٣١.٧.٠٧
Sempena 50 tahun merdeka...
- Ingin menghabiskan sedikit duit membeli bendera Malaysia/Negeri?
-Ingin mendermakan RM5 ribu membantu org susah daripada membeli bendera?
Carilah jalan dengan membantu orang susah seperti ini
٢٤.٧.٠٧
Catatan Family Day di Cameron Highlands
Pada 14/07/07 opis aku telah membuat satu trip family day ke Cameron Highlands. Kira2 20(besar gak jabatan) keluarga menyertai. Kami bertolak dalam jam 9 pagi. Sampai Brinchang dalam pukul 1.
Makan, solat & membersihkan diri. Kul 4 ptg kami berkumpul di Homestay di Kampung Taman Sedia untuk aktiviti sukaneka. Cukup meriah dengan pelbagai aktiviti membabitkan budak2 & mak pak budak. Semuanya enjoyed.
Malam tu diadakan pula barbeque. Family aku dah isi perut siap2. So kami kat sana tak lah makan tera mana. Ada family member aku, tak henti mengambil ayam. Pas satu, satu. Maklumlah perut kosong dari maghrib tadi. Sambil makan diadakan penyampaian hadiah bagi pemenang sukaneka. Semua dapat hadiah. Sayur2an segar Cam High. Esok tak yah beli banyak sayur dah untuk ole2.
Pas sarapan kami check out dari hotel/chalet masing2. Kami pi ladang teh Boh. Semua gambar di atas diambil di situ. Setelah membeli ole2 segala macam teh, kami berpecah. Ada yg pluck strawberry, membeli cenderahati & sayur2an sebelum pulang. Kesimpulannya
Pro - Cameron highlands sesuai untuk percutian keluarga. Apatah lagi untuk bulan madu.
- Family day kali ni boleh dikatakan amat berjaya.
- Aku pernah naik dari Tapah ke Cam High. Perjalanan dari Simpang Pulai lebih santai dan selesa. Jalan yang luas dan pemandangan yg hijau!(sejuk mata memandang)
Con - Kemudahan hotel aku dok bagi aku adalah poor. Takde heater(tempat sejuk beb) masak air & iron. Tuala plak takde(member yg tak bawak towel kena keluar beli. Mahal lagi berbanding kat bawah)Rupanya2 toke hotel tu ha ya nun dal wau. Apsal? Aku minum pagi kat restoren dia. Ingatkan mamak punya geng. Alih2 nampak botol arak dalam freezer. Kiranya orang melayu kat pekan Brincang almost zero. Rata2 kedai dikuasai Cha Ya Nun Alif & ha ya nun dal wau. Kerajaan kena aware this isu.
- tak dengar azan pun kat Brincang. Takde masjid ka kat sini? Teringin aku bangun jam 5.30 pagi pi berjemaah subuh di masjid. Then sambung ngan kuliah subuh. Kalu nak cam ni kenalah la aku dok kat pondok agama atau pi ke masjid kat Kelantan(Muhammadi) atau Terengganu(Rusila). Nantila. Aku plan nak gi Kelantan & Terengganu plak
١٧.٧.٠٧
Pemandangan di Cameron Highland
١٢.٧.٠٧
RM1800 sebulan hidup di KL
[Semalam penulis menemui seorang kenalan lama yang kini bertugas di sebuah syarikat swasta Kuala Lumpur. Dalam kesempatan tersebut, beliau mengadu perihal kehidupan di KL yang tidak seperti dahulu. Keadaan hidup yang agak menekan, menyebabkan diri dan keluarganya agak tertekan - berikut antara luahan warkah yang sempat disampaikan kepada anaknya di sebuah sekolah berasrama penuh]
Kak Long yang dirindui,
Apa khabar anak ayah di sana? Semoga sihat dan bahagia selalu. Di sini, ayah bersama ibu dan adik-adik sihat sahaja.
Cuma semalam, adik usu mengadu sakit perut - berak-berak. Agaknya, perut adik dah tak tahan - bersebu sebab sejak beberapa hari adik asyik makan maggi aje. Itu yang semalam, dan hari ni, ibu masakkan bubur. Kesian tengok adik-adik kat rumah.
Masak bubur sepot beras dapatlah, ayah dan adik-adik makan kenyang sikit dengan kicap cap kipas yang Kak Long suka tu. Itulah, yang mampu ayah sediakan untuk hidangan malam ini dan malam tadi.
