عرض المشاركات المصنفة بحسب مدى الصلة بالموضوع لطلب البحث isa. تصنيف بحسب التاريخ عرض كل المشاركات
عرض المشاركات المصنفة بحسب مدى الصلة بالموضوع لطلب البحث isa. تصنيف بحسب التاريخ عرض كل المشاركات

١١.٥.٠٧

Sempena Hari Ibu..

Perjalanan terakhir mak

Apabila isteri, Siti Hawa Samsam, mengejutkan saya jam 5.20 pagi, Sabtu, 1 Mei 1999, saya rasa ia hanya untuk mengingatkan waktu Subuh telah dekat. Tetapi melihatkan raut mukanya yang pucat, matanya yang berair, bibirnya terketar-ketar, jantung saya berdegup kencang. Saya hanya menunggu, seperti seorang pesalah menanti hukuman.


"Mak ...," katanya terputus-putus. "Liza telefon tadi ... mak dah tak ada, bang."

Sepi. Pilu. Sebak. Bagaikan segala pergerakan terhenti. Saya hanya mampu menarik nafas, cuba mententeramkan diri. Tidak perlu lagi saya bertanya, apa sakit mak, bila mak meninggal, di mana mak menghembuskan nafas terakhir. Segala persoalan bertukar menjadi jawapan. Yang penting, mak sudah tak ada.

Kosong sekeliling

Saya terpaku di katil hampir lima minit, memandang kosong sekeliling. Terbayang wajah kudus mak, bicara manja mak, nasihat bermakna mak, kelembutan tangan mak, syahdu suara mak mengaji al-Quran, tekunnya mak menjagaku hampir sebulan ketika sakit, gelisahnya mak bila diberitahu SB selalu menganggu kehidupanku, dan sepinya dunia yang terasa menghimpit dan menggigit.

Terdengar isteri sibuk mengejutkan anak-anak. Yang kecil, Umar Mukhtar merengek. Selepas menyusun kembali tarikan nafas, saya turut membangunkan anak-anak lain. Luqman Hakim kebingungan bila diminta cepat bersiap balik kampung: "Buat apa balik kampung. Abang nak periksa besok."

Adiknya, Nurul Syafiqah dan Ikmal Syafiq, mengeliat kiri dan kanan, maklumlah, malam tadi mereka tidur selepas 12 tengah malam.

Tanpa menunggu anak-anak bangun, saya ke bilik air. Di samping wajah ibu memenuhi ruang rumah, sekilas ingatan buat bapa, yang meninggal dunia hampir 20 tahun lalu, menyentuh kalbu. Pandangan tertumpu kerusi di anjung rumah, tempat mak selalu berehat dan berbual mesra denganku bila datang KL.

Kesedihan rupanya cukup menyakitkan.

Lemas dan sesak

Pancuran air panas tidak dapat menghilangkan kedinginan Subuh. Siramannya hanya dari dada ke bawah. Jika bermula dari kepala, terasa lemas dan sesak. Semasa membentang sejadah, sebak di dada memuncak.

Pipiku panas menahan larian air mata. Di bilik sembahyang itulah mak selalu mengurut badanku sambil bercerita pahit manis kisah silam dan gelagat cucu-cucunya di kampung, memicit kepalaku sambil mengingatkan pantang larang sakit yang kutanggung.

Selalunya bila mak datang, mak akan 'melaporkan' segala perkembangan di kampung, siapa yang akan naik haji, siapa yang berkahwin, siapa yang meninggal, apa khabar saudara di kampung, sihatkah Teh, Tok Su, Tok Jam, Wa, Pak Su.

Sambil berteleku memohon doa, kurasakan perjalanan hidup ini terlalu singkat. Baru beberapa minggu lalu, mak ceria bersama cucu-cucunya, bergembira bersama menantunya, langsung tidak menampakkan sebarang penyakit serius yang ditanggungnya.

Usah terlewat membalas jasa ibu bapa


Sejak Umar lahir enam bulan lalu, sudah empat kali mak ke KL, menguruskan isteriku, menemaniku di hospital, dan kali terakhir "nak tengok rumah baru Mad (panggilan untuk diriku)".

Selepas pak meninggal, saya selalu menghayati kata-kata nasihat yang cukup bermakna: "Selalunya, apabila kita teringat untuk membalas jasa ibu dan ayah, kita sudah terlewat."

