Saat ummat Islam menyambut Ulangtahun Keputeraan Nabi saw. , semestinya kita sepakat melahirkan rasa cinta yang mendalam kepada Nabi saw. serta mempertahankan kesucian baginda saw. apabila baginda saw. dihina dan diejek .
Malangnya , penganut Islam Hadhari lebih bersemangat mempertahankan artis dari Nabi saw.
10 April 06' yang lalu , melalui Laporan Parlimen jam 5.20 di Warta Negeri TV 1 , dapat ditonton oleh seluruh rakyat Malaysia baginda Ahli Parlimen BN Sri Gading , bersungguh - sungguh mempertahankan P. Ramlee dan begitu amarah beliau kepada pihak yang membandingkan P. Ramlee dengan artis yang lain .
Sedang kita tidak dengar pun suara dia sewaktu Nabi saw. dihina oleh Eropah dan musuh - musuh seluruh dunia . Entah dimana ia menyembunyikan diri disaat seluruh ummat Islam di seluruh dunia bangkit menunjuk perasaan benci dan amarah apabila Nabi saw. dihina .
Sebaliknya beliau hanya "tunjuk perasaan" di parlimen bila P. Ramlee di perbandingkan justeru ia beranggapan P.Ramlee tiada tolok bandingnya .
Dulu Ahli Parlimen yang sama lah ( BN Sri Gading ) yang mendesak supaya hukuman " bunuh " iaitu campak ke laut ke atas seorang penyanyi ( Hattan ) yang kononnya di dapati menyanyi lagu negaraku dengan versi yang berbeza dengan versi yang ada pada hari ini .
Menganggap ianya sebagai satu kesalahan besar yang tidak boleh diampunkan melainkan mestilah dicampak ke laut .
Demikianlah peristiwa yang berlaku sejurus Hattan diminta untuk memimpin stadium menyanyikan lagu negaraku sempena final Piala Malaysia oktober tahun lepas .
Sewaktu A. Farish Noor menghina Nabi , bahawa Nabi saw. pernah berzina dengan seorang wanita yang bernama Raihanah dan sebagainya , malah sewaktu Kassim Ahmad mengeluarkan pandangan agar Hadis nabi saw. perlu dinilai semula , tiada satu hukuman pun keluar dari mulut Ahli Parlimen Sri Gading ini .
untuk ikuti ulasan sepenuhnya sila klik di sini
١.٤.٠٦
الاشتراك في:
تعليقات الرسالة (Atom)
ليست هناك تعليقات:
إرسال تعليق