٣٠.٦.٠٦

Blog kembali aktif

ط§ظ„ط­ظ…ط¯ظ„ظ„ظ‘ط­ kemarin berakhirnya kursus. Kursus ni wajib utk post baru. Aku naik pangkat ke post baru ni. So nak sah dlm jawatan kenalah ikuti kursus ni. 27/7 ni ada plak exam kursus ni. Mula2 tu terlintas gak. Boringnya. 15 hari beb. Tapi setelah aku mengenali my group dlm course ni tak terasa cepatnya masa berlalu. Dalam 6 org, just 1 yg tak byk cakap. Yg lain sembang bab apa pun bleh. 3 lecturer, 2 dr UK & 1 dr Jepun. Sorang lagi ustaz dr Mesir(Naim cukup mengenalinya). Yg tak byk cakap tu AR. nanti aku cite info menarik yg aku dpt sepanjang course nih
ظˆط§ظ„ط³ظ„ط£ظ…

p/s: nanti aku cite camna nak setkan keyboard arabic pada pc biasa. Aku baru try ckit2 je nih.

١٢.٦.٠٦

Tradisi Membelasah Rakyat(bumiputera)

2 minggu lepas aku pi ke klinik. Amik vitamin utk anak aku. Pastu sembang ngan doktor tu. Pastu dia cite la pasai tanah tuk dia kat kpg. Kerajaan membelinya ngan harga RM2 juta. Sekali imbas memang mahai. Tp doctor tu cite lagi 30 thn dulu ada cha ya nun alif sanggup beli ngan RM1 juta. Tanah tu memang luas. Rizab Melayu lg. Depa beli ngan harga cuma RM13 sekaki persegi. Padahal tanah estet berhampiran kwsn tersebut berharga RM25 sekaki. Pas ni kalu depa buat kompleks perniagaan maka akan ramai la cha ya nun alif yg menguasai. Udahlah kws tu terletak dlm negeri Darul Sukun di mn melayu menjadi minority. Dah depa jual nanti gerenti dpt komisen punya. Aci kerat kaki ayam punya.

Tapi aku & doktor tu syak sebab utama depa amik tanah tu kerana 2 sebab iaitu terdirinya di situ taska islam yg dipunyai oleh sebuah parti & kwsn tersebut memang memangkah pembangkang dlm PRU 11 dulu. Nak lwn ke mahkamah? Tak leh menang punya. Apsal? Sebab Pindaan Akta Tanah 2002 mengatakan bhw kerajaan berhak mengambil sesuatu tanah setelah dibuat penawaran harga kali ke 2 dibuat. So nak tak nak kenalah serah tanah tu atas dasar pembangunan.

Tapi kalu tanah cha ya nun alif nak amik? Mimpilah. Nanti pilihanraya pangkah pembangkang depa yg terap(tiarap). Buktinya? Di pekan Sg Dua yg jem teruk pg & petang. Apsal tak amik tanah cha ya nun alif tu? Tapi kalu kat Spg Empat, Pmtg Buloh habih suma dikaut. Apsal? Sebab suma peniaga situ bumiputera.

p/s: entry nih lama dah nak upload. Tapi sibuk ngan kursus & kenduri. Tu yg lambat tuh

٨.٦.٠٦

60 Minit Bersama Menteri

Mlm td tertengoklah 60 Minit Bersama Menteri. Tapi dah agak lewat. Tinggal dlm 20 minit lg je. Tapi aku best(menyampah pun ada) ngan jawapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Menteri Agama kita la)

   apa tindakan kerajaan dengan byknya org memohon untuk murtad? – itu hanya permohonan shj. Tak lulus maka dia tak murtad.
Woi! Itu atas kertas. Dia amik borang nak tukaq pun kira murtad dah. Kan dah ada niat nak murtad!


Kerajaan banyak melaksanakan amar ma’ruf tapi tak banyak nahi mungkar – kerja nahi mungkar ni bukan hanya kerja kerajaan.
Org kampung  & ibu bapa juga bertanggungjawab. Sapa yg
meluluskan lesen arak judi? Pak menakan hang? Sapa yg meluluskan konsert Sure Haram (la ni Jom Haram? TV3 ka?




Islam Hadhari apa kalu luluskan lesen arak? – Ooo Malaysia negara majmuk. At least hadkan tempat membeli arak tu pd bukan islam shj.


Selebihnya Sahibus Samahah(coz
jd menteri Agama) byk bermain ngan istilah Arabic. Sederhana la, moderat la &
bla2. Satu lg yg kerap disebut aaaa, aaaa & aaaa.


Kalu byk sebut benda nih u tandanya tak de point nak jawab/takde preparation. Apa la. Kan dah level Sahibus Samahah dah. Guna la ayat quran byk ckit.


p/s: Aku rasa moderator nih (datok
Annuar apa tah)mmg geng islamik gak. Berdasarkan cara dia cara tanya Sahibus
Samahah
& harapan dia agar masjid akan jd pusat perkembangan ilmu &
masyarakat bukan semata2 diimarahkan pada hari jumaat & Solat Raya. Wallahua'lam

Blog menyepi...

Blog ini telah menyepi selama hampir 2 minggu. 29-31/5 & 1/6 aku attend kursus Asas Pencegahan Kebakaran(Teori & Praktikal). Then 2/6 hingga kelmarin(6/6) aku bercuti kerana kenduri di rumah MJ aku. nanti la aku cite pasai ke 2 benda nih. Tunggu!