٣٠.٣.٠٧

12 Rabiulawwal akan menjelang


Banyakkan selawat sempena ulangtahun kelahiran Habibullah(Kekasih Allah). Susuri kehidupan baginda. Bagaimana baginda bekorban harta & nyawa demi menegakkan Islam di muka bumi.

Jika ingin menyambutnya dengan berarak di Bukit Jalil silakan. Berselawatlah sepanjang jalan memuji baginda. Namun harus diingat. Kalau sekadar berarak sahaja tak de apa benda pun. Kalu nak kira kita menyambutnya siapalah kita dibandingkan dengan Abu Jahal yg sanggup membebaskan seorang hamba & menyembelih 100 ekor unta. Yg paling penting ialah kita mengikut sunnah nabi. Ikut apa yg disuruh tinggal apa yg dilarang.

Akhirkalam selamat menyambut Malidur Rasul. Banyakkan salawat ke atas baginda & mengikut segala sunnah beliau. Jangan jadi seperti Abu Lahab. Gembira menyambut kelahiran tetapi menjadi penentang utama dakwah baginda. Amin

Bacaan Tambahan
Tema Maulidur Rasul, jangan tinggal ucapan semata-mata;
Muhammad s.a.w.: Insan teladan terunggul yang dipuja sepanjang zaman;
Sambut Maulidur Rasul tanpa memusuhi sunnahnya

٢٩.٣.٠٧

Mengelakkan pembaziran..

BH kelmarin

Semua banglo, kilang dan bangunan institusi seperti sekolah, akan diwajib memasang sistem penuaian hujan untuk menjimatkan penggunaan air yang dirawat

Patutnya surau & masjid juga buat camni. Kumpulkan air wudhuk jemaah & gunakannya semula untuk tujuan lain. Macam Masjid Tikam Batu, Sungai Petani. Air wudhuk dikumpulkan dlm kok(takungan konkrit) yg kemudiannya digunakan untuk menyiram pokok bunga yg ditanam. Bukankah tu jimat?

p/s: Kita buat Perkampungan Hadhari(baca ada had ada hari) belanja RM10 juta tak membazir? Terjun bebas Putera UMNO menguntungkan? Tanam Quran di Kutub untung?. Jet peribadi baru RM200 juta? Banyak lagi la...

١٦.٣.٠٧

Fiqh III


Apa yg dikatakan air mutlak? Bahasa mudahnya ialah air saja(slang utara). Iaitu air asli(tulen/pure) yg tidak bercampur dengan bahan lain seperti air tebu, air kopi dll. Sekiranya bercampur hendaklah air tersebut(2 kolah) tiada perubahan pada ain(fizikal), bau & rasa.

Soalan
Bagaimanakah air paip yg kita gunakan untuk berwudhuk? Bolehkah air klorin yg jika berbau digunakan untuk berwudhuk/mengangkat hadas? Air ammonia camna plak?

Silalah bertanya kepada yg arif ye...

Artikel berkaitan.
Fiqh I dan II

Ayuh! Segera mendaftar

Adakah anda menyokong/tidak menyokong dia, dia atau dia? Pastikan nama anda tersenarai. Daftar kan dengan SPR dimana-mana pejabat pos berhampiran. Bawa bersama ic anda. Jika anda telah mendaftar, tetapi nama anda tiada dalam senarai pemilih/berada di tempat lain sila buat bantahan.

W/p anda bukan mengundi secara langsung di kawasan yg mereka tandingi, undi anda akan menentukan samada kawan/lawan mereka yg akan berkhidmat untuk anda. Jadi ayuhlah mendaftar/menyemak daftar pemilih.

Aik! Dia kona plak?

he did not label all women bloggers as liars.

reference to an Indonesian journalist who wrote in her blog about the ministry’s inefficiency.

boleh percaya ke kenyataan penafiannya?