٩.٣.٠٧

Islamic Loan

Pagi tadi baca sat harakahdaily. Bila sampai kat artikel ni ada la komen seorg pembaca yg berbunyi

Pinjaman Bank Islam Tinggi
Harga Rumah dibeli RM100,000 dan kena bayar balik RM250,000 (termasuk faedah RM150,000) selama 25 tahun bayaran balik.
Jadi kenapa bank islam spt bank Islam perlu caj sampai 150% pada mereka yang ingin meminjamnya.?
Saya cadangkan pihak berkenaan dapat memperbetul service caj supaya orang ramai terutama orang islam dapat membuat pinjaman cara islam.

…….

Untuk pengetahuan semua, pinjaman perumahan kerajaan yang interestnya(sama je islamik/konvensionalnya) 4% pun camtu gak. Cam aku-



Pinjam ,a = RM 111,244.00
Interest 4% selama 25 tahun, b = RM 164,771.00
Maka jumlah dibayar a+b = RM 276,015.88.
So bagi loan 25 tahun, 12.5 tahun kita hanya membayar faedahnya sahaja.

Jadi kalu buat loan 4%(loan gomen) yg paling murah pun kena bayar lebih kurang 2 kali ganda dari harga rumah. Pinjam 100 bayar 200 dalam masa 25 tahun. Bayangkan kalu pinjam ngan bank-bank.

Kepada semua
- kadar BLR ditetapkan oleh Bank Negara.
- Katakana BLR 3.5 & kadar keuntungan bank 2 % maka interest jadi 5.5%. Jadi camna nak diturunkan lagi faedah? Semua bank wajib mengikut BLR Bank Negara.

So kalu nak turunkan kadar faedah kadar BLR hendaklah diturunkan serendah mungkin. Tapi ini mungkin boleh memberi kesan ekonomi Negara.

2. Bagi aku 4% memang rendah, tapi kalu 25 tahun? So kalu bank islam nak turunkan kadar interest semaksima mungkin, BLR juga perlu diturunkan.

3. Apa pilihan lagi yg kita ada selain Bank Islam? Bank Rakyat dan Bank Muamalat sahaja. Carilah yg paling rendah. Bank-bank yg lain hanya bahagian perbankan islam je yg islamik. Yg corenya still konvensional.




p/s: tahukah anda bahawa di Malaysia ni terdapat hanya satu negeri yg menawarkan pinjaman perumahan tanpa faedah?

ليست هناك تعليقات: