Kesannya(pengalaman diri)-
- mudah untuk bangun pagi wp tidur malam terganggu kerana membuat susu anak
- tak mengantuk. selalu kul 9-10 pagi kena tidur sat(he3 curi tulang ckit)
- badan terasa ringan untuk membuat kerja2 seharian
Amaran:
- Cuba amalkan (istiqamah) selama 40 hari berturut2. Sebelum 40 hari anda akan merasai mengantuk yg amat sangat ketika membaca wirid ini. Lawan perasaan ini
p/s: - kesan yg dialami mungkin berbeza bergantung kepada individu. Untuk mudah membacanya dapatkan kaset Al-Mathurat Dr Badrul Amin. Ketika dalam perjalanan pergi/pulang ke tempat kerja pasangkannya utk bersama2 mengalunkan dengan kaset.
- perempuan yg datang bulan boleh mengamalkannya kerana ini hanyalah wirid sahaja
wallahua'klam
هناك ٥ تعليقات:
Betul amalkan selalu, bukan buku ma'thurat saja sebenarnya banyak lagi buku2 yang patut kita belajar dan amalkan seperi lum'atul aurad karangan sheikh wan ali bin abdul rahman, amalan kiai salleh(amalan yang diguna semasa menentang komunis di Johor dan juga oleh orang perseorangan/kumpulan semasa 13 mei '69). Tapi kalau boleh kena berguru dapatkan ijazah darinya.
Saya selalu terdengar cerita2 tentang betapa pentingnya mengamal ayat2 al-quran ini sebagai perisai diri dan lain2. Ada yang selamat dari kemalangan ngeri, ada ynag rumahnya didinding dari pencuri, ada yang terapung di permukaan air selepas terjatuh dari sampan, cara nak merawat dari gangguan syaitan iblis dan banyak lagi cerita2 aneh untuk iktibar kita semua.
Memang betul kalau boleh amalkan sampai genap 40 hari jangan 'miss' sama seperti solat jamaah 40 hari banyak manfaatnya tetapi saya kurang pasti pasal rasa mengantuk tu mungkin tak biasa kot.
Dan lagi satu niatkan kerana Allah Taala bukan niat kerana nak dapat benda lain.
Wassalam
InsyaAllah akan diusahakan, terima kasih kerana berkongsi ilmu
entahlah- saya kalu bleh nak dapat wirid yg diijazah oleh guru. sanadnya pula bersambung terus ke Rasullullah. Dulu pernah amal wirid silat abjad. tak tahan daulat/gila isim. then terus stop. pas tu ada sorang ustaz kata ajaran tu sesat. Sementara nak dapat tu saya amalkanlah dulu al-mathurat ni
ni- moga kita tergolong dalam gol yg bersahabat & berpisah keranah Allah. Amin
Joe,
Dulu saya pernah terdengar silat tu.
Begitu juga silat yang telah diharamkan silat nasrulhaq(betulkan kalau silap) selepas 13 mei disebakan ?org cina sangat2 takut pada benda ni cuba buat kajian.
Amalan kiai salleh pun begitu mungkin masih lagi digunakan sekarang(saya tak pasti sangat)oleh pejuang pemisah Islam Patanni. Mengikut cerita lampau askar2 Thai begitu gerun sekali dengan mereka ini disebabkan mereka begitu kuat pegangan ajaran Islam dan tak takut mati. Adalah diriwayatkan pernah terjadi dalam satu pepperangan askar2 Siam ternampak hanya awan gelam mendung sebelum diikuti dengan pedang, golok, keris dan lembing sahaja yang datang terbang menyerang mereka sebelum meragut nyawa askar2 barua Thai itu. Sebab itulah mereka telah mengubah taktik dengan memperkenalkan maksiat di selatan Thai untuk melemahkan Islam.
Pada zaman komunis sedang bermaharajalela terutama di Johor(tak ingat kat mana mungkin Muar) di mana sekumpulan komunis berjaya dipatahkan dengan banjir darah setinggi buku lali kaki dimana setiap orang komunis terpancung leher masing2 oleh pedang terbang sedangkan orangnya tidak ada kelihatan. Maha Suci Allah di atas pertolongannya kalau tidak nescaya Tanah Melayu dikuasai komunis.
Tapi dalam masa yang sama kalau kita nak belajar kenalah hati2 kadang2 sesetengah silat tu dicampur aduk dengan mantera/ jampi entah apa2 bersama ayat2 al-quran. tapi selagi mana ianya bersih dan hanya menggunakan ayat al-quran secara menyeluruh saya rasa itu tak jadi masalah kalau nak mengamalkan. Mungkin di dalam masa yang sama kita boleh mengubat ornag lain dengan pertolongan Allah swt. Wallahua a'lam
إرسال تعليق