٣٠.٣.٠٧

12 Rabiulawwal akan menjelang


Banyakkan selawat sempena ulangtahun kelahiran Habibullah(Kekasih Allah). Susuri kehidupan baginda. Bagaimana baginda bekorban harta & nyawa demi menegakkan Islam di muka bumi.

Jika ingin menyambutnya dengan berarak di Bukit Jalil silakan. Berselawatlah sepanjang jalan memuji baginda. Namun harus diingat. Kalau sekadar berarak sahaja tak de apa benda pun. Kalu nak kira kita menyambutnya siapalah kita dibandingkan dengan Abu Jahal yg sanggup membebaskan seorang hamba & menyembelih 100 ekor unta. Yg paling penting ialah kita mengikut sunnah nabi. Ikut apa yg disuruh tinggal apa yg dilarang.

Akhirkalam selamat menyambut Malidur Rasul. Banyakkan salawat ke atas baginda & mengikut segala sunnah beliau. Jangan jadi seperti Abu Lahab. Gembira menyambut kelahiran tetapi menjadi penentang utama dakwah baginda. Amin

Bacaan Tambahan
Tema Maulidur Rasul, jangan tinggal ucapan semata-mata;
Muhammad s.a.w.: Insan teladan terunggul yang dipuja sepanjang zaman;
Sambut Maulidur Rasul tanpa memusuhi sunnahnya

هناك تعليق واحد:

KakNi يقول...

Joe, saya nak ucapkan selamat menyambut maulidur rasul esok. Semoga dengan memperingati Kekasih Allah, keimanan kita pun akan bertambah jua, Insyaallah.