Sumber dari Berita Harian Online 6/12/05
KUALA LUMPUR: Tindakan membogelkan tahanan adalah bertentangan dengan undang-undang sivil dan hukum syarak jika dibuat dengan niat jahat serta tanpa keperluan yang munasabah. Pandai plak Si Ghani ni berhujah. Siap selit hukum agama lagi. Padahal tak boleh melihat aurat oragng lain tanpa alasan kuat .
Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, berkata dasar perundangan jelas menyatakan bahawa seseorang tidak boleh dibogelkan tanpa bukti meyakinkan berlandaskan tuntutan undang-undang. “Semuanya perlu dilakukan secara munasabah. Setiap arahan perlu ada alasan munasabah. Kalau makanan (tahanan), perlu berzat, air perlu bersih dan tahanan wajar diberi peluang menemui saudara maranya. Camna plak ngan tahanan ISA. Tahan tanpa bicara? Boleh? ini namanya selected prosecution(ejaan betul?)
“Kalau di lokap sekali pun, ia hendaklah memenuhi tuntutan hukum Syarak. Misalnya pakaian yang disediakan harus sesuai dan tindakan membogelkan tahanan (tanpa alasan munasabah) adalah bertentangan sama sekali dengan hukum.“Ini berdasarkan prinsip bahawa sesuatu yang perlu dilakukan bagi menyempurnakan sesuatu yang wajib adalah juga wajib. Perkara ini terdapat dalam usul fiqh. Setiap tindakan mengikut budi bicara, wajar dihakimi dari segi perundangan,†katanya.
Abdul Gani berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Komuniti Syariah dan Wacana Ilmiah, di sini semalam. Program sehari bertema â€کMuafakat Dalam Memantapkan Sistem Perundangan Syariah di Malaysia’ itu dianjurkan Seksyen Syariah (Bahagian Penasihat) Jabatan Peguam Negara.Mengulas kontroversi rakaman video wanita yang didakwa dipaksa berbogel dan ketuk ketampi ketika dalam tahanan polis, Abdul Gani berkata, beliau yakin anggota suruhanjaya bebas yang dilantik Jumaat lalu mampu melaksanakan tanggungjawab itu secara telus. Bagaimana syor suruhanjaya penambaikan polis sebelum ni? dah laksanakan semuanya? senyap je...
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai isu terbabit kerana menyifatkannya sebagai tidak adil memandangkan hasil siasatan belum diterima jabatannya dan khuatir sebarang komen akan menjejaskan siasatan.
“Seperti yang diharapkan semua orang, saya juga mahukan siasatan yang adil.
Kita tidak boleh buat kesimpulan terburu-buru,†katanya.
Pandangan saya:
Ghani hendaklah adil. Sebelum ni pun banyak kes tahanan mati, dibogelkan tanpa sebab munasabah atau dibelasah ketika dalam lokap. Antaranya ialah
DSAI,
Nora,
Rastam dan ramai lagi. Tak pernah dengar cerita pun pegawai polis tu dikenakan tindakan.Alasan menyembunyikan dadah dalam kemaluan/dubur? paling kurang pun suruhlah menanggalkan kain/atau seluar je. Apa ke jadahnya?(NTV7) tanggal semua?
Ke arah menjadikan Malaysia baldatun toyyibah wa robbun ghofur
ليست هناك تعليقات:
إرسال تعليق