29.1.27

Isu kawin semula

Ingatkan isu kena nikah semula selepas 3 kali suci ni dah selesai. Tetiba timbul balik. Mari kita sama-sama mengaji tentang susunan wali untuk pengantin perempuan. Urutan wali untuk seorang wanita ialah:-

1. Bapa Kandung
2. Datuk Sebelah Bapa Ke Atas
3. Adik Beradik Lelaki Seibu-sebapa
4. Adik Beradik Lelaki Sebapa
5. Anak Saudara Lelaki Seibu-sebapa
6. Anak Saudara Lelaki Sebapa
7. Anak Lelaki Kepada Anak Saudara Lelaki Seibu-sebapa
8. Anak Lelaki Kepada Anak Saudara Lelaki Sebapa
9. Bapa Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa
10. Bapa Saudara Sebelah Bapa Sebapa
11. Datuk Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa Dengan Datuknya
12. Datuk Saudara Sebelah Bapa Sebapa Dengan Datuknya
13. Moyang Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa Dengan Moyangnya
14. Moyang Saudara Sebelah Bapa Sebapa Dengan Moyangnya
15. Anak Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa (Sepupu lelaki)
16. Anak Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Sebapa (Sepupu lelaki)
17. Cucu Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa
18. Cucu Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Sebapa
19. Anak Datuk Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa Dengan Datuknya
20. Anak Datuk Saudara Sebelah Bapa Sebapa Dengan Datuknya
21. Wali Hakim


Mulanya si wanita ni nak berwalikan adiknya tapi Qadhi tu kata takpa berwalikan hakim. Maka pernikahan itu tak sah kerana taraf adik lelaki wanita itu lebih kuat berbanding wali hakim. Justeru itu pernikahan(tak sah) itu perlu dibuat semula selepas wanita itu 3 kali suci. Ingatkan dah selesai. tetiba plak kata tak perlu nikah balik. Apa ni? Ini bukan kawin olok2.

p/s; Depa nikah tak sampai pun sebulan. Tetiba difarakhkan(pisah) & kena tunggu isteri 3 kali suci. Jangan buat main2. Karannya masih tinggi. Rasanya sekitar 315KV. Lainlah cam aku ni yg dah hampir 3 tahun. Rasanya tinggal cuma 240V. Kalu dalam masa 3 bulan isteri mengandung (rasanya tak pasai tak cite pun). Anak tu tak sah taraf (anak luar nikah). Takleh dibin/binti ayahnya. Taklah dapat harta pusaka mak ayah dia. Anak perempuan depa bila kawin kena guna wali hakim. bertali arus masalah yg timbul nanti.

Pandangan aku:
- pilih pegawai agama berasakan ilmu bukan parti mana yg disokong. Bila org jahil pegang kuasa jadilah kes camni
- panggilah pasangan tu. Bincang cara baik. Jangan main pakai surat je sedangkan depa tak faham (aku pun tak faham) camna dari sah jadi tak sah & tetiba plak jadi sah balik.

هناك تعليق واحد:

ni gonchaq يقول...

aku pun tak paham (obviously sebab aku tak baca paper dan tak tahu apa ceritanya)