٢٤.٥.٠٦
Dan Allah akan mengujimu….III
Mereka telahpun dikurniakan 4 zuriat sebelum ni. Anaknya yg ke 2 ialah lelaki. Depa inginkan sorang lagi anak lelaki. Ustaz pun pernah memberitahu pada ط²ظˆط¬ط© yg dia bercadang nak beli satu lg kerusi makan utk bakal anak mereka.
Tahun depa ط²ظˆط¬ط© ustaz dah 40 thn. Dah tak leh(digalakkan) mengandung. Sabarlah ya ustaz & ط²ظˆط¬ط©. Moga Allah mengurniakan sakinah & keberkatan dlm mengharung ujian dunia.
p/s: Syg & ط²ظˆط¬ط© ustaz ni mengajar di sekolah yg sama.
٢٢.٥.٠٦
Kutujukan lagu ini utk awek Ipoh & bakal pengundi AF4
Siapa bilang gadis bertudung tak menyanyi
Tak menari-nari, tiada memikat
Kalaulah memang tak mungkin dia terpilih
Kalaulah sungguh tak mungkin dia kan layak.
Aduhai... lemah lembut gayanya
Serta manis senyumnya
Hitam pekat tudungnya
Ayuh SMS si dia.
Di antara gadis-gadis seluruh akademi
Tiada yang setudung litup oh setudung dia
Di antara gadis-gadis seluruh akademi
Tiada yang setudung litup oh setudung dia
Tata susila nya, kain tudungnya
Sentuhan suaranya membuatku Afundi.
Pas ni tak peliklah la ni kalu yg bertudung pun bleh menari, terloncat sana sini & sebagainya yg tidak sesuai dgn imej bertudung(baca muslimah). Sebelum ni byk dah kes awek bertudung bercouple kat tmn, gambar terlampau dll. Pas ni saksikanlah(yg tgk kat astro pun dpt saham)konsep islam boleh(dulu Malaysia boleh) terloncat sana sini plak...
p/s: Makin pendeklah umur dunia... Ya Allah matikankanlah kami dalam kesudahan yg baik..
Gubahan lagu ni diambil dari Bukunota
١٨.٥.٠٦
Pada ketika itu...
"Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa."
Mengharapkan agar dia & wifenya dikurniakan zuriat. Pas solat rasa zhauk semacam. Mungkin mengalir keberkatan dua tok sheikh ni pada aku. Alhamdulilah.
p/s: utk makluman kami suma dah kawin selama 3 thn. Cuma tok sheikh sorang ni je yg belum ada rezeki. Ada hikmah tu..
١٧.٥.٠٦
Kepada Para Ibu (sempena Hari Ibu)
Kepada Para Ibu (sempena Hari Ibu)
Perutusan Sempena Hari IBU :
IBU
DIKAU
KUNCI
SYURGA
DIKAU
KUNCI
NERAKA
APA YANG
LEBIH
MENGGERUNKAN KITA !!
PENDEDAHAN Oleh Sohibus Samahah Pengerusi Majlis Mufti Negara Dato’ Seri
Harussani Zakaria :
250 RIBU ummat Islam =
MURTAD
WAHAI IBU :
JADIKAN DIRIMU !
IBU YANG BERIMAN DAN BERTAQWA.
JADIKAN DIRIMU !
IBU YANG HEBAT DAN BERJAYA.
JADIKAN DIRIMU !
IBU YANG MENDIDIK DAN MENYAYANGI.
WAHAI IBU :
DIDIKLAH ANAKMU ,
AGAR MANTAP ISLAM DAN IMAN MEREKA.
DIDIKLAH ANAKMU ,
BIAR BERILMU DAN BERMARUAH.
DIDIKLAH ANAKMU ,
SEMOGA MEREKA MAMPU BERDIKARI DAN MEMILIKI JATI DIRI
Bagaimana Mendidik !!
