٣٠.١.٠٧

Penawar di kala kepenatan

Khas buat sahabiah & sahabat blog lainnya.

Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di
rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya.

Suatu hari Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti. Ali berkata :

"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."

Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah.Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu dan berkata:

"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."

Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua. Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s.a.w. ini.

"Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku."

Dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali) dan 'Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam sebelum melelapkan mata. Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan), Insya-Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.

Insya Allah

p/s: Amalkan juga membaca Al-Mathurat bagi ketenangan & kekuatan jiwa

١٩.١.٠٧

Inginkah...?

1) pahala melebihi haji & umrah
2) pahala sedekah seperti Jabal Uhud kepada org miskin
3) pahala 1 rakaat solat = ibadat setahun
4) terhindar dari neraka & nifaq(munafik)
5) sebelum ajal tiba, akan melihat tempatnya di syurga
6) masuk syurga tanpa hisab

Mudah je. Dapatkan takbir pertama bersama imam. Nak dapat tu kenalah selalu solat berjemaah.

Dalam hadis lain ada menyebut bahawa pahala menunggu solat menyamai pahala solat.

Rajin-rajinlah menunggu sebelum solat & solat berjemaah. Wallahua'lam

Blogger mula disaman..

2 orang bloggers iaitu Rocky's Bru & Jeff Oii telah menerima saman dari NSTP. Sebelum ini Sheih dr kickdefella juga dikatakan menerima ancaman/ugutan. Inilah masanya kita bersatu. Tak perlu memdedahkan diri anda. Marilah membantu memberi sumbangan moral/material kepada mereka. Ayuh! tunjukkan keprihatinan kita. Bloggers United


Bacalah saman kalimullah tiada asas, kita bersama Rocky dan Jeff...., Blogger Malaysia disaman peringkat dunia dan dokumen saman setinggi satu kaki untuk Rocky

١٨.١.٠٧

Boikot PRU12?

Tahniah atas BA yg telah memboikot PRK Batu Talam. Di sini saya ingin mencadangkan agar kita boikot PRU12. Mungkin kita hanya bertanding di Kelantan(DUN sahaja)? Tapi saya merasakan idea ini akan banyak dibangkang. Fikirkanlah...

١٥.١.٠٧

Pulanglah


Moga PM kita yg penyayang pulang segera menjenguk masuk banjir di Johor. Negeri yg paling kuat menyokongmu kini dirimpa musibah kali kedua. Pulanglah

Kudedikasikan lagu ini buatmu

Pulangkan

Seharum bunga yang menggoda
Sekadar dipandang usah dipuja

Kau pasti tak percaya
Kasihku bukan
Untukmu sayang

Tiada ku sangka
Kau sungguh kejam
Kau rampas segalanya
Yang kau dendam
Namun takkan bahagia kehidupanmu
Bila bunyi bersatu kau milikku


P: Pulangkan cinta hatiku
L: Oh hentikanlah menghantuiku
P: Pulangkan oh pulangkanlah padaku
L: Ku pulangkan kesan hidupmu
P: Yang dikau musnahkan tanpa relaku
L: Bebaskanlah maafkan daku oh kasih

Tiada kemaafan di sini
Kau ragut degupan hati ku ini

Akan ku jejakimu ke mana jua
Hingga akhir masa
Sayang...

P: Oh... pulangkan cinta hatiku
L: Oh hentikanlah menghantuiku
P: Oh pulangkan oh pulangkanlah padaku
L: Ku pulangkan kesan hidupmu
P: Yang dikau musnah tanpa relaku
L: Bebaskanlah maafkan daku oh kasih

Tiada kemaafan di sini
Kau ragut degupan hatiku ini

Akan ku jejakimu ke mana jua
Hingga akhir masa
Sayang...

Vokal: Misha Omar (menampilkan Izzad Izuddin)


We United

١٢.١.٠٧

Apsal BA boikot?



Apakah sebabnya BA memboikot PRK Batu Talam? Menurut sumber yg aku terima,terdapat:-

1- 120 pengundi India dalam daftar pemilih sedangkan memang pasti tiada pengundi India di situ. Jadi 120.

2- Terdapat 155 pengundi yg mempunyai 2 no ic yg berlainan. Jadi mereka boleh mengundi 2 kali, Jadi 155 X 2 = 310

3- Terdapat 260 pengundi yg mempunyai 3 no ic yg berlainan. Mereka boleh mengundi 3 kali, Jadi 260 X 3 = 783.

Jadi dijangkakan pengundi hantu ini berjumlah 120 + 310 + 783 = 1213 ekor. Jadi siapa yg tentu dapat solid undi hantu ini?

Bacul, boikot ,sandiwara atau wajar

p/s: Gif di atas hanya berkaitan dengan boikot bukan isu boikot ini

١١.١.٠٧

BA boikot PRK Batu Talam

Akhirnya BA tidak bertanding di Batu Talam. Moga selepas ini terdapat perubahan(yg menjadikan situasi adil kepada semua parti) yang akan dilakukan oleh SPR dalam mengendalikan pilihan raya di Malaysia selepas ini. Amin

١٠.١.٠٧

Pahala atau bala?


