٢٨.٢.٠٦

Isu kawin semula

Ingatkan isu kena nikah semula selepas 3 kali suci ni dah selesai. Tetiba timbul balik. Mari kita sama-sama mengaji tentang susunan wali untuk pengantin perempuan. Urutan wali untuk seorang wanita ialah:-

1. Bapa Kandung
2. Datuk Sebelah Bapa Ke Atas
3. Adik Beradik Lelaki Seibu-sebapa
4. Adik Beradik Lelaki Sebapa
5. Anak Saudara Lelaki Seibu-sebapa
6. Anak Saudara Lelaki Sebapa
7. Anak Lelaki Kepada Anak Saudara Lelaki Seibu-sebapa
8. Anak Lelaki Kepada Anak Saudara Lelaki Sebapa
9. Bapa Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa
10. Bapa Saudara Sebelah Bapa Sebapa
11. Datuk Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa Dengan Datuknya
12. Datuk Saudara Sebelah Bapa Sebapa Dengan Datuknya
13. Moyang Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa Dengan Moyangnya
14. Moyang Saudara Sebelah Bapa Sebapa Dengan Moyangnya
15. Anak Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa (Sepupu lelaki)
16. Anak Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Sebapa (Sepupu lelaki)
17. Cucu Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa
18. Cucu Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Sebapa
19. Anak Datuk Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa Dengan Datuknya
20. Anak Datuk Saudara Sebelah Bapa Sebapa Dengan Datuknya
21. Wali Hakim


Mulanya si wanita ni nak berwalikan adiknya tapi Qadhi tu kata takpa berwalikan hakim. Maka pernikahan itu tak sah kerana taraf adik lelaki wanita itu lebih kuat berbanding wali hakim. Justeru itu pernikahan(tak sah) itu perlu dibuat semula selepas wanita itu 3 kali suci. Ingatkan dah selesai. tetiba plak kata tak perlu nikah balik. Apa ni? Ini bukan kawin olok2.

p/s; Depa nikah tak sampai pun sebulan. Tetiba difarakhkan(pisah) & kena tunggu isteri 3 kali suci. Jangan buat main2. Karannya masih tinggi. Rasanya sekitar 315KV. Lainlah cam aku ni yg dah hampir 3 tahun. Rasanya tinggal cuma 240V. Kalu dalam masa 3 bulan isteri mengandung (rasanya tak pasai tak cite pun). Anak tu tak sah taraf (anak luar nikah). Takleh dibin/binti ayahnya. Taklah dapat harta pusaka mak ayah dia. Anak perempuan depa bila kawin kena guna wali hakim. bertali arus masalah yg timbul nanti.

Pandangan aku:
- pilih pegawai agama berasakan ilmu bukan parti mana yg disokong. Bila org jahil pegang kuasa jadilah kes camni
- panggilah pasangan tu. Bincang cara baik. Jangan main pakai surat je sedangkan depa tak faham (aku pun tak faham) camna dari sah jadi tak sah & tetiba plak jadi sah balik.

Minyak naik lagi...

Harga minyak naik lagi. Seperti biasa kerajaan mempunyai pelbagai alasan.Rakyat pula
seperti biasa akan menerima tanpa banyak soal.

2 minggu lepas tambang bas sekolah naik 20%. Kenaikan bil elektrik tunggu masa untuk diluluskan. Pas ni suma barang naik. nak buat camna? Suma barang guna minyak.

Dalam akhbar perdana hampir semuanya tiada pandangan alternatif. Apakata kita membaca pandangan alternatif lain plak?

..... KITA?
MINYAK NAIK LAGI
Harga minyak naik lagi: ....
minyak naik 30sen. ..
HARGA MINYAK NAIK LAGI, ....

Link Tentang Pengumuman Kenaikan harga Minyak
Link dibawah akan berubah selepas 1 minggu
Harga minyak naik 30sen
Minyak naik 30 sen -- ....

p/s: ada orang kata BN tu bukan sahaja Barisan Nasional! BN juga -barang naik, bila naik, baru naik, berapa naik, banyak naik.

Ada komen pro & kontra? Silakan. Blog ini demokrasi. Lebih tepat adil mengikut istilah islam

٢٢.٢.٠٦

Memorandum IFC kpd PM

p/s:Nama sender asal aku tak siarkan. Kalu korang
setuju tlg sebarkan. Jika tidak terima kasih kerana sudi membaca



Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3]. Datuk Harussani juga minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.


Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?...Depa send memorandum kepada PM minta 15 perkara berhubung dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia. Antaranya:

1) Setiap anak yang baru dilahirkan di
Malaysia jangan dikaitkan dengan mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun
- Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah, tanya kat anak kita,"Hang nak ikut ugama apa?"...Kalau dia kata nak jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah digazetkan dalam

Perlembagaan Negara.

2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport
dihapuskan kolum identiti agama
- maknanya, perkataan Islam yang ada kat mykad kita itu, depa minta di"tiada"kan.

3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin
dengan orang Islam, dia tidak perlu masuk Islam
.

4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan
orang bukan Islam, mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.


5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana
kepada masjid-masjid, begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah ibadat orang bukan Islam.


6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang
Islam menutup aurat hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.


7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain - mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan. Walaupun la ni bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?...Kalau takdak mahkamah
syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah, sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar.

8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam,
semua hartanya dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.


9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila
masuk Islam, maka hak penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.


10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang
menerangkan tentang ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga
ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.


11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia
turut mencetak bible dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.


12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan
sebagai agama rasmi di Malaysia?
....lagi 3 ana tak ingat, antum boleh refer dalam majalah Millenium Muslim.


Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...Datuk Harussani tegur PM dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?...Depa kata kat Mufti Perak, "Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded langsung!"...Datuk Harussani balas dalam majalah "Millenium Muslim", katanya, "Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih, maka inilah hadiahnya!"...Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia. Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar, macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!

--------------------------------------------------------------------

[3] Kata al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: "Sepertimana yang Tartar berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain.


Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsir al-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70. Cetakan Beirut)


Allahu ta`ala `alam.

٢١.٢.٠٦

Catatan ziarah pada 19/2/05

Pada 18/2/05 sewaktu berada dlm supermarket Minat aku terserempak dgn Mamat(nama samaran). Aik!sorang je. Mana anak bini hang?Pg td anak aku masuk GH Taiping. Aku terkedu jap. Sabarlah hang ye. Ada hikmahnya tu... Ok. Aku chow dulu. Aku tengok mukanya ada serabut sikit.

Malam tu pas abih ngaji U Mohd Noor Zakaria aku panggil Mat Pon.Esok hang free? Free. Aku nak ajak hang pi GH Taiping. Nak ziarah anak Mamat yg masuk wad pg kemarin. K. esok aku call hang balik. Ptg 19/2/05 aku call Pon. Jadi pi?Tak jadi. Aku ada hal lain. K. Takpe. Camna ni? aku nak pi ngan sapa? Aku bukan tau jalan pi GH Taiping nih. Pernah pi sekali tapi naik bas rombongan melawat seorg staff yg accident 3,4 thn lepas. Aku lena je dlm bas. Mana hapai jalan pun. Tetiba teringat kat Sayuti yg dok kat Simpang Lima. Call dia. Hang free? Apasai? Jom pi ziarah anak Mamat? Ok gak tu bang. Jom pi. Terdengar suara bini dia. K. Kui berapa hang nak mai rumah aku? Kul 4. K.Pas tu kita terus pi.

So kami pun pi ngan satu keta. Kat satu jam baru sampai. PB ke GH Taiping & PB ke GH Seberang Jaya lebih kurang sama je jaraknya. Tapi GH Taiping kena ikut jalan lama. Makan masa 1 jam. Kalu GH Seberang Jaya cuma setengah jam. Highway katakan.Hampir 5.30 ptg sampai. Tengok dari luar je. Depa dok tingkat bawah B1 wad pediatrik(kanak-kanak. Just parent(mak pak je) yg bleh masuk. Kami as visitor kena sembang dari luar je. Mamat & Haziq(abg. Sorang lg hazim mak dia bw balik) menunggu. Banyak la disembangkan. Haziq & Hazim ni kena lelah & kahak. So kena jaga makan & bila perlu kena sedut kahak dia.

Kesian aku tengok family depa nih. Bertuah lagi aku dr segi ni. w/p anak aku twin. Kekadang mai tak sihat serabut gak. Tapi taklah sampai kena tahan wad lagi. Kalu ikut kata U Shamsuri aku ni kena sujud syukur dah.