Sabda Rasulullah saw :
مُرُوْا أَوْلاَدَكُمْ بِالصَّلاَةِ وَ هُمْ
أَبْنَاءُ سَبْعِ سِنِيْنَ وَاضْرِبُوْا هُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءُ
عَشْرٍ
وَ فَرِّقُوْا بَيْنَهُمْ فِي الْمَضَاجِعِ
Maksudnya : Suruhlah anak - anak kamu
supaya bersembahyang sedang mereka berusia 7 tahun dan pukullah mereka (
jika
enggan solat ) sedang usia mereka 10 tahun dan asingkan tempat tidur
mereka .
( antara anak lelaki dan anak perempuan .
Riwayat Al Hakim dan Abu Daud A'mr bin Ash
rha.
Sabda Rasulullah saw. lagi :
مُرُوْا أوْلاَدَكُمْ بِامْتِثَالِ
اْلأَوَامِرِ
وَ اجْتِنَابِ النَّوَاهِي فَذَالِكَ وِقَايَةٌ لَهُمْ وَ لَكُمْ مِنَ
النَّارِ
Maksudnya : Suruhlah anak - anak kamu
supaya menjunjung tinggi titah perintah Allah dan menjauhkan segala
larangan
Allah swt. sedemikian itu adalah perisai bagi mereka dan juga bagi kamu
dari
api neraka .
Riwayat Ibnu Jarir dan Ibnu Mundzir dari
Ibnu
Abbas rha.
اْلأَوَامِرِ
antaranya :
MENUNAIKAN SOLAT ( PENGABDIAN DIRI KEPADA
ALLAH )
MENUTUP AURAT
TAATI IBUBAPA
MENUNTUT ILMU
BERDAKWAH DAN BERJIHAD
النَّوَاهِي
antaranya :
MENSYIRIKKAN ALLAH
ARAK , JUDI DAN ZINA ( FREE SEKS )
PERGAULAN BEBAS
MENDEDAHKAN AURAT
DERHAKA KEPADA IBUBAPA DAN GURU
KEKAL DALAM KEJAHILAN
MENENTANG AGAMA ALLAH DAN USAHA MENDAULATKANNYA.
IBU yang dihormati sekelian :
Saya mengambil kesempatan ini sekali lagi untuk mengucapkan selamat hari
ibu
buat semua ibu yang bukan sahaja gigih membesarkan anak - anak tetapi juga
penuh pengorbanan untuk membrkalkan didikan dan bimbingan buat anak - anak
tersayang .
Agar usahamu ibu , melahirkan generasi yang beriman dan bertaqwa kepada
Allah
swt .
Justeru itu , jangan lah mengalah dalam menghadapi cabaran peradaban moden
hari ini yang pastinya menanti saat ibu terlalai dan terleka untuk
merosakan
peribadi , mental dan aqidah anak - anak kita . Waspadalah ibu !!
Marah pasai IFC
dia antara sokong IFC.
La ni plak dia kata bodoh kat mereka yg berdemo membantah. So kepada org Padang Rengas yg pilih dia masa PRU 11. Akhirat ni pandai2lah korang jawab apsal pilih orang cam dia .Tengoklah next election nak pilih dia lagi ke dak. Untuk makluman dia ni taklah sekaya mana.
Dia ni juga pernah mengatakan lembu pada pendemo protes kenaikan harga minyak di KLCC dulu.
Beberapa link berkaitan IFC.
1,2,3
& 4
١٥.٥.٠٦
Jemputan ke Walimahtul Urus
Dengan rasa besar hati saya menjemput semua blogger(AhNi, Naimisa, AmirulReza, JiwaRasa dll) yg berkesempatan agar menghadiri kenduri kahwin sepupu saya pada hari/waktu tersebut. Insya Allah bleh berjumpa saya. Tapi call saya dulu ye...
Alhamdulilah. Maybe sudah tersurat jodoh mereka sebagai suami isteri.Moga jodoh mereka berkekalan & bahagia hingga ke syurga. Amin
٥.٥.٠٦
Berhati2 dengan produk haram dipasaran
Kata beliau antara punca kepada permasalahaan ummat islam pada hari ini adalah berpunca dari produk2 yg haram. Banyak ubat gigi di pasaran yg haram.