Saya genggam sungguh-sungguh tuntutan di sebaliknya. Janganlah ada apa-apa tindakan dan kata-kata yang boleh menumpahkan air mata mak. Berbaktilah semasa mereka masih segar bugar, jangan ditunggu lagi. Menunggu bermakna kita pasti terlewat, percayalah.

Mak mungkin tak tahu banyak tentang pergolakan semasa, tetapi maklah yang menjadi pendorong dan sumber inspirasi selama ini. Bermula selepas dipecat UTM, ditangkap ISA, disusahkan kerjaku sebagai penulis, mak amat memahami perasaan dan kehendak anak kelimanya ini.

Kedegilanku untuk terus mencabar, sejak zaman kampus, mungkin menggusarkannya tetapi sedikitpun tidak pernah dihalangnya, dan saya langsung tidak merasakan mak tidak selesa dengan apa yang saya lakukan.

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kampung Raja, Kubang Pasu, cukup lama dan panjang sekali.

Sebelum bertolak, isteri sempat membisikkan, "inilah saatnya yang paling takut ditempuh, pulang ke kampung, tanpa mak yang menunggu ... akhirnya detik itu datang juga."

Wajah mak di mana-mana

Melalui lebuh raya, pandangan dilemparkan di kejauhan mencari makna sisa-sisa hidup di sebalik wajah mak yang melintas di mana-mana.

Abang sulungku, Dinsman, rupanya masih belum tiba, ketika kami sampai. Dia dalam perjalanan dari Kota Bharu. Kak Ton, Kak Na, Bang Ludin, Adik Ishak menyimpan kesedihan. Alhamdulillah, mereka di sisi mak ketika mak nazak, kesempatan paling bermakna buat seorang anak.

Sambil menahan air mata, wajah syahdu mak kukucup:"Semoga Allah mengasihinya, sebagaimana mak mengasihiku di masa aku kecil hinggalah ke detik ini."

Buat pembaca, mohon maaf kerana catatan ini terlalu bersifat peribadi.

Al-Fatihah buat Aishah Megat Hamzah.

* Tulisan ini disiarkan pertama kalinya oleh majalah Detik keluaran 15 Mei 1999 (yang kemudiannya diharamkan KDN). Beberapa nama yang disebutkan dalam artikel ini seperti puteriku, Nurul Syafiqah; nenek, Tok Jam; nenek saudara, Tok Su; dan mak saudara, Wa, juga telah meninggal dunia.

artikel asal terdapat di sini

١٢.١٠.٠٦

Rayuan kepada PM

Dengan rendah hati & penuh pengharapan, saya merayu kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdulllah membebaskan semua tahanan ISA yang masih ditahan(ada hampir 5 tahun) sehingga hari ini.

Jika mereka bersalah maafkanlah mereka. Atau jika ada bukti, kemukakanlah dakwaan di mahkamah. Janganlah dikurung mereka seperti haiwan di zoo.

Maafkanlah mereka. Sedangkanlah nabi ampunkan umat... Tidak hilang bisa ular yg menyusur di bawah akar. Apatah lagi sempena bulan mulia penuh barokah ini.

Moga Allah memberi hidayah padamu.. Amin.

٢٩.٨.٠٦

Merdekakah kita jika..










- perlembagaan kita gunakan ciptaan manusia bukannya Rabbul Izzati

- terdapat rakyat kita yang di tahan ISA tanpa bicara hampir 5 tahun

- perkara sunnah seperti serban dinafikan malah nabi perlekehkan

- artis yg terima anugerah FFM mengatakan nampak bodoh jika dia berucap dalam bahasa Melayu

- Jawi terus mati sedangkan ketika awal merdeka KTM pun guna tulisan Jawi(rujuk adegan Ajis naik keretapi nak pergi ke KL dalam Sarjan Hasan)

- Bahasa Melayu terus terpinggir hinggakan belanjawan menjadi bajet(bajak kot?)

- Melayu yg merupakan peribumi Negara ini hanya merempat di negeri sendiri. Lihat di Pulau Pinang(negeri PM lagi) dan lain2 bandar besar

- Seramai 250 ribu melayu murtad sedangkan usaha mencegahnya tidak dibuat. Bagaimana pula dengan murtad secara senyap?

