٧.٤.٠٦

Kemungkaran 15 April ini? Selepasnya?

Konsert Pesta Malam Indonesia kan diadakan. 8 jam brother. RTM yg bust siaran langsung selama 60 jam pun tak buat konsert non stop sampai lapan jam. Maybe ni bleh masuk dlm Rekod Malaysia?. Bermurah hati sungguh polis bagi permit konsert 8 jam. Kalu ceramah pembangkang cukup payah nak buat.Bergelak sakan la makhluk tanduk dua melihatkan beribu2 org tinggal solat asar, maghrib & Isyak.. Tu tak kira percampuran lelaki perempuan.Bagaimana ngan bala Allah nanti?

Maybe prinsip pertama islam hadhari bleh tercapai?

٦.٤.٠٦

Direct Selling haram?

Dulu pernah terbaca kat TranungKite(tak jumpa link asal). Sekarang terbaca kat sini plak. Ada gak ulasan ni kat Bukit Besi Online.
So apa pendapat blogger semua?
Nak tunggu majlis fatwa keluar fatwa cam botox(tak kuar2 lagi pun)

Kali terakhir kutatap wajahmu?


Semoga dimudahkan Allah perjalananmu untuk menuntut ilmu di perantauan. Amin. Ya rabbala'lamin
Link berkaitan

٣.٤.٠٦

Tips Menangani Kenaikan Harga Minyak

Seharusnya kita memperuntukan 10-20 peratus pendapatan untuk simpanan. Jika itu gagal kita lakukan, sesuatu harus dibuat sebagai bekalan ketika kecemasan. Kata orang tua-tua- sediakan payung sebelum hujan.

* Batalkan tempahan sistem televisyen kabel seperti Astro. Kita harus tahu yang kebanyakan siarannya adalah ulangan sahaja. Perkara ini elok dibincang dengan orang rumah dan anak-anak supaya mereka memahami keadaan ekonomi kini yang merenggut sebahagian besar pendapatan bulanan kita.

* Usah terikut-ikut dengan pengaruh iklan akan model telefon bimbit. Ini khususnya kepada orang muda. Belajarlah berjimat dan menabung. Sedar atau tidak, apa yang sering kita gunakan hanyalah untuk panggilan telefon sahaja. Sedangkan kemudahan lain itu amat jarang kita gunakan. Sekali gus, janganlah kita menjadi pandir yang memboroskan duit untuk kerja gila dan sia-sia seperti menghantar SMS Akademi Fantasia, lagu serta bunyi deringan.

* Minimakan penggunaan lebuhraya PLUS, KESAS, LDP dan sebagainya. Atur masa perjalanan dengan baik. Gunakan lebuhraya ketika amat memerlukan atau di kala kecemasan.

* Usah disambut seruan bercuti ala â€کCuti-cuti Malaysia’ atau â€کJom Jalan-jalan’. Hendaklah kita bercutian di kawasan berhampiran atau yang kita tahu selok-belok jalannya. Jangan lupa bagaimana di sepanjang jalan begitu banyak â€کspeedtrap’ yang menanti dengan penuh muslihat.

* Berhemat menggunakan kad kredit. Jangan jadikan ia umpama kad Doraemon untuk berbelanja macam orang hilang akal. Belilah barang keperluan bukan untuk bermewah. Sentiasa hadkan supaya kita mampu menjelaskan sepenuhnya bil di hujung bulan.

* Kurangkan atau hentikan tabiat mengunjungi restoran makanan segera atau restoran yang mahal harga jualannya. Selain dari mendatangkan masalah kesihatan yang serius di belakang hari, ia juga menjadi terlalu mahal sekarang.

Kita hendaklah kembali kepada asas dalam perbelanjaan harian. Lupakan soal aksesori yang berlebihan dan membazir. Sekiranya kita tidak bersedia sekarang, pasti bala akan menanti kita di hadapan nanti. Luangkan masa yang lebih dengan keluarga sambil memberi mereka kesedaran dan pengetahuan akan apa yang berlaku sekarang. Golongan yang memerintah sekarang bukanlah mereka yang prihatin dan memahami masalah rakyat kecil. Dasar penswastaan serta RM9 yang diwar-warkan itu hanyalah wayang yang meliurkan sahaja. Agihan itu semuanya masuk ke kantul mereka sahaja bak Qarun di zaman moden.

Kita tahu ada rakan-rakan yang lebih tajam akal serta buah fikiran. Diharap dapat berkongsi sesama kita.

Artikel asal terdapat di sini

١.٤.٠٦

ISLAM HADHARI :

Saat ummat Islam menyambut Ulangtahun Keputeraan Nabi saw. , semestinya kita sepakat melahirkan rasa cinta yang mendalam kepada Nabi saw. serta mempertahankan kesucian baginda saw. apabila baginda saw. dihina dan diejek .

Malangnya , penganut Islam Hadhari lebih bersemangat mempertahankan artis dari Nabi saw.

10 April 06' yang lalu , melalui Laporan Parlimen jam 5.20 di Warta Negeri TV 1 , dapat ditonton oleh seluruh rakyat Malaysia baginda Ahli Parlimen BN Sri Gading , bersungguh - sungguh mempertahankan P. Ramlee dan begitu amarah beliau kepada pihak yang membandingkan P. Ramlee dengan artis yang lain .

Sedang kita tidak dengar pun suara dia sewaktu Nabi saw. dihina oleh Eropah dan musuh - musuh seluruh dunia . Entah dimana ia menyembunyikan diri disaat seluruh ummat Islam di seluruh dunia bangkit menunjuk perasaan benci dan amarah apabila Nabi saw. dihina .

Sebaliknya beliau hanya "tunjuk perasaan" di parlimen bila P. Ramlee di perbandingkan justeru ia beranggapan P.Ramlee tiada tolok bandingnya .

Dulu Ahli Parlimen yang sama lah ( BN Sri Gading ) yang mendesak supaya hukuman " bunuh " iaitu campak ke laut ke atas seorang penyanyi ( Hattan ) yang kononnya di dapati menyanyi lagu negaraku dengan versi yang berbeza dengan versi yang ada pada hari ini .

Menganggap ianya sebagai satu kesalahan besar yang tidak boleh diampunkan melainkan mestilah dicampak ke laut .

Demikianlah peristiwa yang berlaku sejurus Hattan diminta untuk memimpin stadium menyanyikan lagu negaraku sempena final Piala Malaysia oktober tahun lepas .

Sewaktu A. Farish Noor menghina Nabi , bahawa Nabi saw. pernah berzina dengan seorang wanita yang bernama Raihanah dan sebagainya , malah sewaktu Kassim Ahmad mengeluarkan pandangan agar Hadis nabi saw. perlu dinilai semula , tiada satu hukuman pun keluar dari mulut Ahli Parlimen Sri Gading ini .

untuk ikuti ulasan sepenuhnya sila klik di sini