Ayah tak tahu esok macamana. Mungkin ibu akan masak beras buat bubur lagi. Boleh kot, ayah ambikkan duit tabung adik usu untuk beli telur sebiji dua. Kalau goreng telur hancur dengan bubur, lainlah sikit menu daripada semalam. Harap-harap adik-adik tak akan merungut makan bubur lagi.
Kak Long,
Ayah bukan berniat nak merisaukan Kak Long yang sedang berada di asrama kini. Cuma ayah nak bagitau, kita sekarang dah tak sesenang dulu. Kalau dulu, sebulan sekali boleh kita keluar untuk selebrate apa-apa event dengan makan di luar. Tapi kini, nak makan lauk ikan atau ayam sebulan sekali pun belum pasti lagi.
Keadaan ekonomi keluarga kita sudah tak seperti dahulu. Hidup kita makin terhimpit along. Ayah tak tahu, sampai bila lagi kita mampu terus hidup di bandar KL ini. Dengan gaji ayah setelah tolak bersih duit EPF dan hutang syarikat, yang tinggal hanya sekitar RM1,800 sahaja sebulan.
Bayangkanlah Kak Long, setiap bulan kereta yang kita gunakan perlu dibayar sebanyak RM550.00, sewa rumah - RM500.00, bil-bil telefon,air dan elektrik - RM250.00, bayaran duit yuran Kak Long, adik-adik dan persekolahan - RM200.00, duit minyak kereta dan tol untuk ayah berulang kerja - RM300.00, semua ini dah mencecah genap RM1,800 (sebulan gaji ayah).
Ini tak ditambah lagi dengan duit untuk sakit pening, balik kampung, belanja dapur dan pasar, simpanan dan keperluan harian lain. Kadang untuk belanja dapur, ayah terpaksa ambik duit bayar kereta (kita dah tiga bulan duit kereta tertunggak). Pihak bank dah mula hantar surat kata nak tarik kereta. Ada sekali ayah gunakan duit yuran sekolah adik-adik untuk beli sayur dan sedikit ikan, akibatnya dua bulan yuran sekolah adik-adik tertunggak. Bil telefon pula, baru sebulan ayah tak bayar, pihak telekom dah hantar surat amaran nak potong. Memang agak susah hidup kita ini Kak Long.
Semalam, adik sakit perut ayah hanya dapat gosokkan minyak masak kat dapur pada perut adik. Selepas adik merengek sejam lebih, tertidur dia. Nak ke klinik, ayah dah tak tahu nak cari duit kat mana.Duit-duit simpanan ayah dan ibu (termasuk duit di Tabung Haji) dah diguna masa daftarkan Kak Long masuk asrama dahulu.
Minggu lepas, ayah balik kampung dengan ibu. Jumpa dengan Pak Usu, Pak Uda dan Pak Lang, cuba bawa berbincang nak minta tolong. Tapi hampa. Kata mereka, tinggal kat KL takkan susah. Itulah agaknya, mentaliti orang kampung, dan tak belajar agaknya. Susah nak terima hahikat bahawa bukan semua di bandar ini senang dan mewah seadanya. Agaknya, orang kampung susah dapat berita. Atau orang kampung hanya dapat berita yang indah sahaja kat peti televisyen dan radio.
Padahal, dalam dunia masa kini semuanya tidak seperti dahulu lagi. Dahulu kalau Kak Long ingat, duit RM50 boleh isi tangki minyak kereta agak penuh, sekarang hanya separuh aje. Duit tol dah tak sama kak long. Harga ayam setahun dua dulu dah tak sama dengan hari ini. Baru ni, harga barang-barang dapur dah naik. Makin susah. Adik Usu yang boleh makan roti canai setiap minggu dulu dah jarang dan susah nak makan (dulu RM0.50 - kini RM0.80).
Itulah, dilema ayah dan ibu kini Kak Long. Jika keadaan masih tak berubah, mungkin ayah lepas ni akan berpindah balik kampung. Rumah atuk, masih kosong. Cuma sayanglah, adik ngah yang akan periksa UPSR tahun ni akan terjejaslah pelajaran dia sebab kena pindah sekolah. Adik usu yang mula nak kenal belajar Bahasa Inggeris, akan kelam kabutlah sebab guru kesayangan Bahasa Inggeris dia bertukar rupa. Makin susahlah adik Usu nak kuasai Inggeris. Dahlah, subjek Matematik dan Sains dalam periksa pertengahan tahun tempohari dia hanya dapat 'C'. Lepas ni tak tahulah pula apa nak berlaku.
Oh ya, Kak Long mungkin tertanya-tanya apa dah jadi dengan projek jual nasi lemak dan kerepek kat pejabat ayah dulu? Ayah dan ibu dah sepakat untuk menghentikan jualan-jualan tersebut.
