Pengalaman Jiran Menderita (url mungkin akan berubah) dengan jirannya yg membela anjing mengingatkan aku entry aku sebelum nih bertajuk Anjing oh Anjing . So aku pastekan dan komen sikit keluhannya
Pengalaman pahit jadi jiran peminat anjing
.....
Saya cukup tertarik dengan langkah Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang mengenakan syarat kepada bakal pemilik anjing yang dikategorikan berbahaya supaya mendapat kebenaran jiran terlebih dulu sebelum menyimpan haiwan itu di rumahnya.
Berapa banyak PBT camni? MPSP kat tempat aku tak wajibkan benda nih
Namun, langkah itu mendapat bantahan sesetengah penduduk.
Biasakla tuh..
.....Di sebelah kiri memelihara anjing coklat yang diikat pada tiang berhampiran pagar. Setiap hari, anjing itu akan menjilat pagar serta pokok bunga yang saya tanam di tepi pagar.Tak cite plak depa samak ke tak pagar & pokok bunga tuh..
.....Yang hairannya jiran ini cukup marah dengan tindakan kami walhal satu sen pun kami tidak minta daripada mereka. Mereka juga tidak pernah maklumkan sepatah pun kepada kami sewaktu hendak memelihara anjing.
Lebih parah adalah dengan jiran sebelah kanan kami. Jiran ini memelihara anjing hitam yang sangat hamis baunya. Bau itu menyerap masuk ke rumah saya terutama apabila keadaan berangin. Adakalanya menjejaskan selera kami sekeluarga untuk makan. Baunya terlalu busuk. Saya hairan bagaimana mereka boleh tahan dengan bau busuk anjing itu.
Masalah besar kami adalah rumah jiran kami ini bersimen keseluruhannya di bahagian hadapan dan belakang, tidak ada kawasan bertanah langsung. Keadaan itu menjadikan penderitaan kami sekeluarga lebih parah kerana setiap hari anjing ini akan membuang najis di atas lantai bersimen. Setiap hari kami sekeluarga terpaksa menghidu bau busuk najis anjing ini.
Kami juga terpaksa menanggung bau hancing kencingnya. Anjing itu juga suka menyalak apabila melihat orang asing melalui di
depannya. Nak buat camna? anjing...
Kami terfikir untuk menjual saja rumah ini dan berpindah, tetapi ini tidak akan menyelesaikan masalah. Sekiranya ini berlaku, akhir nanti tinggal sebilangan kecil saja orang Melayu di kawasan bandar. Perpaduan rakyat Malaysia yang sentiasa diperjuangkan oleh kerajaan juga boleh terjejas.
Sehubungan itu, kami berharap kerajaan lebih prihatin mengenai persekitaran sihat, selesa dan selamat untuk dihuni oleh rakyat Malaysia. PBT perlu mengadakan peraturan bagi memastikan keadaan itu wujud di kawasan pentadbirannya. Rasanya kalu siar kat paper camna benda nih akan senyap je. Panggillah Karam Singah Walia. Adu la ka dia. Kan dia aktivis masyarakat sampai dapat gelaran Tokoh Maal Hijrah yg lalu?
هناك تعليقان (٢):
Saya hanya mampu bertumpang simpati. Biasanya org kita yg akan mengalah dan pindah, itu aje jln penyelesaian yg plg mudah
Betul kalau nak ketenangan jiwa lebih baik pindah ajelah untuk kebaikan diri dan keluarga dari tiap2 hari terasa resah dan tak aman dengan salakan dan bau yang busuk.
Mereka ni mana ada amalan kebersihan lebih2 lagi sensitiviti terhadap jiran2 yang lain tak ada langsung. tapi dalam Islam semangat macam ni mesti ada hatta kalau nak buat sesuatu tinggi sikit dari rumah jiran kena dapat kebenarannya terlebih dulu. Sungguh indah sekali Islam ni tapi org bukan Islam mana ada penekanan macam ni. Sedih bukan...
Janganlah tunggu benda ni terjadi bila dah terkena semua org susah tapi yang teruknya adalah pihak mangsa.
Kalau saya sendiri saya tak kisah sangat jual aje rumah tu atau SEWAkan pada org lain dan cari rumah lain dalam masa yang sama pendapatan insya allah meningkat dan anak2 senang belajar dan tak ada masalah. Kawan saya(dari Pakistan) ada 5 buah rumah di mana 4 buah tu disewakan.
Buat macam busines. Banyak cara penyelesainnya. tapi semua terserah pada budi bicara anda dan keluarga.
إرسال تعليق