١٣.١.٠٦

Bunaiya mula merangkak


Kelmarin 12/1/06 merupakan satu yg agak bernilai bagiku & sayang. Bunaiya kami sudah mula merangkak! Dalam usia mencapai 8 bulan 5 hari, dikira agak lewat bg baby spt mrk untuk mula merangkak. Alhamdulillah. Saja je publish entry nih. nanti depa besar blehlah depa susuri perkembangan diri yg dapat baba mrk catatkan

Wahhabi

Salah satu dalil puak-puak ni yg mengatakan baca yassin untuk org mati, tahlil adalah bidaah. ialah Surah An- Najm,53:39


وَأَن لَّيْسَلِلْإِنسَانِ إِلَّا مَاسَع َى




audio
[53:39]
dan bahwasanya seorang manusia tiada memperoleh selainapa yang telah diusahakannya,



Tapi menurut maksud Dalam Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Cetakan Ke-6 tahun 1995
m/s 1429 ialah(1706)Menurut keadilan Allah SWT,seseorang manusia itu sebagaimana ia tidak memikul melainkan dosanya sendiri,maka ia juga tidak berhak mendapat balasan apa yg diusahakannya.

Tetapi menurut kemurahan Allah Ta'ala yg melimpah2
rahmatNya, seseorg itu mendapat pahala & rahmat disebabkan amal usaha org lain seperti do'a,sedekah, haji & lain2nya.


Komen saya: Puak-puak ni takleh guna dah ayat ni dalam hujah depa. carik ayat lain plak ye...

٩.١.٠٦

Anjing Oh Anjing III

Lagi-lagi pasai anjing. Kali ni di Kulim. Klik sini untuk berita sepenuhnya...

Komen saya: Adun Lunas silalah jenguk pengundi anda. Satu geng tuh. Menggesa diambil tindakan keras terhadap pemilik anjing. MDK nak buat hapa?Tunggu ketuk baru jalan? Bilakah agaknya kita takkan mendengar kes digigit anjing, jiran mengadu masalah anjing jirannya & segala macam yg buruk mengenai anjing?

٥.١.٠٦

Pernah skodeng atau diskodeng?

Sapa tak pernah kena skodeng?


`Semahal’ pelaburan si kaki hendap, begitu jugalah banyaknya maruah yang tercalar dek perbuatan tidak bertanggungjawab ini. Tetapi, hukumannya? Percayakah anda, hukuman bagi mereka yang mengintai hanyalah denda RM25 atau penjara 14 hari mengikut Seksyen 21 Akta Kesalahan Kecil? Tak masuk akal bukan....?


Beberapa fakta tentang skodeng



  • Seorang pengurus rumah orang tua di Cheras hari ini dijatuhi hukuman denda RM25 mengikut Seksyen 21 Akta Kesalahan Kecil selepas mengaku mengintai di tandas awam wanita. Khoo Eng Chin, 39, mengaku melakukan perbuatan itu di tandas awam Plaza Berjaya, Jalan Imbi, Kuala Lumpur pada 6 Jun lalu, antara jam 1 dan 1.50 petang. Dia ni dah kawin ke belum?
     

  • Di Klang, Sepasang kekasih marah apabila aksi mereka berasmara dalam sebuah kereta diintai kumpulan Mat Skodeng yang akhirnya disamun selepas dipercayai memarahi kumpulan itu kerana mengganggu mereka. Kejadian berlaku di kawasan terlindung berhampiran restoran makanan laut, kira-kira jam 10 malam. Selain dipukul, pasangan kekasih itu turut kehilangan telefon bimbit dan wang tunai bernilai RM800 dan seutas rantai. Mungkin depa tak nikah lagi. Sebab tu projek dlm keta. Tu la tak berkat buat keje2 maksiat. Tu kena rompak & pukui je. Kalu awek dia kena rape..?
     

  • Sebuah rumah di Shah Alam yang disewa sekumpulan pelajar wanita Universiti
    Teknologi Mara (UiTM), dijadikan sasaran seorang lelaki untuk mengintai mereka mandi. Kegiatan terbongkar apabila lelaki itu terjatuh dari kerusi yang digunakan untuk mengintai sebaik disergah seorang pelajar yang kebetulan menyedari kehadirannya. Bagaimanapun, lelaki yang dikatakan berusia lingkungan 20-an itu sempat melarikan diri sebaik menyedari kegiatannya disedari penghuni rumah berkenaan.
    Awas anak2 dara yg menyewa rumah
     

  • Seorang lelaki, rakyat Amerika berketurunan Afrika, Derrick Todd Lee,32, mempunyai tabiat mengintai wanita sudah berkahwin dan berusia, tidak kira mereka
    ketika mereka mandi, menukar pakaian atau melakukan apa saja di dalam bilik.

    Disebabkan tidak tertahan kerana selalu terbayangkan tubuh wanita dalam keadaan bogel, Lee bertindak ganas. Dia bukan saja membunuh mangsa yang disukai tetapi
    merogol, meliwat dan melakukan penderaan seksual ke atas mereka. Pergerakannya sungguh licik hingga pihak berkuasa gagal mengesan penjenayah yang melakukan
    setiap pembunuhan itu, walaupun Lee pernah ditangkap beberapa kali.
     