Pertama; setiap malam ayah dan ibu bersengkang mata sehingga jam 1 pagi untuk siapkan bahan-bahan untuk berjual nasi lemak dan esoknya terpaksa pula bangun jam 4 pagi - akibatnya Kak Long, ibu sering sakit-sakit, kesihatan ibu terjejas.
Kedua; bukan ayah nak mengata, tapi realitinya dalam dunia berniaga begitulah. Kadang-kadang ada yang membeli dengan berhutang. Dan bila berhutang tak ada pula yang membayar.Ada pula yang ambil begitu aje tanpa bagitahu, akibatnya modal hilang, dan ayah serta ibu terpaksa keluarkan modal baru setiap kali nak berjual. BUkan ayah nak menuduh semua, tetapi akibat setitik nila habis rosak susu sebelanga.
Ketiga; kenaikan harga barang mentah dah tak dapat nak ayah dan ibu untuk menampungnya. Maklumlah, bukan berniaga secara besar, hanya kecil-kecilan. Itu yang agak susah. Maka, disebabkan itulah ayah dan ibu ambil keputusan untuk hentikan jualan kecil-kecilan itu.
Kak Long,
Ayah harap Kak Long rajin-rajinlah belajar. Berusahalah menjadi anak yang cemerlang bukan sahaja dalam pelajaran tetapi juga dalam agama. Berusahalah, jangan sia-siakan peluang yang Kak Long dapat untuk belajar di sekolah asrama tu.
Ayah harap Kak Long akan berjaya. Berjaya mencapai cita-cita untuk menjadi seorang doktor. Cuma dalam mengejar cita-cita Kak Long, ayah berharap Kak Long beringatlah. Kita kini bukan orang senang. Hidup dah tak macam dulu. Kalau Kak Long boleh berjimat, berjimatlah sehabis baik.
Ayah tahu, yuran asrama Kak Long tertunggak dua bulan. Bersabarlah. Bagitau pada cikgu, ayah akan jelaskan. Cuma bukan dalam masa terdekat ini. Insya-Allah, ayah akan cuba sedaya upaya untuk jelaskannya sebelum berakhirnya sesi persekolahan tahun ini.
Cuma selepas ini, ayah tak pasti berapa kerap lagi ayah akan mampu menulis. Bukan apa, kadang memikir, duit pos (setem Rm0.40) boleh ayah gunakan belikan dua biji telur untuk adik-adik makan tengahari bila mereka balik sekolah.
Jadi, janganlah Kak Long bersedih ok. Tabahkan hati. Ayah tahu, anak ayah seorang yang tabah, cekal dan sentiasa berusaha yang terbaik.
Dan akhir sekali, maafkan ayah kerana membebani Kak Long dengan segala kisah yang berlaku ini. Bukan apa, sebagai anak ayah yang sulung ayah rasa Kak Long berhak tahu dan wajar memahami apa yang sedang berlaku dalam keluarga ini.
Sekian, ibu dan adik-adik menyampaikan salam rindu pada Kak Long.
Wassalam.
artikel asal bertajuk Esok ibu masak bubur lagi!
__________________________________________________________________________
Kalu aku satu family( 4 beranak, gaji bersih RM2000) dok kat KL camna? Alhamdulillah aku dok kat sini. Sujud syukur
Kat rumah aku
Roti canai 60 sen, kuih seposen(ada jual lagi), nasi lemak 60 sen, takde lagi kes pecah rumah kat taman. Kat rumah mak mertua aku mee goreng RM2.50 boleh makan kenyang 2 orang. Sebulan sekali aku dapat balik ke rumah mak mertua & mak jang. Cuti sekolah(kalu isteri takde program sekolah) dapat balik ke rumah mak aku kat Tanjung Malim. Kerja yang tak tension. Malam2(bukan tiap2 hari) & setiap pagi sabtu aku dapat pi mengaji.
Perlukah lagi aku berhijrah ke kota metropolitan?

١١.٧.٠٧
Implikasi kenyataan Pak Lah
Kenyataan Pak Lah ini dan ini boleh memberikan maksud baru kepada isu murtad di Malaysia.
Dari kefahaman aku la pas ni
- undang2 murtad yg ada di setiap negeri(kecuali W/P) akan dimansuhkan atau tidak dikuatkuaskan.
- senang la nak murtad pas ni
doaku
"Ya Allah, janganlah kami diuji dengan ujian yg kami tak mampu menanggungnya"
Bacaan tambahan
- Forkad seru PM segera bertaubat!
