٢٤.٧.٠٧
Catatan Family Day di Cameron Highlands
Pada 14/07/07 opis aku telah membuat satu trip family day ke Cameron Highlands. Kira2 20(besar gak jabatan) keluarga menyertai. Kami bertolak dalam jam 9 pagi. Sampai Brinchang dalam pukul 1.
Makan, solat & membersihkan diri. Kul 4 ptg kami berkumpul di Homestay di Kampung Taman Sedia untuk aktiviti sukaneka. Cukup meriah dengan pelbagai aktiviti membabitkan budak2 & mak pak budak. Semuanya enjoyed.
Malam tu diadakan pula barbeque. Family aku dah isi perut siap2. So kami kat sana tak lah makan tera mana. Ada family member aku, tak henti mengambil ayam. Pas satu, satu. Maklumlah perut kosong dari maghrib tadi. Sambil makan diadakan penyampaian hadiah bagi pemenang sukaneka. Semua dapat hadiah. Sayur2an segar Cam High. Esok tak yah beli banyak sayur dah untuk ole2.
Pas sarapan kami check out dari hotel/chalet masing2. Kami pi ladang teh Boh. Semua gambar di atas diambil di situ. Setelah membeli ole2 segala macam teh, kami berpecah. Ada yg pluck strawberry, membeli cenderahati & sayur2an sebelum pulang. Kesimpulannya
Pro - Cameron highlands sesuai untuk percutian keluarga. Apatah lagi untuk bulan madu.
- Family day kali ni boleh dikatakan amat berjaya.
- Aku pernah naik dari Tapah ke Cam High. Perjalanan dari Simpang Pulai lebih santai dan selesa. Jalan yang luas dan pemandangan yg hijau!(sejuk mata memandang)
Con - Kemudahan hotel aku dok bagi aku adalah poor. Takde heater(tempat sejuk beb) masak air & iron. Tuala plak takde(member yg tak bawak towel kena keluar beli. Mahal lagi berbanding kat bawah)Rupanya2 toke hotel tu ha ya nun dal wau. Apsal? Aku minum pagi kat restoren dia. Ingatkan mamak punya geng. Alih2 nampak botol arak dalam freezer. Kiranya orang melayu kat pekan Brincang almost zero. Rata2 kedai dikuasai Cha Ya Nun Alif & ha ya nun dal wau. Kerajaan kena aware this isu.
- tak dengar azan pun kat Brincang. Takde masjid ka kat sini? Teringin aku bangun jam 5.30 pagi pi berjemaah subuh di masjid. Then sambung ngan kuliah subuh. Kalu nak cam ni kenalah la aku dok kat pondok agama atau pi ke masjid kat Kelantan(Muhammadi) atau Terengganu(Rusila). Nantila. Aku plan nak gi Kelantan & Terengganu plak
الاشتراك في:
تعليقات الرسالة (Atom)
ليست هناك تعليقات:
إرسال تعليق