١٥.٢.٠٦

Balasan org yg menghina Nabi

Sempena penyiaran karikatur yg mempermainkan Nabi Muhamad SAW


1 - Abu Jahal - siapa yg tak kenal? Bermacam cercaan & hinaan dikenakan pada Nabi & para sahabat. Apakah penghinaan Allah terhadapnya?
Dalam Perang Badar 2 orang budak ditaqdirkan Allah membunuhnya. Mayatnya pula mengeluarkan bau yg amat busuk hingga ia ditanam dengan menguisnya dengan kayu. Tidak dapat dihampiri kerana terlalu busuk bau maiyitnya


2- Seorang Nasara ketika Hulagu & 50 ribu tenteranya berjaya memusnahkan kerajaan Bani Abbasiyah. Hulagu tertarik dengan anak daranyalalu ingin mengahwininya. Maka diadakanlah keramaian untuk meraikan keputusan Hulagu oleh puak-puak Nasara. Maka ketika Nasara itu berucap ia memburuk-burukkan nabi.Dengan taqdir Allah terdapat seekor anjing yang diikat berhampiran.Anjing itu meronta-ronta hingga ikatannya terlepas lalu menerkam lelaki Nasara yg sedang berucap. "Mungkin anjing ni menerkam kepadamu kerana engkau memburuk-burukkan Muhamad?" ", kata salah seorang orang ramai di situ. Nasara itu menjawab, "tidak! anjing itu menerkam kepadaku kerana ikatannya tidak kukuh". Anjing itupun diikat semula ditempat tadi. Ikatan tadi dikukuhkan hingga tidak mungkin anjing itu terkepas semula. Nasara itu meneruskan ucapannya memburukkan Nabi.Sekali lagi anjing itu meronta-ronta hendak melepaskan diri. Akhirnya ikatan terlepas & sekali lagi anjing itu menerkam ke arah nasara tadi lalu membaham terus tengkok nasara tadi. Nasara tadi terus mati.Hulagu & tenteranya lantas memeluk islam selepas melihat peristiwa tadi.


Kesimpulan: Anjing pun marah bila orang hina nabi. Apa tindakan kita bila disiarkan karikatur menghina nabi?



Hasil kefahaman daripada Kuliah Maghrib Ustaz Shuib Din di Surau Taman Semarak pada 15/2/2006 yg lalu. Wallahua'lam

Mari Gunakan Kuasa Kita

Jom boikot barangan Denmark Antaranya barangan yg boleh diboikot ialah Susu Dumex, Coklat Cadbury & Carlsberg. Biarkan kerajaan enggan membokot barangan Denmark.

Gunakan kuasa pada tangan kita. Ayuh! Tunjukkan contoh kecintaan kita pada Rasulullah dengan memboikot barangan Denmark nih.

Tak perlu lagi kita berpanas/berhujan berdemo di jalan raya

١٤.٢.٠٦

Pengurusan Jenazah

Kelmarin aku pergi menziarah jenazah Tuk Cik(lelaki) di Sg Kechil, Nibong Tebal.Apabila sampai mereka yg ada di situ memberitahu bahawa jenazah telahpun dibawa ke Kubang Semang, Bukit Mertajam. Jadi aku pun terus ke sana.

Jenazah selesai disolat jam 11.40 pg. Masa kami semua nak keluar kami mendapat duit tol(upah?) kerana menyembahyangkan maiyit(bukan mayat-tahi lembu kering). Habih je solat jenazah aku pun terus balik nak sambung kerja(keluar sat waktu kerja). 2,3 kereta yg membawa pakcik2 solat tadi keluar gak. Aku follow kereta depa coz kebetulan aku melalui jalan yg sama dengan depa. Satu kereta membelok ke Kg Timah, Permatang Pauh & yg satu lagi membelok ke arah Kg Pertama, Permatang Pauh.

soalan aku
1- Perlukah kita mewajibkan duit tol sembahyang maiyit? Dari manakah sumbernya? Jika dari sumbangan keluarga si mati bukankah dia membebankan. Cam solat Tuk Cik aku nih. Dalam 150 ke 200 org. RM4(duit dlm setiap sampul) X 200 = RM800.Aku tak setuju duit tol kerana ia akan membebankan keluarga si mati(yg berpendapatan sederhana/rendah). Bagaimana keihlasan org yg datang solat? kerna duit?

2- Perlukah dimport org utk solat hingga keluar 2,3 kariah? Bukankah cukup kalu 2,3 org je yg solat? Bukankah ini fardhu kifayah?

3- Ramai jemaah solat td terus balik tanpa menghantar jenazah ke liang lahad. Semua sibuk? Rasanya tak coz 2 keta tadi semua pak cik yg dah pencen.siap kain pelikat lagi. Tak boleh tunggu hingga selesai simpan jenazah?



p/s: duit tol yg aku dapat tu aku bg kat surau Kpg Kdh.
Anggap sebagai sumbangan si mati kepada jihad fisabilillah. Amin

 

٨.٢.٠٦

10 perkara panduan hidup

1- Jangan syirik kepada Allah. Hindari syirik samada besar atau kecil. Antara syirik besar ialah mengakui undang2 manusia lebih sesuai berbanding udang2 Allah

2- Berbuat baik kepada ibu bapa. Beralah & maafkanlah kesalahan mereka.

