٢٧.٦.٠٧
Catatan Rehlah ke Sg Bil

Pada minggu ke dua cuti sekolah lepas (7/6/07) kesemua ahli keluargaku(kecuali ayah& adik bongsu) berkelah ke Sg. Bil. Dari kampungku ke Sg Bil perjalanan pergi ke sana lebih kurang 20 minit.
Sg Bil ini memang sesuai untuk bermandi manda. Kita boleh pilih tempat berdasarkan famili yg dibawa. Kalu ramai budak2 kecik ygng tak reti berenang cariklah tempat yang changkat(tohor/tak dalam).
Untuk makluman semua pusat perkelahan ini mempunyai kemudahan tandas, pondok berehat, tempat menyalin pakaian serta gerai-gerai makan. Tiada bayaran tempat letak kereta dikenakan kecuali RM1.00 sebagai bayaran masuk. Kedudukan Lata Sg Bil ini adalah 24km arah Utara Tg Malim. Untuk ke kawasan perkelahan ini dari pekan Tanjung Malim, pengunjung akan melalui kawasan perkampungan iaitu Kampung Behrang Ulu, Kg. Sungai Dara, Kg Sungai Sekiah dan akhirnya Kg. Sungai Bil.
info asal di sini.
Nasihat aku
Kalu nak pergi pergilah pada hujung minggu. Kalu macam kami ni memang seksa. Aku yg keluar tanduk(buang air besar) jenuh carik tempat. Tandas takde air & gelap ya amat. Nak salin baju(bg yg pompuan) kena la buat open atau carik port yang terlindung ckit. tapi kalu dari segi suasana air terjun memang ok sangat la. Tapi aku tak gerenti kalu ko pigi hujung minggu nanti semua kemudahan tadi beroperasi. Mungkin gak dah jadik gajah putih. So mind of your own risk.
p/s: gambar atas sekali aku cilok dari sini. Yang lain2 dari semua dari website yang ada info tadi.
Aku maleh lg nak update entry. Tapi dah ada orang komen, kenalah update gak. Insya Allah pas ni blog ni tak bersawang terlalu lama.
٢٩.٥.٠٧
Blog akan bercuti lagi...
Mulai esok blog ini akan bercuti selama seminggu setengah iaitu hingga habis cuti sekolah. Esok hingga hujung minggu ni aku akan berada di rumah mertuaku di Baling. Lusa adik iparku akan menamatkan zaman keterunaannya..
Minggu depan aku akan bercuti selama seminggu ke Tg Malim.4-5 jam perjalan ikut jalan lama. Alang2 aku balik ke rumah mak aku lajaklah terus selama seminggu. Rumah kak sulung aku kat Sungkai, mak aku kat Sg Behrang, kak kedua aku kat Tg Malim, sepupuku di Bukit Beruntung & abg iparku di Bangi. Fuh! Jalan sakan. Duit pun sakan habih la... hu3
link silam
blog menyepi

٢٨.٥.٠٧
Renungan IV
Hidup yang hanya memikirkan kecantikan diri, adalah falsafah hidup burung merak. Cantiknya lebih, manfaatnya tidak setara. Daging tidak dimakan, burung lain enggan berkawan. Terbang tak setinggi mana, lagaknya mendabik dada. Merak hanya ada kecantikan yang dimodal untuk dibanggakan… jika harga diri merak adalah pada cantiknya semata, apakah harga diri seorang insan juga bergantung kepada paras rupanya? Insan lebih mulia dari itu…
Artikel penuh boleh didapati di sini
tambahan
Renungan I, II dan III
Artikel penuh boleh didapati di sini
tambahan
Renungan I, II dan III
٢٤.٥.٠٧
Mari mengira
Dengan kenaikan gaji kakitangan awam, kerajaan terpaksa menyediakan tambahan sebanyak 4 bilion untuk tahun(6 bulan) ini atau 8 bilion untuk tahun depan. Banyaknya. Tapi hanya 1.02 juta rakyat(kakitangan awam) yang merasainya secara langsung. Bagaimana kita hendaklah 23 juta penduduk Malaysia semuanya merasai secara terus? Jika kerajaan menggunakan 8 bilion wang tersebut untuk subsidi minyak maka
- semua lapisan masyarakat dapat merasainya. Maka inflasi akan berkurangan kerana kurangnya pesta naik harga kerana minyak naik(semua barang guna minyak)
- kroni2 BN akan kelaparan kerana tak dapat projek
- kecurian(curi kabel telefon, kepala paip besi dll) akan berkurangan kerana desakan akibat kos sara hidup tinggi dapat diminimumkan. Maka masyarakat akan lebih aman.
- wang yg dapat dijimatkan boleh digunakan untuk tabungan atau perkara2 berfaedah rakyat jelata. Cthnya.
sekian nukilan dari rakyat yg buta ekonomi. Bukan bakal lulusan pakar ekonomi.
p/s; Pakar ekonomi kita boleh jawab ka?
update 28/5/07
cik akira ada mengulas isu yang saya timbulkan. Silalah ke entry ini di blog beliau(ramai peminat betui anak dara Jawa Johor ni..).
p/s:
untuk Cik Akira
- saya tak belajar ekonomi detail cam cik. Paling tinggi saya pernah belajar ialah subjek ekonomi form 6(2 bulan je...) & Ekonomi Asas masa diploma dulu je. Mana nak setanding dengan bakal grad economist kan?
bacaan tambahan
1. Sepatutnya turut turunkan harga barangan asas, bahan api. Bagi saya tajuk ini sepatut diselitkan perkataan "juga" antara turut dan turunkan pada tajuk artikel ni..
2. Mana Lebih Baik : Boikot Barang atau Boikot Kerajaan?

الاشتراك في:
الرسائل (Atom)