Yang ditunggu2 kini tiba. Bulan yg digandakan amalan hingga 70 kali ganda. Bulan yg terdapat satu malam yg lebih baik dr seribu bulan. Dan pelbagai macam kelebihan.
Jadi. Pastikan puasa & amalan kebajikan kita pada Ramadhan kali ini ialah yg terbaik dengan
- usahakan mengkhatamkan al-quran 30 juzuk. Ianya nampak agak berat tapi tak mustahil. Isikan masa terluang di pejabat & rumah dengan membacanya. Kurangkan berbual2 hal2 keduniaan.
- tarawih tak tinggal w/p satu malam. Walaupun hanya 8 tapi dengan tazkirah tentunya lebih baik berbanding 20 yg mengalahkan roket ke bulan.
- pastikan budget harian/bulanan (makanan terutamanya)kurang dari bulan2 sebelumnya. Kalu bleh makan kurma & minum air kemudian solat maghrib. Makan seperti biasa selepasnya.
- Maksimakan amalan sunat qabliyah & baqdiyah solat. Tahajud pastikan tak tinggal.
- malam 27 jika mampu habiskan khatam quran. Pastu mintalah sebanyak mungkin doa kepada-Nya. Mintak dikurniakan zuriat lagi, keberkatan hidup, mati dalam iman dan pelbagai lagi.
dan apa2 lagi pun. Asalkan bermanfaat dunia akhirat
Moga Allah membantu kita dalam mencari kesempurnaan di bulan ini. Amin.
١٢.٩.٠٧
الاشتراك في:
تعليقات الرسالة (Atom)
ليست هناك تعليقات:
إرسال تعليق