3- Jangan membunuh anak kerana takut miskin. = Jgn merancang keluarga kerana takut tak mampu menyaranya

4- Jangan melakukan perkara keji samada zahir/nampak atau tidak

5- Jangan membunuh jiwa tanpa hak

6- Jangan dekati harta nak yatim tanpa hak. Jangan makan harta anak yatim melebihi dari patut. Jika kita menyara anak yatim (dengan wang pusakanya) kalu kita makan udang galah depa pun makan udang galah. Jangan depa makan ikan kembung kita makan udang galah.

7- Saksi yg adil w/p terhadap saudara sendiri

8- Sempurnakan sukatan & timbangan. Jangan menipu apabila bermuaamalat/ berniaga.

9- Tepati janji terhadap Allah

10- Ikutlah jalan ini. Apakah jalan ini? Iaitu agama islam



[6:151]
Katakanlah: "Marilah kubacakan apa yang diharamkan atas kamu oleh Tuhanmu yaitu: janganlah kamu mempersekutukan sesuatu dengan Dia, berbuat baiklah terhadap kedua orang ibu bapa, dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu karena takut kemiskinan, Kami akan memberi rezki kepadamu dan kepada mereka, dan janganlah kamu mendekati perbuatan-perbuatan yang keji, baik yang nampak di antaranya maupun yang tersembunyi, dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan sesuatu (sebab) yang benar518". Demikian itu yang diperintahkan kepadamu supaya kamu memahami(nya).


[6:152]
  Dan janganlah kamu dekati harta anak yatim, kecuali dengan cara yang lebih bermanfaat, hingga sampai ia dewasa. Dan sempurnakanlah takaran dan timbangan dengan adil. Kami tidak memikulkan beban kepada sesorang melainkan sekedar kesanggupannya. Dan apabila kamu berkata, maka hendaklah kamu berlaku adil, kendatipun ia adalah kerabat(mu)519, dan penuhilah janji Allah520. Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu ingat.


[6:153]
dan bahwa (yang Kami perintahkan ini) adalah jalanKu yang lurus, maka ikutilah dia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain)521, karena jalan-jalan itu mencerai beraikan kamu dari jalanNya. Yang demikian itu diperintahkan Allah agar kamu bertakwa.

Surah Al-Annam, 6:151-153

518: Maksudnya yang dibenarkan oleh syara' seperti qisas membunuh orang murtad, rejam dan sebagainya.

519: Maksudnya mengatakan yang sebenarnya meskipun merugikan kerabat sendiri.

520: Maksudnya penuhilah segala perintah-perintah-Nya.

521: Maksudnya: janganlah kamu mengikuti agama-agama dan kepercayaan yang lain dari Islam.


Hasil kefahaman drpd kuliah Maghrib yg telah disampaikan oleh Ustaz Sharil Long Di Surau Mujahidin, Kpg Kdh, Prt Buntar pada 6/2/06 yg lalu. wallahua'lam

S.Jibeng meninggal


Takziah kepada Maznah Sidek atas pemergian suaminya Jaafar Siddiq, 64, atau lebih dikenali sebagai S.Jibeng ke rahmatullah pada 7/2/06 jam 7.30 pg.

S.Jibeng pada saya dari satu segi dikira lebih bertuah dari kita semua. Kenapa? Beliau tidak dapat melihat. Jadi nikmat penglihatan yg kita semua akan ditanya di Mahsyar tidak akan ditanyakan kepada beliau.

Jika boleh saya ingin berjumpa dengan seorg buta yg taat beribadah.Insya-Allah hatinya lebih hampir kepada Allah & lebih khusyuk dalam beribadah.Inginku kucup tangannya untuk mengambil keberkatan darinya. Amin...

p/s: link http://www.neethu.com/abbasiya berkenaan pembantu rumah yg mendera anak majikannya ownernya telah pun remove link videonya. so bg yg tak sempak tgk maaflah ye. Saya pun tak savekan videonya(nak safe pun tak tau sebenarnya..). Cuma yg dpt saya cite anaknya menangis masa maidnya tgk tv. apa lagi dirotannya budaknya tu sampai berhenti menangis