Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir Yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati
Tulus ikhlasmu luhur budimu
Bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu
Menghiburkan kami
Memori indah kita bersama
Terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati
Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah di atas kehendak Yang Esa
Ya Allah
Tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang diKau janjikan nikmat
Untuk hambaMu
Sahabatku
Akan kuteruskan perjuangan ini
Walau kutahu kau tiada di sisi
Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami
Moga amanlah dan bahgia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatihah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solihin
Kau sahabatku kau teman sejati
Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir Yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati
Lirik lagu KAU SAHABAT KAU TEMAN nyanyian Hijazz dari album PELITA HIDUP 2
Maybe ini gambar terakhir yg dpt kuabadikan sebelum Ustaz berangkat pergi menuntut ilmu ke luar negara selama 2 tahun insya Allah. Mungkinkah kita dapat bersua lagi & mengikuti kuliah ustaz?
Sabda Nabi
Dari Abu Hurairah r. a., dari Nabi saw., sabdanya,Allah swt. akan memberikan naungan kepada tujuh golongan manusia pada hari kiamat, di mana tidak ada naungan ketika itu kecuali naungan Allah :
1. Imam (pemimpin) yang adil.
2. Pemuda yang terdidik/terlatih sejak kecil dalam menyembah Allah.
3. Seseorang yang hatinya terpaut di masjid.
4. Dua orang yang saling mengasihi kerana Allah; mereka berkumpul kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
5. Seorang lelaki yang dirayu untuk berbuat keji oleh seorang wanita yang cantik, lantas ia menolak dengan berkata "Aku takut kepada Allah".
6. Seorang yang bersedekah dengan sembunyi-sembunyi, sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang telah diberikan oleh tangan kanannya.
7. Seorang yang mengingat Allah waktu bersunyi-sunyi, lantas meleleh air matanya.
(HADIS SAHIH BUKHARI/MUSLIM)
هناك ٣ تعليقات:
sedih pula baca entry ni.......ada sekali lagi pertemuan bulan depan....boleh belajar lagi utk kali terakhir bulan April ni.....
aiseh!satu tempat keje plak. Tak leh invisbile dah. Jgn2 cam muka tak?
takpe. VCD ada. boleh ulang tengok...:)
إرسال تعليق