Setahu aku jika seseorang wanita mengaji sorang dalam bilik pun kena bersopan(pakai tudung, jgn selak paha dsbnya) inikan pulak mengaji (sesetengah ulamak mengharamkan wanita memperdengarkan (baca berlagu)) depan lelaki bukan mahram. Aku bimbang jika inilah yg dimaksudkan wanita berpakaian tetapi telanjang!

toce pada Roslan SMS atas gambar puteri nih

Pendemokrasian SPR?

Akhbar kelmarin(1 & 2) menyiarkan berita tentang Pengerusi SPR yang mencadangkan agar struktur SPR dirombak. Banyak la idea yg dicadangkan. Tapi aku rasa yang paling penting ialah supaya SPR diletakkan terus di bawah dewan rakyat. Bukan seperti sekarang iaitu di bawah PM. Kalau ini boleh dilakukan semua isu2 kecil yang lain boleh diatasi.

Satu lagi ialah supaya tempoh mandat parti yang menang dimaksimakan kepada 5 tahun. PM tidak boleh membubarkan parlimen sebelum cukup 5 tahun. Bukankah hak membubarkan terletak pada PM? Betul. Tapi kalu aku pun jadi pm, aku tunggu masa sesuai sebelum 5 tahun. Janji aku menang besar. Ini juga menjanjikan pertandingan seimbang antara parti bertanding. Kan kata negara ini demokrasi?(bukan daddy/pak mertua yg kasi tau!)

Beberapa link mengulas kenyataan SPR ini
SPR tidak perlu dirombak,

Rombakan SPR bakal kembalikan keyakinan rakyat.

dan lain-lain link
1,2,3,4 dan 5, 6 dan 7.

p/s: kalu sungguh nak jadikan SPR dihormati buangkanlah peraturan lapok cam pengundi pos tuh. Nak bimbang apasal? Ada askar/polis berperang dalam bandar? Yg dok dalam bandar undilah kat tempat dia bertugas. Ini tidak. Udahlah undi pos, parti2(baca pembangkang) tidak dibenarkan memantau proses undi tersebut. Apa cite Abd Rashid Ab. Rahman?

٤.١.٠٧

Sketsa Raya Haji

I

Aku solat raya kat KS,TG, Penang. Solat jam 8.00 pg. Sampai dlm kul 7.40. Dok kat saf kedua. Tak ramai org lg.. Pak cik depan hulur mikrofon kat aku. Dapatla aku bawak takbir raya 2x. Kul 8 imam 1 bangun. Cite pasai kaifiat solat raya. Ingatkan dia nak jadik imam. Namun imam 2 yg naik. Aku x berkenaan ngan dia. Dengan tajwidnya(fatihah ok) tunggang langgang dan baca khutbah tak tau mana nak titik & koma.
Lepas solat imam 1 terus blah. Dia ada tugas nak sembelih lembu. Iman 2 mula beraksi. Berdirilah dia menyampai khutbah. Boringnya ngan stail dia yg baca hentam keromo je. Khutbah kedua lagi haru. Doa panjang2 dan meleret2. tajdwid toksah dok cakap la. Bila nak habih?
So habih solat raya jam 9.10. Solat awai. First time solat jam 8. Rasanya xde masjid surau solat seawai ni. Tapi habih lewat la. 9.10.


p/s:
1- Imam 1 x wajar habih solat terus blah. Kalu suma makmum follow dia camna. Apahal kalaut sangat ngan korban? kan ada 4 hari untuk korban? Adakah kerana Pengerusi tarik tangan pi buat korban cepat? Adakah kerana lembu yg dikorban itu sumbangan Pak Lah?

2- Imam 2 wajib perbaiki diri. Baiki tajwid anda. Kalu rasa tak mampu jangan terima jawatan.

3- Aku teringat kes cam ini kat kpg orang tua aku di SB, SR, Perak. Iman dah tua. Fatihah memang out. So aku solat raya posa ari tu memang x sah la. Perak & Penang memang banyak masjid camtu. Iman baca teks randok tanpa kira tempat berenti & hentam tajwid. Kalu cam Kedah memang aku respek(takat ni). Kat rumah aku la ni masjid BB, Kedah & rumah mak mertua aku kat K, Baling, Kedah imam dia memang A. Basic agama & baca khutbah memang klas.





Pas solat tunggu Imam 1 mai nak buat korban. Sebelum tu kami takde kerja lain. Ya. Mengumpat pasai solat raya. Gelegat imam satu & 2. Imam 1 mai. Nak sembelih pun kat 15 minit betulkan posisi. Ramai jeneral. Ada yg kata ikat tali, ada kata bukak & macam2 lagi. Pas sembelih mai problem lain. Tukang Lapah x mai. Tuan Rumah ada sikit problem ngan dia pasai korban tahun lepas. So tahun ni dia x dijemput. 12.30 baru selesai melapah. Tera nak nak bahagi 7 panggu, potong kecik2 nak masak & macam2 lagi. So Hari Ini Dalam sejarah. Makan nasik/lauk korban jam 4 petang