Masalah sosial la ni makin meruncing. Banyak sebab yg menyebabkannya. Antaranya:-
- diri sendiri. Sebab utama ialah kurangnya penghayatan agama. Kalu takat tinggi didikan agama tak dihayati maka jadilah ustaz/ustazah yg menyokong sesuatu perkara kerana duit/pangkat bukan kerana benar.
Apakah kamu tidak melihat orang-orang yang telah diberi bahagian dari Al Kitab (Taurat)? Mereka membeli (memilih) kesesatan (dengan petunjuk) dan mereka bermaksud supaya kamu tersesat (menyimpang) dari jalan (yang benar).4:44
- ibu bapa.
Sabda Nabi "Setiap bayi yang dilahirkan adalah dalam keadaan fitrah (suci bersih/Islam), maka ibu bapanyalah (yang berperanan) menjadikannya (samada) Yahudi, Nasrani atau Majusi".
Ibu bapa seharusnya menyediakan suasana kondusif(menggalakkan) dlm rumah. Baca al-quran setiap hari, adakan solat jemaah & tazkirah sekurang2nya seminggu sekali
- masyarakat/kerajaan
masyarakat hendaklah mengambil hal ehwal jiran2. Kita kena jaga tepi kain org kerana nanti bila berjemaah maybe najis kainnya terkena pakaian kita lalu menjadikan solat kita tak sah. Jangan jaga dalam kain org.
Akhir sekali kerajaan. Sediakan perkara yg menggalakkan makruf/kebaikan. Kalu nak adakan konsert pun adakanlah konsert islam. Tak cukup mengadakan Pusat Islam(JAKIM), Bali Islam, Perbankan Islam, Muzium Islam(bila nak buat zoo islam?). Tutup la segala pintu maksiat macam Fiesta Mlm Indonesia, Akademi Fantasia dsbnya. Dorongan kepada maksiat lebih kuat berbanding kebaikan. Kalu ada kelas pengajian & fun fair sapa yg lebih ramai pi?
Tapi aku sokong sangat langkah Jawi ni. Patutnya semua Majlis/jabatan agama negeri mencontohinya.
٣١.٣.٠٦
الاشتراك في:
تعليقات الرسالة (Atom)
ليست هناك تعليقات:
إرسال تعليق