Antaranya ialah Colgate, Darlie, Fresh n White. Sumber kalsium yg digunakan ialah daripada ekstrak tulang babi.
Produk makanan pula ialah Danone, Thong Guan, Maggi,Mamee (Mawi world tu), Cintan, Bama dsbnya. Mee yg disahkan halal ialah mee Adabi.
Mereka mengguna bahan(lupa nama) yg menggunakan darah babi dan ayam yang menyebabkan makanan lebih terasa lemak.
Kalu korang nak percaya atau tidak terpulang. Sesiapa yg inginkan penjelasan lanjut bolehlah berjumpa dengan ustaz di kliniknya di Shahab Perdana di Alor Setaq, Kedah
2:154 Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Sirah Nabi
- Abdullah bin Ubay bin Salun satu ketika melintas Ka'abah di hadapan Nabi sahabat2 termasuklah Umar Abdillah bin Abdullah bin Ubay bin Salun. Dengan niat ingin menghina nabi dia sengaja mengibas2kan jubahnya hingga naik berdebu di hadapan nabi. Abdillah jadi berang layu berkata. Izinkan aku wahai Rasulullah untuk memenggal kepala bapaku. Nabi menjawab Tak usah.
- Org2 tua, kanak2 wanita melontar nabi dengan pelbagai objek ketika
dalam perjalanan untuk dakwah ke Taif. Akibatnya nabi luka hingga darah dari kepalanya meleleh hingga ke kaki. Setelah berjaya melarikan diri nabi lantas berdoa:-
" Wahai Tuhanku, kepada Engkau aku adukan kelemahan tenagaku dan kekurangan daya-upayaku pada pandangan manusia. Wahai Tuhan yang Maha Rahim kepada sesiapa Engkau menyerahkan daku?Kepada musuh yang akan menerkamkan aku ataukah kepada keluarga yang engkau berikan kepadanya uruskanku, tidak ada keberatan bagiku asal aku tetap dalam keredzaanMu. Dalam pada itu afiatMu lebih luas bagiku. Aku berlindung dengan cahaya mukaMu yang mulia yang menyinari segala langit dan menerangi segala yang gelap dan atasnyalah teratur segala urusan dunia dan akhirat, dari Engkau
menimpakan atas diriku kemarahanMu atau dari Engkau turun atasku azabMu kepada
Engkaulah aku adukan hal ku sehingga Engkau redza. Tidak ada daya dan upaya melainkan dengan Engkau"
Jibrail lantas datang kepada nabi.Ya Rasulullah! Berdoalah kepada Allah agar ditimpakan azab kepada penduduk taif ini. Nescaya Malaikat penjaga bukit bukit akan menimpakan penduduk Taif dengan bukit2 yg ada. Nabi lantas menjawab .Walaupun orang-orang ini tidak menerima Islam, aku berdoa agar anak-anak mereka, pada satu masa nanti, akan menyembah Allah s.w.t.. dan berbakti kepadaNya."
So bagi sesiapa yg berpendapat takde guna kita
berdemo/memboikot membantah penghinaan ke atas nabi ,apa bukti kecintaan anda pada Rasulullah? Cukupkah dengan sekadar berselawat berarak setiap kali tibanya 12 RabiulAwwal ? Tepuk dada tanyalah iman.
3:142. Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad [232] diantaramu dan belum nyata orang-orang
yang sabar.
[232]. Jihad dapat berarti:
1. Berperang untuk menegakkan Islam dan melindungi orang-orang Islam;
2. Memerangi hawa nafsu;
3. Mendermakan harta benda untuk kebaikan Islam dan umat Islam;
4. Melawan yang batil dan menegakkan yang hak.
sumber: Al-Quran Digital
٤.٥.٠٦
Takziah kepada keluarga MGG Pillai
p/s: tulisan beliau mengenai politik Malaysia merupakan bacaan wajib bagi saya setiap kali melayari Laman Marhaen.