them, after all tetap darah daging dia. Help= bkn bg duit tp bg tunjuk ajar, moral support, carikan keje yg elok, after all muafakat and family ties yg penting