٤.١٠.٠٧

Blog berpindah

Saya mengalami kesukaran untuk create entri baru dalam blog musafirlalu ni. Jadi saya terpaksa
create blog lain. Silalah berkunjung ke http://faqir2.blogspot.com/. Mohon maaf atas kesulitan
yang berlaku.

٢.١٠.٠٧

Diharuskan mengumpat

Diharuskan mengumpat/mengata kepada pemerintah yang zalim. Jika kita tidak memberitahu kepada orang ramai maka kezaliman tersebut akan berterusan dan bermaharajalela.

Tak zalim ke jika

- kesalahan berzina hanya dikenakan 3,5,6? 3 bulan penjara, denda RM5 ribu dan 6 kali sebatan.
- ibu bapa Nurin akan didakwa cuai kerana kehilangan arwah? Udahlah depa hilang anak, kena dakwa plak pas ni. Polis lepas peluru hidup tak plak didakwa cuai. Adil ka?
- pemimpin yg jelas kemaksiatannya dikekalkan dalam jawatannya?

http://komenisu.blogspot.com/2007/10/diharuskan-mengumpat.html

١.١٠.٠٧

Yang pasti...

Yang pasti arwah Nurin Jazlin Jazimin akan masuk syurga. Dia belum akil baligh(cukup umur). Apatah lagi dia diperlakukan sedemikian rupa.

Mak ayah nurul Jazlin tak pasti lagi masuk syuga macam anaknya.Tak pasti lagi kita akan masuk syurga. Neraka dah sebelah kaki dah. Namun kita terus berharap pada-Nya. Khauf & Raja'. Takutkan neraka & harapkan syurga.


p/s: sesiapa yg baik ngan keluarga Nurul Jazlin tolonglah dakwah supaya maknya bertudung. Nasihatkan
ayahnya banyak bersabar. Jangan berkeluh kesah.

٢٦.٩.٠٧

Nak jadi jutawan


Kalau takde aral, insya Allah orang tua aku akan jadi jutawan. Berita mengenainya ada tersiar di UM , mstar & BH(satu minggu sahaja). Aku tak harap sesen pun duit RM1.3 juta tu. Harapan aku:-

- Ayahku akan menggunakan duit tersebut pada jalan kebajikan. Pi haji, perbaik rumah, tolong orang miskin dll

- peneroka Felda takkan tertipu lagi seperti Felda Sg Buaya & Labu Sendayan

- jangan yg turut terbabit dalam penipuan ialah anak peneroka sendiri & pemimpin setempat(UMNO).

Moga Allah memberkati semua peneroka Sungai Behrang. Amin

Isu Nurin Jazlin

Kesudahan kesnya telahpun diketahui. Marilah kita

- Mendesak Polis & Kementerian Kebajikan & Masyarakat tidak mendakwa ibu bapa arwah cuai. Cukuplah kepergiannya ke hadrat Ilahi sebagai ujian.

- Mendesak Polis mencari pembunuhnya sampai ke lubang cacing. Kalau payah sangat nak carik bukti kukuh mensabit pembunuhnya cari alasan menembak 2 butir peluru hidup kepada pembunuhnya. Macam kes Batu Burok.

- mendesak SB2(siput babi) yg bertugas siang malam memantau aktiviti pembangkang diberikan tugas mencari maklumat tentang pembunuh Nurin. Habih ditangkap pembunuh Nurin, silakan pantau kembali aktiviti pembangkang.

- mendesak akhbar yg menyiarkan berita Ayah Nurin berhutang dengan Along meminta maaf terbuka kepada orang ramai. Jika tidak akhbar itu akan disaman.

- mendesak hukuman hudud(qisas & takzir) dilaksanakan kepada pembunuh/perogol yg beragama islam. Laksanakan hukuman tersebut di khalayak.

Tak bolehkah kita melakukanya?

Al- Fatihah buat adik Nurin. Moga kamu berada di dalam syurga. Amin

٢١.٩.٠٧

Yang leceh kat Bazar Ramadhan


Tak kata semua peniaga. Berdasarkan pengalaman aku dan member2 tahun ni. Kebanyakannya

- meniaga asal nampak rupa fizikal udah. Basi atau takde rasa nasib la ko yg membelinya

- 4 biji popia basah berharga RM2 ringgit di PB? Kat BB cuma RM2 je. Dah la nak amik 2 biji tak bagi. Mungkin kerana nak cover sewa tapak. MDK dikatakan mengenakan sewa RM100 utk satu lot tapak sehari! Biar betul

- Peniaga wanita tak menutup aurat dengan sempurna. Pakai baju lengan sekerat. So kalu ada pilihan peniaga berpakaian lebih sempurna takkan nak pilih yg pakai lengan sekerat. Ini boleh mengkelamkan hati kita yg menyebabkan kita makin payah kita sekeluarga makin mengingati Allah dalam solat & menghafaz ayat-ayat suci.

Kiranya makin payah la nak carik peniaga yg mendapat sedikit keuntungan & memberi sedekah(bagi yg dijual cukup rasa) la ni ye? Akhir zaman...