  • Tindakan seorang ahli perniagaan, Ahmad Bakhtiar Abdul Kayoom, mengintai pelakon dan model, Nasha Aziz menggunakan kamera intip membawa padah apabila Mahkamah Majistret, di sini, menjatuhkan hukuman enam bulan penjara. Ahmad Bakhtiar juga didapati bersalah terhadap satu lagi pertuduhan iaitu memasang kamera litar tertutup untuk mengintip Nasha dengan niat memalukan serta menjatuhkan maruah mengikut Seksyen 509 Kanun Kesekseaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
     

  • Tiga gadis di Seremban, hidup dalam ketakutan, bimbang gambar bogel mereka disebar melalui internet selepas mengetahui bilik tidur rumah yang disewa di Taman Desa Melati di Nilai, dipasang dengan kamera pengintip.


    Modus operandi

    Peralatan: Teropong, kamera video, peralatan tanpa wayar, telefon selular
    analog atau digital.

    Lokasi sasaran: Tempat awam, hotel, asrama, tempat kerja dan kawasan sunyi yang berpotensi berlakunya kegiatan maksiat.

    Tempoh hendapan: Mat Skodeng memerlukan sekurang-kurangnya dua hingga tiga jam untuk melengkap proses mengendap mereka. Malah ada juga yang sempat makan tengah hari sebelum menyambung kegiatannya itu.


  • Artikel sepenuhnya terdapat di sini


    nasihat saya:

    - berhati2 bila menyewa rumah, menggunakan tandas awam (lebih baik guna tandas rumah sendiri)

    - bila mandi jangan mandi koboi. w/p cuma makruh tapi kalu kena sekodeng? kena plak aksi tu diedarkan pd org ramai...

    Anjing oh Anjing II

    Pengalaman Jiran Menderita (url mungkin akan berubah) dengan jirannya yg membela anjing mengingatkan aku entry aku sebelum nih bertajuk Anjing oh Anjing . So aku pastekan dan komen sikit keluhannya


    Pengalaman pahit jadi jiran peminat anjing


    .....
    Saya cukup tertarik dengan langkah Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang mengenakan syarat kepada bakal pemilik anjing yang dikategorikan berbahaya supaya mendapat kebenaran jiran terlebih dulu sebelum menyimpan haiwan itu di rumahnya.
    Berapa banyak PBT camni? MPSP kat tempat aku tak wajibkan benda nih

     
    Namun, langkah itu mendapat bantahan sesetengah penduduk.
    Biasakla tuh..
    ....
    .Di sebelah kiri memelihara anjing coklat yang diikat pada tiang berhampiran pagar. Setiap hari, anjing itu akan menjilat pagar serta pokok bunga yang saya tanam di tepi pagar.Tak cite plak depa samak ke tak pagar & pokok bunga tuh..

    .....Yang hairannya jiran ini cukup marah dengan tindakan kami walhal satu sen pun kami tidak minta daripada mereka. Mereka juga tidak pernah maklumkan sepatah pun kepada kami sewaktu hendak memelihara anjing.
    Lebih parah adalah dengan jiran sebelah kanan kami. Jiran ini memelihara anjing hitam yang sangat hamis baunya. Bau itu menyerap masuk ke rumah saya terutama apabila keadaan berangin. Adakalanya menjejaskan selera kami sekeluarga untuk makan. Baunya terlalu busuk. Saya hairan bagaimana mereka boleh tahan dengan bau busuk anjing itu.

     Masalah besar kami adalah rumah jiran kami ini bersimen keseluruhannya di bahagian hadapan dan belakang, tidak ada kawasan bertanah langsung. Keadaan itu menjadikan penderitaan kami sekeluarga lebih parah kerana setiap hari anjing ini akan membuang najis di atas lantai bersimen. Setiap hari kami sekeluarga terpaksa menghidu bau busuk najis anjing ini.

     Kami juga terpaksa menanggung bau hancing kencingnya. Anjing itu juga suka menyalak apabila melihat orang asing melalui di
    depannya. Nak buat camna? anjing...
    Kami terfikir untuk menjual saja rumah ini dan berpindah, tetapi ini tidak akan menyelesaikan masalah. Sekiranya ini berlaku, akhir nanti tinggal sebilangan kecil saja orang Melayu di kawasan bandar. Perpaduan rakyat Malaysia yang sentiasa diperjuangkan oleh kerajaan juga boleh terjejas.

     Sehubungan itu, kami berharap kerajaan lebih prihatin mengenai persekitaran sihat, selesa dan selamat untuk dihuni oleh rakyat Malaysia. PBT perlu mengadakan peraturan bagi memastikan keadaan itu wujud di kawasan pentadbirannya. Rasanya kalu siar kat paper camna benda nih akan senyap je. Panggillah Karam Singah Walia. Adu la ka dia. Kan dia aktivis masyarakat sampai dapat gelaran Tokoh Maal Hijrah yg lalu?