١٧.١٠.٠٦

Satu perbualan yg berlalu

A : .....
B : .....
A : Saya nak bincang tentang bagaimana nak memohon kelulusan membina surau di tmn saya
B : Di mana tu?
A : ............
B : Bukankah di sana ada Masjid ..... ? Bukankah lebih aula mengimarahkan masjid?
A: Kami nak buat surau sebab nak menyatukan penduduk tmn. Ada 98 unit rumah. Lebih mudah bagi kami membuat persiapan kenduri kendara, dan kematian. Kalu ada pengajian kat masjid takde kat surau insya Allah kami pi la sana. At least seminggu sekali kami pi solat Jumaat.
B: terdiam...
A : .......
B: .......

A = aku yg mai nak tanya cam na nak buat surau
B = Ustaz yg aku jumpa

p/s: Kenapakah kita begitu skeptical bila tiba bab2 buat surau. Sedangkan maksiat di depan mata kita buat2 tak nampak?

Contoh org jahil

KENYATAAN dikeluarkan oleh Mawi lantaran meletakkan syarat tidak akan bersentuhan dengan wanita untuk berlakon mendapat respons dan komen beberapa artis terkemuka tanah air kita.


"Apa Mawi ingat kami bersentuhan, berpegangan tangan dalam filem atau drama, sebab nak seronok-seronok? Naik syahwat?".

"Kalau aku berlakon dengan Fauziah Nawi sebagai ibu dan dalam babak itu dia kemalangan, takkanlah aku nak tengok sahaja dan hanya bertanya dia OK atau tak sebab tak boleh nak angkat nanti tersentuh?".

Inilah yg dikatakan oleh oleh hadis “apabila urusan agama diserahkan kepada bukan ahli, tunggulah saat kehancuran”. Yang peliknya tanya kat artis saje. Tanyalah kat ustaz kerajaan/bebas ataupun artis nasyid sama. Barulah bleh compare.

Yang bercakap pula jahil.Gunakan logik akal plak. Suruhlah dia guna logik akai bila kentut basuhlah kat dubur. Apsal kena basuh muka plak(wudhuk)?Ceh! Berlakon iklan power root pun pakai seluar pendek


Seorang lagi artis veteran yang cukup kontroversi pula berkata: "Allah memberikan kita peluang lima kali sehari untuk mencuci dosa. Malah Dia beri peluang untuk kita bangun di waktu malam untuk sembahyang tahajud. Jadi tidak payahlah jaga dosa orang lain kerana setiap kita sudah diberi penjaga oleh Allah untuk mengira amalan kita. Biarlah malaikat Raqib dan Atid jalankan tugasnya."

Tambah beliau lagi, "Lebih baik jual kopiah, jual kain kerana industri hiburan lain macam sikit".

Dia & isteri kan dah pi haji. Kalu macam ni kenyataannya aku bimbang dia dapat haji marlboro (sommana uzubillah) je. Solat lima waktu menghapus dosa2 kecik je. Malah kalau selalu dilakukan dosa kecik bleh jadi dosa besar. Besar dosanya bersentuhan dengan yg bukan ajnabi dengan sengaja.

So ayuh kita tunjukkan bantahan kita. Boikot la lakonan depa & iklan barangan depa. W/p mungkin tiada kesan besar, at least kita ada sumbangan. seperti pipit yang mengambil air bagi memadamkan api yang membakar Nabi Allah Ibrahim Khalilullah.http://beta.blogger.com/img/gl.link.gif

p/s: bilalah Abdullah Md Zin nak ulas kenyataan dua artis ini. Takleh kot? Apsal isu takaful malaysia boleh?


Pasai ketua dia pun bersalam ngan wanita. Jaga periuk nasik bang! Syiah pun tak salam dgn bukan muhrim. Kita?

١٣.١٠.٠٦

Ramadhan Fasa Ke Tiga

Tibalah pula fasa itqun minn nar(pembebasan dr api neraka). Marilah kita berusaha dengan bearmal sebanyak mungkin di 10/9 mlm terakhir. Insya Allah Allah akan mengabulkan impian kita ini. Bonus pula jika kita dikurniakan malam Al-Qadr. Kurangkan tidur, bykkn amalan sebyk mungkin. Ayuh!

١٢.١٠.٠٦

Rayuan kepada PM

Dengan rendah hati & penuh pengharapan, saya merayu kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdulllah membebaskan semua tahanan ISA yang masih ditahan(ada hampir 5 tahun) sehingga hari ini.

Jika mereka bersalah maafkanlah mereka. Atau jika ada bukti, kemukakanlah dakwaan di mahkamah. Janganlah dikurung mereka seperti haiwan di zoo.

Maafkanlah mereka. Sedangkanlah nabi ampunkan umat... Tidak hilang bisa ular yg menyusur di bawah akar. Apatah lagi sempena bulan mulia penuh barokah ini.

Moga Allah memberi hidayah padamu.. Amin.

