٤.٨.٠٦

Renungan bagi mereka yg prihatin

Aku terbaca ttg artikel ni. Aku sharekan di sini

السلا م عليكم ورحمة ا للهوباركاته


 

Dalam perjumpaan terakhir dengan Sahibus Samahah Dato' Seri Harussani, Mufti negeri Perak, beliau menyatakan bahawa kes Lina Joy tinggal menunggu keputusan 3 Hakim Persekutuan sahaja. Beliau menyatakana kekecewaan atas tidakpekanya sebahagian umat Islam tentang pentingnya kes ini di dalam menentukan halatuju masa depan umat. Dengan begitu ramai dan seriusnya pihak bukan Islam, bahkan dari luar negara memerhati perjalanan perbicaraan kes ini, kehadiran peguam dan atau wakil
pertubuhan Islam seolah-olah menggambarkan kita adalah minoriti. Dari sudut perundangan, tidak ada apa-apa penghujahan lagi yang dibuka dan tidak ada
usaha lain yg boleh mempengaruhi keputusan yang akan dikeluarkan.

Saya tidak bermaksud untuk menghampakan usaha kita bersama. Saya hanya bermaksud untuk mengajak kita berpijak pada bumi yang nyata.



Selama ini kita dibuai oleh sikap selesa kita sendiri sehingga kita mudah memujuk dan memaafkan diri kita sendiri bila berhadapan dengan kegagalan. Kita selalu bersikap 'tak apa' kepada kelalaian kita sendiri. Kita memandang ringan kepada perubahan trend hidup anak- anak kita yang semakin membarat dan meninggalkan jati-diri keislaman kita. Kita ikut berseronok dan menangis atas kejayaan dan penyingkiran mengejaran kejayaan palsu dalam reality TV show. Kita ikut memperlekehkan ingatan demi ingatan dari para ulama yang tidak ada kepentingan duniawi dan sanggup mengambil risiko menentang arus yang menghanyutkan kita ke arah jahiliyyah moden ( Al-Maududi menggunakan istilah Jahiliyyah Abad Ke-20). Kita bahkan
dengan beraninya menepis dengan nada sinis bahawa para ulama ini jumud dan tidak mengenal hakikat kehidupan semasa dan tidak memahami realiti kita hidup dalam masyarakat majmuk. Bila berlaku konflik antara agensi agama dengan kaki maksiat, yang kena singkir dan dimomokkan adalah golongan pemuka agama dan badan2/agensi agama. Tokoh yang simbolik dengan pembantaian konsisten ke atas golongan yg memperjuangkan nilai agama seperti Marina Mahathir dan SIS menjadi rujukan rasmi segolongan orang kita.

Hasilnya, apabila kita sedar bahawa kita sudah dirosakkan secara terang-terang pun kita tidak merasa perlu untuk berbuat sesuatu untuk memperbaiki kerosakan itu. Tahap kerosakan yg kita alami sekarang bukan lagi tahap yg boleh kita sifatkan sebagai usaha diam- diam kerana semuanya terpampang dengan nyata tanpa henti2 bahkan mengasak kuat ke dalam kehidupan kita melalui media cetak dan elektronik. Yang sangat anehnya kita bukan menjadi wira menentang semua arus ini, sebaliknya menjadi penyokong, pembela bahkan penaja kepada kesuburan usaha penghakisan iman ini.

Ingatan tentang berpuluh ribu org Islam murtad sejak beberapa tahun yang lalu tetap tidak diguriskan oleh orang2 kita yang sedang mabuk dibuai hedonisme dan materialisme yg semakin tidak terkawal.




Bersyukurlah ada orang yang memegang jawatan penting sanggup mengambil risiko memberi peringatan kepada kita bahawa kita sedang berada di ambang bahaya. Angka murtad bukan lagi berbunyi puluhan ribu.. tapi sudah mencecah ratusan ribu! Itu pun tidak cukup untuk menjadi alarm kepada orang kita. Yang merisaukan mereka bukan hakikat banyak orang yang murtad .. tapi sama ada angka tu betul atau tidak ? Jangankan ratusan ribu... kalau ada 1 orang murtad pun sepatutnya merisaukan kita. Lebih parah lagi, kita sangat dependent dengan peruntukan undang2/perlembagaan yang menempatkan Islam pada kedudukan tertentu sebagai benteng pertahanab akidah kita.

Berpijaklah kepada kenyataan !

Kita tidak akan selama-lamanya mampu bersandar kepada sistem undang2 yg sedia ada untuk mempertahankan kedudukan istimewa umat Islam di negara ini. Kita perlu akur bahawa sistem demokrasi yang menjadi pendekatan kita bernegara membuka pelbagai kemungkinan ttg kedudukan Islam di masa akan datang. Ia akan bertahan selagi kita mampu mempertahankan majoriti orang Islam dan mereka yang mewakili umat Islam masih ada roh mempertahankan kedudukan itu tanpa mengira parti apa pun yang mereka wakili.

Mengharapkan keputusan mahkamah berpihak kepada Islam dalam kes Lina Joy bolehlah dianggap sebagai 'quick fix'. Ia bukan solusi jangka panjang dalam realiti masyarakat majmuk yang agak fragile ini. Jika keputusan mahkamah tidak memihak kepada kita, maka kita kena lebih bersedia menerima realiti bagaimana pemurtadan itu berlaku secara terang-terangan tanpa lagi perlu merasa risau tentang kedudukan istimewa Islam dalam Perlembagaan.

"Hasbuna Allahu wa ni'mal wakil". Hanya kepada Allah kita berserah.

Namun sebagai usaha jangka panjang, kita kena lebih proaktif dalam usaha membina benteng akidah dalam diri kita, di lingkungan keluarga kita, di persekitaran kejiranan kita, dalam menentukan peneraju negara kita dan dalam mendaulatkan syariat Allah sebagai sumber syariat tertinggi.

Melalui forum ini, saya ingin mengajak para semua ahli untuk menyumbangkan fikiran dan memanjangkan pengalaman apakah tips yang praktikal untuk kita membina kekuatan akidah dalam diri kita, boleh hidup dalam masyarakat semasa tanpa kehilangan jatidiri kita dan sekaligus juga memanjangkan risalah Islam untuk dinikmati oleh mereka yang belum menerima hidayah. Saya percaya semua kita ada kekuatan tersendiri dalam memainkan peranan ini.

والله اعلام


artikel asal terdapat di sini

ليست هناك تعليقات: