٦.٧.٠٧
Dicandukan dengan hiburan?
Pada 07/07/07 kita akan dihiburkan(tak cukup lagi ka?) dengan persembahan 40 artis tanpa henti dari jam 4 petang hingga 12 tgh malam. Apa ni? tak cukupkah dengan segala macam hiburan dilambakkan kepada kita?
Yang aku perasan semenjak Zam Mamak jadi Menteri Penerangan, hampir setiap malam di TV1 disajikan dengan hiburan. Apa bukti? Lihat ini. Senarai program rancangan di TV1 pada waktu perdana(prime time) selama 1 minggu
1. 9.30 Fenomena Seni (Malaysia Tiada Pelakon?) 6/7/06
2. 9.30 Bicarawara (Forum Perdana Ehwal Islam: Anak Sapa La Tu...?) 5/7/07
3. 9.45 Down Memory Lane 4/7/07
4. 8.45 Debat Perdana (Semangat Dasar Ekonomi Baru : Adakah Masih Relevan) 3/7/07
5. 8.45 Santai: (Fenomena Akustika) 2/7/07
6. 8.30 Suara Emas Bintang RTM (Akhir) 1/2/07
Jadi apa kesimpulan? Adakah prinsip pertama islam hadhari boleh dicapai dengan segala macam hiburan yang melalaikan(ada yg mengingatkan kita pada Allah?). Tepuk dada tanyalah iman.
Bacaan tambahan
1. Segala artikel dalam blog ini berkaitan islam had hari
2. Kelas pengajian waktu Zuhur di Pejabat Agung bermula Isnin 9 Julai
3. Kes rogol meningkat 28% dalam tempoh 5 bulan pertama 2007
4. Perogol bersiri mangsakan kanak-kanak risaukan penduduk Kg Baru
5. 'Tak apa bini pemimpin peluk jantan lain'
p/s; Kalau depa buat solat asar & maghrib berjemaah(juga live) jugak siapakah kalangan artis lelaki ni paling layak jadi imam?
الاشتراك في:
تعليقات الرسالة (Atom)
ليست هناك تعليقات:
إرسال تعليق