٥.٣.٢٧

Tips Menangani Kenaikan Harga Minyak

Seharusnya kita memperuntukan 10-20 peratus pendapatan untuk simpanan. Jika itu gagal kita lakukan, sesuatu harus dibuat sebagai bekalan ketika kecemasan. Kata orang tua-tua- sediakan payung sebelum hujan.

* Batalkan tempahan sistem televisyen kabel seperti Astro. Kita harus tahu yang kebanyakan siarannya adalah ulangan sahaja. Perkara ini elok dibincang dengan orang rumah dan anak-anak supaya mereka memahami keadaan ekonomi kini yang merenggut sebahagian besar pendapatan bulanan kita.

* Usah terikut-ikut dengan pengaruh iklan akan model telefon bimbit. Ini khususnya kepada orang muda. Belajarlah berjimat dan menabung. Sedar atau tidak, apa yang sering kita gunakan hanyalah untuk panggilan telefon sahaja. Sedangkan kemudahan lain itu amat jarang kita gunakan. Sekali gus, janganlah kita menjadi pandir yang memboroskan duit untuk kerja gila dan sia-sia seperti menghantar SMS Akademi Fantasia, lagu serta bunyi deringan.

* Minimakan penggunaan lebuhraya PLUS, KESAS, LDP dan sebagainya. Atur masa perjalanan dengan baik. Gunakan lebuhraya ketika amat memerlukan atau di kala kecemasan.

* Usah disambut seruan bercuti ala â€کCuti-cuti Malaysia’ atau â€کJom Jalan-jalan’. Hendaklah kita bercutian di kawasan berhampiran atau yang kita tahu selok-belok jalannya. Jangan lupa bagaimana di sepanjang jalan begitu banyak â€کspeedtrap’ yang menanti dengan penuh muslihat.

* Berhemat menggunakan kad kredit. Jangan jadikan ia umpama kad Doraemon untuk berbelanja macam orang hilang akal. Belilah barang keperluan bukan untuk bermewah. Sentiasa hadkan supaya kita mampu menjelaskan sepenuhnya bil di hujung bulan.

* Kurangkan atau hentikan tabiat mengunjungi restoran makanan segera atau restoran yang mahal harga jualannya. Selain dari mendatangkan masalah kesihatan yang serius di belakang hari, ia juga menjadi terlalu mahal sekarang.

Kita hendaklah kembali kepada asas dalam perbelanjaan harian. Lupakan soal aksesori yang berlebihan dan membazir. Sekiranya kita tidak bersedia sekarang, pasti bala akan menanti kita di hadapan nanti. Luangkan masa yang lebih dengan keluarga sambil memberi mereka kesedaran dan pengetahuan akan apa yang berlaku sekarang. Golongan yang memerintah sekarang bukanlah mereka yang prihatin dan memahami masalah rakyat kecil. Dasar penswastaan serta RM9 yang diwar-warkan itu hanyalah wayang yang meliurkan sahaja. Agihan itu semuanya masuk ke kantul mereka sahaja bak Qarun di zaman moden.

Kita tahu ada rakan-rakan yang lebih tajam akal serta buah fikiran. Diharap dapat berkongsi sesama kita.

Artikel asal terdapat di sini

هناك تعليق واحد:

غير معرف يقول...

tips-tips ini memang bagus sekali sesuai dengan isu semasa petrol 3 kupang tu