٢٠.١٢.٢٧

Pendemokrasian SPR?

Akhbar kelmarin(1 & 2) menyiarkan berita tentang Pengerusi SPR yang mencadangkan agar struktur SPR dirombak. Banyak la idea yg dicadangkan. Tapi aku rasa yang paling penting ialah supaya SPR diletakkan terus di bawah dewan rakyat. Bukan seperti sekarang iaitu di bawah PM. Kalau ini boleh dilakukan semua isu2 kecil yang lain boleh diatasi.

Satu lagi ialah supaya tempoh mandat parti yang menang dimaksimakan kepada 5 tahun. PM tidak boleh membubarkan parlimen sebelum cukup 5 tahun. Bukankah hak membubarkan terletak pada PM? Betul. Tapi kalu aku pun jadi pm, aku tunggu masa sesuai sebelum 5 tahun. Janji aku menang besar. Ini juga menjanjikan pertandingan seimbang antara parti bertanding. Kan kata negara ini demokrasi?(bukan daddy/pak mertua yg kasi tau!)

Beberapa link mengulas kenyataan SPR ini
SPR tidak perlu dirombak,

Rombakan SPR bakal kembalikan keyakinan rakyat.

dan lain-lain link
1,2,3,4 dan 5, 6 dan 7.

p/s: kalu sungguh nak jadikan SPR dihormati buangkanlah peraturan lapok cam pengundi pos tuh. Nak bimbang apasal? Ada askar/polis berperang dalam bandar? Yg dok dalam bandar undilah kat tempat dia bertugas. Ini tidak. Udahlah undi pos, parti2(baca pembangkang) tidak dibenarkan memantau proses undi tersebut. Apa cite Abd Rashid Ab. Rahman?

ليست هناك تعليقات: