١٣.٢.٠٧

Uniknya Darul Sunnah

Kelmarin aku pi Perlis hantar adik ke Institut Perguruan Perlis(IPP). First time aku mai situ aku nampak beberapa keunikan yg takde kat negeri lain(Kedah, Perak, Selangor, Kelantan & Terengganu)

- masjidnya(sepanjang jalan dari Sanglang ke Kangar) semuanya bercat kuning & biru. Warna bendera Perlis)

- masa kat simpang empat nak gi ke Arau, Kangar, Kuala Perlis dari selatan aku tak nampak pun signboard ke IPP. begitu juga dari Kangar ke IPP(jalan lain). So ini satu elemen tak mesra pemandu/pelancong. Punya la banyak signboard kat situ. Tapi takde langsung signboard IPP. Nak sampai IPP baru ada signboard. Itupun terlajak terus ke Kangar. Tanya 2,3 orang baru jumpak.

- paip-paip(yg kecik tak termasuk) air di tepi jalan semuanya di cat biru. Ada plak tulisan cam Perpecahan sesama kita merugikan ummah(contohnya. aku tak ingat). Pergh! Memanfaat sumber sedia ada. maybe sebab tu tak banyak papan tanda kot.

- Dari Sanglang(kat Perlis bukan Sanglang, Kedah) kiri kanan jalan nampak bunga kertas je. Pelbagai saiz & warna. So terus berkenaan. Masa kat Kangar jumpa satu nurseri. Memang banyak bunga kertas kat situ. Tanya la berapa harga sepokok polibeg. RM4 satu beg. Mahai siot. Dengan begitu banyak ditanam bunga kertas dlm serata tempat RM4? Kat tempat aku bleh dapat 3 beg RM10. Tanya punya tanya kuli tu kata yg bunga tu dibeli dari Pulau Pinang. Patut pun. So aku syorkan MB perlis wujudkan satu nurseri yg khusus mengkaji & menjual bunga kertas. Jangan bimbang. Kalu bleh dapat 4 beg RM10 nanti aku beli bila aku pi sana lagi.

- Maya Karin kat situ(aku lupa bawak kamera) dgn pose berkuasa dengan rambutnya yg panjang mengurai. Maybe inilah kelebihan utama Darul Sunnah? Tapi kat sebuah negeri pantai timur dia bertudung. Maybe yg tudung ni bukan sunnah?

Maya Karin di Kelantan

Ada sesiapa nak share/komplen? Terutamanya orang perlis.

p/s: nanti aku pi Perlis lagi kalu aku bawak kamera aku tangkap gambar Maya Karin, paip-paip & masjid-masjid unik tu ye...Nanti korang semua bleh tengok, Insya Allah

٧.٢.٠٧

Dunia akhir zaman

Ada satu hadis yg bermaksud "tidak datang satu tahun melainkan bertambahnya kejahatan & berkurangnya kebaikan"
Semakin tua usia dunia bermakna semakin hampirnya hari kiamat. Semakin banyak kejahatan yang melata di bumi. Antara contonya ialah surau pun diceroboh.

Bagaimana nak mengajar pencuri itu. Tak cukup sekadar banner “Terima kasih kepada pencuri-pencuri barang-barang surau ini sehingga habis semuanya hilang. Tapi ingat balasan Tuhan pasti akan tiba. Tunggu! Ya Allah berilah petunjuk kepada mereka ini... Amin.” Cukupkah sekadar membaca yassin 40 mlm. Jangan harap depa takut. So nak buat camna lagi?

Inilah masanya kita laksanakan kembali hukum hudud/had. Insya Allah. Hidup kita akan kembali aman.

- tapi kalu kita laksanakan hudud habih la org islam takde kaki tangan? Camna nak maju?
Arab Saudi yg laksana hudud senang nampak org kudung? Kedai2 sana waktu solat biaq camtu je. Ada sesiapa berani mencuri?.

Hendak seribu cara, tak nak seribu dalih..

٦.٢.٠٧

Taqlid mazhab

Adakah anda mazhab syafie?Mari kita uji tentang beberapa perkara tentang solat.

1) Adakah anda mengisyaratkan/tegakkan jari telunjuk sewaktu tahhiyat pada ketika
a) Ketika membaca at-tahiyatulmuba..?
b) Ketika membaca ashadulallah...?
c) Ketika membaca illallah...?

2) Apabila selesai solat adakah anda menyapu muka dari
a) dari tengkuk naik ke kepala turun ke muka?
b) dari hujung kepala ke muka
c) dari atas kepala(jari tangan tegak ke atas turun ke muka?
d) dari muka arah kanan ke kiri
e) tidak berbuat apa-apa?

Apakah jawapan anda? Jika jawapan anda ialah 1)c & 2)d maka anda mazhab syafie. Jika tidak anda bermazhab yg lain atau tepatnya mazhab sendiri...

Untuk orang awam macam kita ramai yg mengamalkan mazhab ikutan/sendiri. Jangan bohong mengatakan kita mengamalkan 100% mazhab syafie. Soalnya bolehkah kita bertaqlid mazhab lain(Hanafi, Hambali atau Maliki) dlm beberapa perkara?

٢.٢.٠٧

Bencana sebagai ujian

Ada orang anggap gempa bumi bukan dari Tuhan. Ia kejadian alam biasa. Seperti tanah runtuh dan banjir. Mereka tidak mahu mengaitkannya dengan Tuhan. Malah mungkin ketika berlaku kiamat sekali pun, mereka masih terus menafsirkan kehancuran dunia ini sebagai ‘bencana alam’.

Terpulang… Tafsiran mereka mungkin tidak salah. Tetapi dengan tafsiran begitu, mereka hanya dapat pelajaran dunia. Pelajaran yang tidak membawa mereka pulang kepada Tuhan.

Tetapi bagi yang merasakan setiap bencana itu sebagai bahasa Tuhan mengingatkan insan, mereka akan menafsirkannya dengan Allah, Tuhan sekalian alam. Dan kita ada banyak sebab untuk itu. Allah menyebut di dalam al-Quran bahawa kejahatan yang melata di bumi dan lautan, adalah hasil kerja tangan manusia. Allah timpakan musibah agar mereka kembali kepada-Nya (30:41).

Maka orang yang mengaitkan setiap kesenangan dan kesusahan hidup dengan Allah, akan mendapat mesej Allah dari kejadian itu. "Dapat baik, dekat kepada Allah dengan syukur. Dapat musibah, dekat kepada Allah dengan istighfar dan tawakkal”

saifulislam

Blog Pilihan I

Saya syorkan blogger suma berkunjung ke blog Saiful Islam. Banyak permata bermanfaat menunggu di sana. Insya Allah.

contohnya ialah NASYID YANG MENCACA MARBAKAN DIRI