- menyambut merdeka dengan konsert, pertunjukan bunga api, pergaulan bebas lelaki & perempuan serta segala perkara yg melalaikan yang mengundang bala Allah

- Jika ADUN atau MP dari pembangkang, elaun pembangunan tahunan hanya disalurkan kepada pejabat daerah, ketua bahagian & JKKK sedangkan yg layak menerimanya ialah ADUN dan MP yg menang

p/s: Kenapakah fakta Malaysia(sejak tahun 1963) baru 41 thn merdeka tidak dihighlightkan? Yang 49 tahun merdeka ialah Tanah Melayu/Malaya. Sabah & Sarawak belum lagi menyertai Malaysia pada 1957

٣٠.١٢.٠٥

Muhasabah diri

Dalam hadisnya, Rasulullah saw meriwayatkan bahawa: “Seseorang akan tergolong dalam golongan orang yang â€کrugi’, apabila hari ini sama saja dengan hari semalam, tergolong dalam golongan ’celaka’, apabila hari ini lebih buruk daripada hari semalam dan tergolong dalam golongan â€کberuntung’, apabila hari ini lebih baik daripada hari semalam."


    So menjelang tahun baru Masihi(Tahun kelahiran nabi isa)kalu nak muhasabah diri silakan.Sepatutnya kita muhasabah diri setiap malam sebelum tidur.


-Fikir apa benda maksiat, pahala yg aku telah buat. Mana lagi banyak maksiat atau pahala?

- Berapa kali aku istighfar hari ni. Berapa banyak ayat suci yang telah kita baca

- Maafkan segala dosa org kat kita


Umat Islam harus cemerlang

Hari ini mesti lebih baik dari semalam

Jangan buang masa

Siapa kata kita tidak boleh

Kita ada Allah Maha Kuasa

Kita punya kuasa tenaga

Doa sebagai senjata

Umat Islam sentiasa boleh.


Lirik lagu menuju Wawasan oleh Firdaus


p/s: toce kepada NI dengan entry Renungan Hari Jumaat . So dapat idea nak tulis.Jazakallah hukhairan jazak

٦.١٢.٠٥

â€کBogel tahanan bertentangan peraturan sivil’

Sumber dari Berita Harian Online 6/12/05



KUALA LUMPUR: Tindakan membogelkan tahanan adalah bertentangan dengan undang-undang sivil dan hukum syarak jika dibuat dengan niat jahat serta tanpa keperluan yang munasabah. Pandai plak Si Ghani ni berhujah. Siap selit hukum agama lagi. Padahal tak boleh melihat aurat oragng lain tanpa alasan kuat .


Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, berkata dasar perundangan jelas menyatakan bahawa seseorang tidak boleh dibogelkan tanpa bukti meyakinkan berlandaskan tuntutan undang-undang. “Semuanya perlu dilakukan secara munasabah. Setiap arahan perlu ada alasan munasabah. Kalau makanan (tahanan), perlu berzat, air perlu bersih dan tahanan wajar diberi peluang menemui saudara maranya. Camna plak ngan tahanan ISA. Tahan tanpa bicara? Boleh? ini namanya selected prosecution(ejaan betul?)

“Kalau di lokap sekali pun, ia hendaklah memenuhi tuntutan hukum Syarak. Misalnya pakaian yang disediakan harus sesuai dan tindakan membogelkan tahanan (tanpa alasan munasabah) adalah bertentangan sama sekali dengan hukum.“Ini berdasarkan prinsip bahawa sesuatu yang perlu dilakukan bagi menyempurnakan sesuatu yang wajib adalah juga wajib. Perkara ini terdapat dalam usul fiqh. Setiap tindakan mengikut budi bicara, wajar dihakimi dari segi perundangan,â€‌ katanya.

Abdul Gani berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Komuniti Syariah dan Wacana Ilmiah, di sini semalam. Program sehari bertema â€کMuafakat Dalam Memantapkan Sistem Perundangan Syariah di Malaysia’ itu dianjurkan Seksyen Syariah (Bahagian Penasihat) Jabatan Peguam Negara.Mengulas kontroversi rakaman video wanita yang didakwa dipaksa berbogel dan ketuk ketampi ketika dalam tahanan polis, Abdul Gani berkata, beliau yakin anggota suruhanjaya bebas yang dilantik Jumaat lalu mampu melaksanakan tanggungjawab itu secara telus. Bagaimana syor suruhanjaya penambaikan polis sebelum ni? dah laksanakan semuanya? senyap je...

