Aku ada terima e-mail berkenaan Ramadhan. Menceritakan tentang kebaikan Ramadhan. Cuma aku tak bersetuju dengan 2 perenggan ini.
Contohnya, ada jawatankuasa surau atau masjid yang menghentikan solat pada pertengahannya dengan memberi laluan kepada tazkirah, kononnya supaya orang mendapat ilmu. Tetapi, sebenarnya adalah paksaan yang mengandungi agenda tidak baik yang tersirat dalamnya. Buatlah tazkirah selepas selesai solat atau pada waktu lain. Mengapa perlu pada pertengahan Tarawih?
Pada bulan Ramadhanlah semua berkumpul. Inilah masa yang sesuai untuk menyampaikan ilmu. Aku gerenti pada bulan inilah yang tak pernah jenguk ke masjid/surau(kecuali solat Jumaat/Raya) mai jugak.
Salahkah menghentikan Tarawih di pertengahan?kalu habih Terawih ramai yang nak cabut lebih baik buat pertengahan. Adakalanya kita perlu “perangkap” orang cam ni. Tapi inipun bukan paksaan. Boleh saja bangun(sorang2 je) sambung solat. Pas tu kalu nak balik, silakan. Tiada paksaan.
Mana lebih baik. Beramal tanpa ilmu atau beramal dengan ilmu? Dengan ilmu kita tahu bersolat, tahu perkara yg membatalkan syahadah, apakah yang dikatakan politik islam dan banyak lagi.
Takkan nak biaq je tanpa majlis ilmu?Rugi besaqlah. Tambahan lagi di bulan Ramadhan.
Ramadan juga adalah bulan kemurahan, murah hati dengan mengeluarkan zakat dan sedekah. Namun, Ramadan bukan bulan pembaziran dan menambah daya nafsu serakah. Bulan ini kita berkongsi kebaikan, pahala dan keberkatannya. Jangan sampai dikatakan orang ‘awak sajakah yang hendak buat pahala’? Ini pernah berlaku seorang yang mengaji al-Quran dengan pembesar suara masjid dihidupkan, sampai dinihari masih belum berhenti. Jiran tidak boleh tidur, sedangkan esok semua orang hendak bekerja, yang tidur siang dia seorang
Berapa kali Pak Sheikh melakukan ini? Tegurlah dia supaya offkan mikrofon. Insya Allah. Dah diri dia rajin nak buat pahala. Silakanlah. Yang slacknya mikrofon on? Mintaklah dia tutup.
Bagi aku yg tu sikit je. Kalu tinggal kat berhampiran Kpg Cina lagilah. Bila mai opera cina seminggu ada band kat situ. Tak kisah ke? Cuma seminggu je. samalah cam dia tu. Ada tiap2 hari? Paling lebih pun sebulan.
Tidak benar kalau kata dia seorang sahaja nak pahala, bahkan ayat suci Al-Quran yang dibacakan bukan terhad kepada pembaca sahaja, bahkan orang yang mendengar. Apa orang yang mendengar tu tak mau pahala ka? Hah? Cukup dah pahala nak bawak kat akhirat? CUKUPKAH ? !!!!!
Kita sensitif pasai mengaji quran. Kalu pasai konsert menyambut tahun baru? Awak sahajakah yang nak buat maksiat?
والله اع?م
١٢.١٠.٠٦
الاشتراك في:
تعليقات الرسالة (Atom)
ليست هناك تعليقات:
إرسال تعليق