Khas buat sahabiah & sahabat blog lainnya.
Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di
rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya.
Suatu hari Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti. Ali berkata :
"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."
Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah.Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu dan berkata:
"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."
Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua. Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s.a.w. ini.
"Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku."
Dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali) dan 'Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam sebelum melelapkan mata. Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan), Insya-Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.
Insya Allah
p/s: Amalkan juga membaca Al-Mathurat bagi ketenangan & kekuatan jiwa
٣٠.١.٠٧
١٩.١.٠٧
Inginkah...?
1) pahala melebihi haji & umrah
2) pahala sedekah seperti Jabal Uhud kepada org miskin
3) pahala 1 rakaat solat = ibadat setahun
4) terhindar dari neraka & nifaq(munafik)
5) sebelum ajal tiba, akan melihat tempatnya di syurga
6) masuk syurga tanpa hisab
Mudah je. Dapatkan takbir pertama bersama imam. Nak dapat tu kenalah selalu solat berjemaah.
Dalam hadis lain ada menyebut bahawa pahala menunggu solat menyamai pahala solat.
Rajin-rajinlah menunggu sebelum solat & solat berjemaah. Wallahua'lam
2) pahala sedekah seperti Jabal Uhud kepada org miskin
3) pahala 1 rakaat solat = ibadat setahun
4) terhindar dari neraka & nifaq(munafik)
5) sebelum ajal tiba, akan melihat tempatnya di syurga
6) masuk syurga tanpa hisab
Mudah je. Dapatkan takbir pertama bersama imam. Nak dapat tu kenalah selalu solat berjemaah.
Dalam hadis lain ada menyebut bahawa pahala menunggu solat menyamai pahala solat.
Rajin-rajinlah menunggu sebelum solat & solat berjemaah. Wallahua'lam
Blogger mula disaman..
2 orang bloggers iaitu Rocky's Bru & Jeff Oii telah menerima saman dari NSTP. Sebelum ini Sheih dr kickdefella juga dikatakan menerima ancaman/ugutan. Inilah masanya kita bersatu. Tak perlu memdedahkan diri anda. Marilah membantu memberi sumbangan moral/material kepada mereka. Ayuh! tunjukkan keprihatinan kita. Bloggers United
Bacalah saman kalimullah tiada asas, kita bersama Rocky dan Jeff...., Blogger Malaysia disaman peringkat dunia dan dokumen saman setinggi satu kaki untuk Rocky
Bacalah saman kalimullah tiada asas, kita bersama Rocky dan Jeff...., Blogger Malaysia disaman peringkat dunia dan dokumen saman setinggi satu kaki untuk Rocky
١٨.١.٠٧
Boikot PRU12?
Tahniah atas BA yg telah memboikot PRK Batu Talam. Di sini saya ingin mencadangkan agar kita boikot PRU12. Mungkin kita hanya bertanding di Kelantan(DUN sahaja)? Tapi saya merasakan idea ini akan banyak dibangkang. Fikirkanlah...
١٥.١.٠٧
Pulanglah

Moga PM kita yg penyayang pulang segera menjenguk masuk banjir di Johor. Negeri yg paling kuat menyokongmu kini dirimpa musibah kali kedua. Pulanglah
Kudedikasikan lagu ini buatmu
Pulangkan
Seharum bunga yang menggoda
Sekadar dipandang usah dipuja
Kau pasti tak percaya
Kasihku bukan
Untukmu sayang
Tiada ku sangka
Kau sungguh kejam
Kau rampas segalanya
Yang kau dendam
Namun takkan bahagia kehidupanmu
Bila bunyi bersatu kau milikku

P: Pulangkan cinta hatiku
L: Oh hentikanlah menghantuiku
P: Pulangkan oh pulangkanlah padaku
L: Ku pulangkan kesan hidupmu
P: Yang dikau musnahkan tanpa relaku
L: Bebaskanlah maafkan daku oh kasih
Tiada kemaafan di sini
Kau ragut degupan hati ku ini
Akan ku jejakimu ke mana jua
Hingga akhir masa
Sayang...
P: Oh... pulangkan cinta hatiku
L: Oh hentikanlah menghantuiku
P: Oh pulangkan oh pulangkanlah padaku
L: Ku pulangkan kesan hidupmu
P: Yang dikau musnah tanpa relaku
L: Bebaskanlah maafkan daku oh kasih
Tiada kemaafan di sini
Kau ragut degupan hatiku ini
Akan ku jejakimu ke mana jua
Hingga akhir masa
Sayang...
Vokal: Misha Omar (menampilkan Izzad Izuddin)
الاشتراك في:
الرسائل (Atom)