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai isu terbabit kerana menyifatkannya sebagai tidak adil memandangkan hasil siasatan belum diterima jabatannya dan khuatir sebarang komen akan menjejaskan siasatan.

“Seperti yang diharapkan semua orang, saya juga mahukan siasatan yang adil.
Kita tidak boleh buat kesimpulan terburu-buru,â€‌ katanya.



Pandangan saya:

Ghani hendaklah adil. Sebelum ni pun banyak kes tahanan mati, dibogelkan tanpa sebab munasabah  atau dibelasah ketika dalam lokap. Antaranya ialah


DSAI,


Nora
,
Rastam dan ramai lagi. Tak pernah dengar cerita pun pegawai polis tu dikenakan tindakan.Alasan menyembunyikan dadah dalam kemaluan/dubur? paling kurang pun suruhlah menanggalkan kain/atau seluar je. Apa ke jadahnya?(NTV7) tanggal semua?




Ke arah menjadikan Malaysia baldatun toyyibah wa robbun ghofur

٢٦.٢.٠٧

Tag Men”Tag”

Aku kena tag ngan Kak Ah Ni.


Yg weird pasai diri aku(byk tapi cukuplah 6 je...)

- Aku hantu mengaji. Banyak ustaz yg aku pi. Dari yg lembut hingga yg keras. Tapi kalu keras/lembut pun ada point. Cam ustaz Shahril Long. Straight sebut nama UMNO. Contohnya 10 sebab mengapa kita xleh menyokong UMNO. Gitulah tamat yg no 1

-Sesapa yg first time kenai aku kata aku ni cengi(garang). Pernah masa kursus induksi dulu aku cakap straight je ISA tu zalim. Tapi ada point la. Siap bagi hujjah al-quran lg. Camtu gak la ngan Mat rempit. Zalim. Patut belasah je. Patut masa nak buat road block tu kalu mat rempit lalu rentang rantai je. Biaq depa tertiarap kat jalan. Dengan bond, org tua malahan kanak-kanak pun dilanggarnya apa cerita. Sapa nak tanggung suami kehilangan anak/ isteri? No 2

- Aku kalu janji ngan org kalu kata 2.30 ptg, lima minit sebelum tu aku mai dah. Depa saja buat lambat 10 minit ke siap la kena sound(x la sampai maki). Sampai member skerja sebilik(aku duk berdua. Lelaki tau!) kata kalu janji ngan aku 2.30 maka kena mai 2.30. Jangan lewat. No 3

- Aku minat cerita saintifik cam X-Files & CSI. Antara cite lawan yg aku minat ialah Naruto, Justise League, Batman. So kesimpulannya aku minat kartun lawan2 . Tapi bukan semua. No 4

- Aku cukup anti ngan Tabligh & Wahabi. Maybe bukan suma. Tapi kebanyakan yg aku jumpa(Tabligh je) asyik ajak keluar berdakwah je. 1 hari, 3 hari, sebulan dan 40 hari. Korang nak keluar keluarlah.
a) Ni sampai keluar anak bini makan pasir apa cerita?
b) Kat tempat aku ada la sorg Tabligh(dr enginering) siap kata kita tak bleh mengaji kitab Munyatul Musolli(ttg fiqh mazhab syafie) kerana surau ni surau antarabangsa(ramai student Pak Arab dok kat sini) Habih tu camna kita nak tau solat kita betui2 ikut syafie?. Tanya Pak Arab?
c) nabi tak amal pun politik untuk bernegara.
No 5.

- Aku ni hantu blog(rajin membaca). Hari-hari aku surf website hampir 20 buah. Banyak? Aku just baca je. Dengan Mozilla Thuderbird. Apatah lagi takde keje je... No last.



Blogger berikut aku nak tag:
1.loveujordan

2.khairyn

3.afifi

4.al-faqir

5.AL-HUSSEYN

6.Kitaro Minami


p/s: Kalu depa x respon pun xpe. Kalu respon lagi baik.