١.١٠.٠٧

Yang pasti...

Yang pasti arwah Nurin Jazlin Jazimin akan masuk syurga. Dia belum akil baligh(cukup umur). Apatah lagi dia diperlakukan sedemikian rupa.

Mak ayah nurul Jazlin tak pasti lagi masuk syuga macam anaknya.Tak pasti lagi kita akan masuk syurga. Neraka dah sebelah kaki dah. Namun kita terus berharap pada-Nya. Khauf & Raja'. Takutkan neraka & harapkan syurga.


p/s: sesiapa yg baik ngan keluarga Nurul Jazlin tolonglah dakwah supaya maknya bertudung. Nasihatkan
ayahnya banyak bersabar. Jangan berkeluh kesah.

٢٦.٩.٠٧

Nak jadi jutawan


Kalau takde aral, insya Allah orang tua aku akan jadi jutawan. Berita mengenainya ada tersiar di UM , mstar & BH(satu minggu sahaja). Aku tak harap sesen pun duit RM1.3 juta tu. Harapan aku:-

- Ayahku akan menggunakan duit tersebut pada jalan kebajikan. Pi haji, perbaik rumah, tolong orang miskin dll

- peneroka Felda takkan tertipu lagi seperti Felda Sg Buaya & Labu Sendayan

- jangan yg turut terbabit dalam penipuan ialah anak peneroka sendiri & pemimpin setempat(UMNO).

Moga Allah memberkati semua peneroka Sungai Behrang. Amin

Isu Nurin Jazlin

Kesudahan kesnya telahpun diketahui. Marilah kita

- Mendesak Polis & Kementerian Kebajikan & Masyarakat tidak mendakwa ibu bapa arwah cuai. Cukuplah kepergiannya ke hadrat Ilahi sebagai ujian.

- Mendesak Polis mencari pembunuhnya sampai ke lubang cacing. Kalau payah sangat nak carik bukti kukuh mensabit pembunuhnya cari alasan menembak 2 butir peluru hidup kepada pembunuhnya. Macam kes Batu Burok.

- mendesak SB2(siput babi) yg bertugas siang malam memantau aktiviti pembangkang diberikan tugas mencari maklumat tentang pembunuh Nurin. Habih ditangkap pembunuh Nurin, silakan pantau kembali aktiviti pembangkang.

- mendesak akhbar yg menyiarkan berita Ayah Nurin berhutang dengan Along meminta maaf terbuka kepada orang ramai. Jika tidak akhbar itu akan disaman.

- mendesak hukuman hudud(qisas & takzir) dilaksanakan kepada pembunuh/perogol yg beragama islam. Laksanakan hukuman tersebut di khalayak.

Tak bolehkah kita melakukanya?

Al- Fatihah buat adik Nurin. Moga kamu berada di dalam syurga. Amin

٢١.٩.٠٧

Yang leceh kat Bazar Ramadhan


Tak kata semua peniaga. Berdasarkan pengalaman aku dan member2 tahun ni. Kebanyakannya

- meniaga asal nampak rupa fizikal udah. Basi atau takde rasa nasib la ko yg membelinya

- 4 biji popia basah berharga RM2 ringgit di PB? Kat BB cuma RM2 je. Dah la nak amik 2 biji tak bagi. Mungkin kerana nak cover sewa tapak. MDK dikatakan mengenakan sewa RM100 utk satu lot tapak sehari! Biar betul

- Peniaga wanita tak menutup aurat dengan sempurna. Pakai baju lengan sekerat. So kalu ada pilihan peniaga berpakaian lebih sempurna takkan nak pilih yg pakai lengan sekerat. Ini boleh mengkelamkan hati kita yg menyebabkan kita makin payah kita sekeluarga makin mengingati Allah dalam solat & menghafaz ayat-ayat suci.

Kiranya makin payah la nak carik peniaga yg mendapat sedikit keuntungan & memberi sedekah(bagi yg dijual cukup rasa) la ni ye? Akhir zaman...

Aku ni kira mengata ka?

٢٠.٩.٠٧