- Gejala murtad meruncing dan PM tidak tahu puncanya...

٩.٧.٠٧
Isu Salman Rushdie, Ravathi dan Siti Nor Idayu
Bagi saya apa lagi tindakan yg kita boleh lakukan untuk kes 2 ini?
Siti Nor Idayu
sekurang2nya JAIP mengikut enakmen yg sedia ada. Janganlah persoal kenapa tak amik tindakan pada penyanyi lain dsbnya. Bagiku kesnya sama cam Datuk Ishak Baharom & The Ships. Kalau mereka tak ikut prosedur, silakan dakwa. Noktah
Ravathi
JAIM hanya melakukan apa yg ada dalam bidang kuasanya sahaja. Selepas ditarbiyah 6 bulan dia tetap nak murtad apa boleh buat? Kita takde hukum bunuh org murtad dalam enakmen agama negeri. Mungkin JAKIM kena tengok manual pemulihan aqidah depa?
Salman Rusdie
Kalu ikut aku baik ditamatkan riwayatnya sahaja. Murtad dah confirm dah. Tapi selesaikah masalah?
So kita guna 2 cara.
1- Kita keluar satu buku yg lawan balik hujah si Salman tu. Susah sangat ka? Panggillah Al-Muhhadithsin atau Matsushita menulis melawan balik. Budgetnya oleh JAKIM.
2. NGO Islam atau PAS buat demo membantah tindakan Salman. Buat plak wacana ilmiah membincangkan isu tersebut(sebarang isu membabitkan islam)
Kesimpulan aku.
Jalankan amanah sekadar yg termampu. Ada undang2(negara) /enakmen(negeri) kita gunakan. Jangan dibazirkan masa & wang nak membentangkan tetapi tak laksana(malas?)
Untuk makluman satu2 satunya negeri yang tiada akta murtad ialah Wilayah Persekutuan. Nak luluskan kenalah bawa ke Parlimen. Ada parlimen 2/3 ahli orang islam? Atau menyokong islam? Kalaulah geng2 nak murtad tau hal ni, baik pi murtad kat KL.
Bacaan Tambahan
- Why you shouldn't go sleeveless in an entertainment outlet
- Toleransi dan Jabatan yang tak bermisi
- Oops!... Salman Rushdie Did It Again?
- Clamping (all) blogs
- Perang bidang kuasa perbicaraan murtad
- Apa Seterusnya...........
- ‘Nama saya Revathi untuk selama-lamanya’

٦.٧.٠٧
Dicandukan dengan hiburan?
Pada 07/07/07 kita akan dihiburkan(tak cukup lagi ka?) dengan persembahan 40 artis tanpa henti dari jam 4 petang hingga 12 tgh malam. Apa ni? tak cukupkah dengan segala macam hiburan dilambakkan kepada kita?
Yang aku perasan semenjak Zam Mamak jadi Menteri Penerangan, hampir setiap malam di TV1 disajikan dengan hiburan. Apa bukti? Lihat ini. Senarai program rancangan di TV1 pada waktu perdana(prime time) selama 1 minggu
1. 9.30 Fenomena Seni (Malaysia Tiada Pelakon?) 6/7/06
2. 9.30 Bicarawara (Forum Perdana Ehwal Islam: Anak Sapa La Tu...?) 5/7/07
3. 9.45 Down Memory Lane 4/7/07
4. 8.45 Debat Perdana (Semangat Dasar Ekonomi Baru : Adakah Masih Relevan) 3/7/07
5. 8.45 Santai: (Fenomena Akustika) 2/7/07
6. 8.30 Suara Emas Bintang RTM (Akhir) 1/2/07
Jadi apa kesimpulan? Adakah prinsip pertama islam hadhari boleh dicapai dengan segala macam hiburan yang melalaikan(ada yg mengingatkan kita pada Allah?). Tepuk dada tanyalah iman.
Bacaan tambahan
1. Segala artikel dalam blog ini berkaitan islam had hari
2. Kelas pengajian waktu Zuhur di Pejabat Agung bermula Isnin 9 Julai
3. Kes rogol meningkat 28% dalam tempoh 5 bulan pertama 2007
4. Perogol bersiri mangsakan kanak-kanak risaukan penduduk Kg Baru
5. 'Tak apa bini pemimpin peluk jantan lain'
p/s; Kalau depa buat solat asar & maghrib berjemaah(juga live) jugak siapakah kalangan artis lelaki ni paling layak jadi imam?
الاشتراك في:
الرسائل (Atom)