٢٤.٥.٠٧

Mari mengira

Dengan kenaikan gaji kakitangan awam, kerajaan terpaksa menyediakan tambahan sebanyak 4 bilion untuk tahun(6 bulan) ini atau 8 bilion untuk tahun depan. Banyaknya. Tapi hanya 1.02 juta rakyat(kakitangan awam) yang merasainya secara langsung. Bagaimana kita hendaklah 23 juta penduduk Malaysia semuanya merasai secara terus? Jika kerajaan menggunakan 8 bilion wang tersebut untuk subsidi minyak maka

- semua lapisan masyarakat dapat merasainya. Maka inflasi akan berkurangan kerana kurangnya pesta naik harga kerana minyak naik(semua barang guna minyak)
- kroni2 BN akan kelaparan kerana tak dapat projek
- kecurian(curi kabel telefon, kepala paip besi dll) akan berkurangan kerana desakan akibat kos sara hidup tinggi dapat diminimumkan. Maka masyarakat akan lebih aman.
- wang yg dapat dijimatkan boleh digunakan untuk tabungan atau perkara2 berfaedah rakyat jelata. Cthnya.

sekian nukilan dari rakyat yg buta ekonomi. Bukan bakal lulusan pakar ekonomi.

p/s; Pakar ekonomi kita boleh jawab ka?

update 28/5/07
cik akira ada mengulas isu yang saya timbulkan. Silalah ke entry ini di blog beliau(ramai peminat betui anak dara Jawa Johor ni..).

p/s:
untuk Cik Akira
- saya tak belajar ekonomi detail cam cik. Paling tinggi saya pernah belajar ialah subjek ekonomi form 6(2 bulan je...) & Ekonomi Asas masa diploma dulu je. Mana nak setanding dengan bakal grad economist kan?

bacaan tambahan
1. Sepatutnya turut turunkan harga barangan asas, bahan api. Bagi saya tajuk ini sepatut diselitkan perkataan "juga" antara turut dan turunkan pada tajuk artikel ni..

2. Mana Lebih Baik : Boikot Barang atau Boikot Kerajaan?

هناك تعليق واحد:

غير معرف يقول...

Salam.

sudah bagi respon. sila ke blog saya.

mahu menegur sedikit. maaf jika orang muda menegur orang yang lebih dewasa. cumanya, harap incet joe penang jangan memperbesarkan jurusan yang saya ambil. semua itu hanya di atas kertas. dan maaf. saya bukan pakar.

salam.