Ulasan berkenaan Ramadhan

Aku ada terima e-mail berkenaan Ramadhan. Menceritakan tentang kebaikan Ramadhan. Cuma aku tak bersetuju dengan 2 perenggan ini.

Contohnya, ada jawatankuasa surau atau masjid yang menghentikan solat pada pertengahannya dengan memberi laluan kepada tazkirah, kononnya supaya orang mendapat ilmu. Tetapi, sebenarnya adalah paksaan yang mengandungi agenda tidak baik yang tersirat dalamnya. Buatlah tazkirah selepas selesai solat atau pada waktu lain. Mengapa perlu pada pertengahan Tarawih?

Pada bulan Ramadhanlah semua berkumpul. Inilah masa yang sesuai untuk menyampaikan ilmu. Aku gerenti pada bulan inilah yang tak pernah jenguk ke masjid/surau(kecuali solat Jumaat/Raya) mai jugak.

Salahkah menghentikan Tarawih di pertengahan?kalu habih Terawih ramai yang nak cabut lebih baik buat pertengahan. Adakalanya kita perlu “perangkap” orang cam ni. Tapi inipun bukan paksaan. Boleh saja bangun(sorang2 je) sambung solat. Pas tu kalu nak balik, silakan. Tiada paksaan.

Mana lebih baik. Beramal tanpa ilmu atau beramal dengan ilmu? Dengan ilmu kita tahu bersolat, tahu perkara yg membatalkan syahadah, apakah yang dikatakan politik islam dan banyak lagi.
Takkan nak biaq je tanpa majlis ilmu?Rugi besaqlah. Tambahan lagi di bulan Ramadhan.



Ramadan juga adalah bulan kemurahan, murah hati dengan mengeluarkan zakat dan sedekah. Namun, Ramadan bukan bulan pembaziran dan menambah daya nafsu serakah. Bulan ini kita berkongsi kebaikan, pahala dan keberkatannya. Jangan sampai dikatakan orang ‘awak sajakah yang hendak buat pahala’? Ini pernah berlaku seorang yang mengaji al-Quran dengan pembesar suara masjid dihidupkan, sampai dinihari masih belum berhenti. Jiran tidak boleh tidur, sedangkan esok semua orang hendak bekerja, yang tidur siang dia seorang

Berapa kali Pak Sheikh melakukan ini? Tegurlah dia supaya offkan mikrofon. Insya Allah. Dah diri dia rajin nak buat pahala. Silakanlah. Yang slacknya mikrofon on? Mintaklah dia tutup.

Bagi aku yg tu sikit je. Kalu tinggal kat berhampiran Kpg Cina lagilah. Bila mai opera cina seminggu ada band kat situ. Tak kisah ke? Cuma seminggu je. samalah cam dia tu. Ada tiap2 hari? Paling lebih pun sebulan.

Tidak benar kalau kata dia seorang sahaja nak pahala, bahkan ayat suci Al-Quran yang dibacakan bukan terhad kepada pembaca sahaja, bahkan orang yang mendengar. Apa orang yang mendengar tu tak mau pahala ka? Hah? Cukup dah pahala nak bawak kat akhirat? CUKUPKAH ? !!!!!

Kita sensitif pasai mengaji quran. Kalu pasai konsert menyambut tahun baru? Awak sahajakah yang nak buat maksiat?


والله اع?م

٣.١٠.٠٦

Ramadhan Fasa Kedua

Alhamdulillah. Kita semua telahpun memasuki hari ke 10 dalam bulan Ramadhan. Bulan yang mempunyai seribu berkat yang tidak terdapat pada bulan2 lainnya. Esok bermula pula fasa maghfirah.
Bagaimana kita sekarang ini? Berapa juzuk al-quran yang telah dibaca. Mungkinkah kita berkesempatan mengkhatamkannya dalam bulan ini?
Seharusnya 10 hari ini kita telahpun bergerak dengan gear 1-2. Mulai esok masuk plak gear 3-4. Kalu dulu hanya tarawih( 8 atau 20 tak perlu dibahaskan) dan witir, la ni buat plak sunat qabliah(sebelum) & baqdiah(selepas) bagi setiap solat 5 waktu.
Nanti bila masuk fasa ke 3 kita akan all out. Insya Allah ada rezeki dapatlah kita Lailatul Qadr.
Cukuplah. Hentikanlah perbalahan perkara khilaf seperti tarawih 8 atau 20. Salawat atas nabi bidaah. Kalu nak bertekak gak bertekaklah tentang bidaah yang jelas takde nas cam JomHeboh tu. Janganlah kita mengutuk Imam Ghazali dengan mengatakan dia pun manusia biasanya yang tersilap ambik nas. Ingatlah title Phd(byk main copy paste pun) taklah sehebat mana dibandingkan ilmu2 ilmuan islam lain. Dah2. tak komen dah.
Perbaikilah lagi amalan di bulan yang mulia nih