Aku ni kira mengata ka?

٢٠.٩.٠٧

١٢.٩.٠٧

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Yang ditunggu2 kini tiba. Bulan yg digandakan amalan hingga 70 kali ganda. Bulan yg terdapat satu malam yg lebih baik dr seribu bulan. Dan pelbagai macam kelebihan.

Jadi. Pastikan puasa & amalan kebajikan kita pada Ramadhan kali ini ialah yg terbaik dengan

- usahakan mengkhatamkan al-quran 30 juzuk. Ianya nampak agak berat tapi tak mustahil. Isikan masa terluang di pejabat & rumah dengan membacanya. Kurangkan berbual2 hal2 keduniaan.

- tarawih tak tinggal w/p satu malam. Walaupun hanya 8 tapi dengan tazkirah tentunya lebih baik berbanding 20 yg mengalahkan roket ke bulan.

- pastikan budget harian/bulanan (makanan terutamanya)kurang dari bulan2 sebelumnya. Kalu bleh makan kurma & minum air kemudian solat maghrib. Makan seperti biasa selepasnya.

- Maksimakan amalan sunat qabliyah & baqdiyah solat. Tahajud pastikan tak tinggal.

- malam 27 jika mampu habiskan khatam quran. Pastu mintalah sebanyak mungkin doa kepada-Nya. Mintak dikurniakan zuriat lagi, keberkatan hidup, mati dalam iman dan pelbagai lagi.

dan apa2 lagi pun. Asalkan bermanfaat dunia akhirat

Moga Allah membantu kita dalam mencari kesempurnaan di bulan ini. Amin.

Rusuhan Kuala Terengganu II

Rusuhan Kuala Terengganu II

٤.٩.٠٧

Isu tazkirah


Berita Harian 3/9/07

Ramadhan hampir tiba. Maka timbullah kembali isu 8 atau 20 rakaat tarawih. Apsal nak digaduhkan dengan 8 atau 20? Apsal takleh tazkirah bulan Ramadhan? Korang takut umat islam(Melayu) sedar dan tak pilih korang?


Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman” (QS.Adz-Dzaariyaat : 55)

Buat 8 lebih baik dari tak buat langsung(tengok tv dll yg lagho). Lebih baik dari 20 yg mula kul 8.45 habih sebelum kul 10. Bukankah baik tazkirahKalau nak dengar baca fatihah senafas atau dua hanya di bulan Ramadhan. Tazkirah mengata orang? Kita nak betulkan orang bukannya lembu.

Lebih baik korang buat enakmen undang2 syariah tak boleh buat tarawih 8 serta dibuat tazkirah. Cam kes penceramah tanpa tauliah. Barulah kelas. Boleh tangkap ustaz bawa mahkamah. Siap bergari lagi.

Kes zina & arak yg bagaikan cendawan tumbuh tu biarkan saja. Janji pilihanraya nanti aku menang

- Paksa tarawih 20 rakaat: Khir Toyo ‘tidak reti’ agama?

٣٠.٨.٠٧

Erti Merdeka





boleh didownload di sini





sumber gambar asal terdapat di sini

Apa lagi yang kita mahu?

Antara amar makruf & nahi mungkar

Malam ini kita diberi pilihan. Kebetulannya malam Jumaat. Anda pilihlah samaada:-

- baca yaasin, solat taubat, solat hajat memohon keampunan ilahi supaya Malaysia & rakyatnya diberkati & dilimpahi rezeki melimpah ruah.

atau

- berkumpul beramai2(bercampur gaul lelaki perempuan. Berapa persen ikatan suami isteri atau adik beradik?) di dataran merdeka(& lain2 tempat setiap negeri kecuali Kelantan) menjerit merdeka3x sambil menyaksikan percikan bunga api.

Pilihlah antara keredhaan atau kemurkaan Allah
. Tepuk dada, tanyalah iman.

Bolehkah kita baca yaasin malam jumaat. Bukankah ianya bidaah?. Berkumpul di dataran sambil menjerit merdeka3x bukan bidaah?

٢٢.٨.٠٧

Selamat Ulangtahun ke 50


Marilah menyambut merdeka dengan membaca Yaasin & berdoa agar Allah memberi keberkatan yg melimpah ruah kepada Malaysia & rakyat seluruhnya.

Marilah kita renung sejenak setelah 50 tahun kita merdeka adakah ini kita mahukan?

1- huruf jawi pada bank islam dihapuskan


2 – nenek 74 tahun dirogol malahan budak 10 tahun pun kena


3 – MCA perjuang bahasa cina dijadikan soalan UPSR bagi tahun 2008 umno perjuang apa?


4 – semakin banyak surau ditutup. Untuk meninggikan syiar islam?

5 – Ada rakyat di negeri darul UMNO(Johor) berpendapatan hanya RM500 sebulan dengan 5 anak yg mana seorang darinya lumpuh. Bantuan yg diterima dari JKM hanyalah RM65 sebulan


4 – Melayu makin biadap hingga bapa yg mai ke rumah anak tak bertegur sapa(tentang muka) pun dak


5- Ada lagi rakyat yg rumahnya di atas air?


6- Kita ingin mengadakan sambutan di ambang merdeka dengan cara islam di Dewan Mellenium. Tapi permit tak diberi kerana hanya satu tempat sahaja di Pulau Pinang(Padang Kota) yg dibenarkan. Bimbang lebih ramai mengunjungi Dewan Mellenium? Tak bimbang dosa2 melimpah ruah di Padang Kota?

Wajarkah kita menyambut malam merdeka dengan berpeleseran ditempat awam sambil menjerit Merdeka3x sambil menyaksikan percikan bunga api yg berharga ribuan ringgit? Pekerja alam flora pagi esoknya menemui kondom(basah & kering) di Dataran Merdeka.

Tepuk dada tanyalah iman.
Setiap org adalah pemimpin. Dan pemimpin akan ditanya tentang amanahnya.


Apapun selamat menyambut merdeka.

١٧.٨.٠٧

Kalau dia cha ya nun alif...

Dia me"rap"kan lagu negaraku menjadi negarakuku amatlah tak wajar. Tapi bila dia hina azan ini sudah lebih.

5 in the morning
Theres even a morning call to wake me up
Sometimes a few of them will sing together
When you listen to it, its like a love duet
The voice ululates like an R&B song
Even though sometimes they sing until its out of tune
Even though sometimes they even sing until their voices break
Some sound like cockerels, but they wake up earlier than them
This way we can know the time to get ready for class and for work

sumber dari Roslan SMS

Biadap(pelaq kata org utara). Bagi kita, umat islam dilarang mencaci sembahan org2 kafir. Tapi bila depa caci agama kita kita nak buat apa?

Si Zam mamak memaafkan dia atas isu menghina negara. Hina agama anutan hang hang buat apa? Tak kisah la kalau MCA memaafkan dia. Ingat senang2 bak bagi maaf kalu menghina agama org lain?

Walaupun dia mungkin akan didakwa, ada tak kemungkinan Peguam Negara akan melepaskannya cam kes2 lain?

Apa komen ulamak kerajaan. Matsushita, Nakasone, Dolah Zin, Firdaus, Najmuddin, mufti perlis(takkan ulas isu pemandu bas je?)/johor dan Shabudin? Komen la dari isu menghina azan(satu dari syariat islam). Takat hina negara berlambak2 org komen.

- MINTAK MAAF...?
- Oh my eyes! Can i believe you!

Kalau sungguh dia mintak maaf keluarkan satu video kat uTube yg tunjuk dia dengan muka kesal mintak maaf pada negara & umat islam atas kesilapannya. Ni tidak. Ayah dia yg buat kenyataan akhbar dengan MCA. "Saya mintak pada bagi pihaknya yg menyinggung perasaan org islam" sambil tersenyum. Cis!

٣١.٧.٠٧

Sempena 50 tahun merdeka...



- Ingin menghabiskan sedikit duit membeli bendera Malaysia/Negeri?

-Ingin mendermakan RM5 ribu membantu org susah daripada membeli bendera?

Carilah jalan dengan membantu orang susah seperti ini

٢٤.٧.٠٧

Catatan Family Day di Cameron Highlands






Pada 14/07/07 opis aku telah membuat satu trip family day ke Cameron Highlands. Kira2 20(besar gak jabatan) keluarga menyertai. Kami bertolak dalam jam 9 pagi. Sampai Brinchang dalam pukul 1.
Makan, solat & membersihkan diri. Kul 4 ptg kami berkumpul di Homestay di Kampung Taman Sedia untuk aktiviti sukaneka. Cukup meriah dengan pelbagai aktiviti membabitkan budak2 & mak pak budak. Semuanya enjoyed.

Malam tu diadakan pula barbeque. Family aku dah isi perut siap2. So kami kat sana tak lah makan tera mana. Ada family member aku, tak henti mengambil ayam. Pas satu, satu. Maklumlah perut kosong dari maghrib tadi. Sambil makan diadakan penyampaian hadiah bagi pemenang sukaneka. Semua dapat hadiah. Sayur2an segar Cam High. Esok tak yah beli banyak sayur dah untuk ole2.

Pas sarapan kami check out dari hotel/chalet masing2. Kami pi ladang teh Boh. Semua gambar di atas diambil di situ. Setelah membeli ole2 segala macam teh, kami berpecah. Ada yg pluck strawberry, membeli cenderahati & sayur2an sebelum pulang. Kesimpulannya

Pro - Cameron highlands sesuai untuk percutian keluarga. Apatah lagi untuk bulan madu.
- Family day kali ni boleh dikatakan amat berjaya.
- Aku pernah naik dari Tapah ke Cam High. Perjalanan dari Simpang Pulai lebih santai dan selesa. Jalan yang luas dan pemandangan yg hijau!(sejuk mata memandang)

Con - Kemudahan hotel aku dok bagi aku adalah poor. Takde heater(tempat sejuk beb) masak air & iron. Tuala plak takde(member yg tak bawak towel kena keluar beli. Mahal lagi berbanding kat bawah)Rupanya2 toke hotel tu ha ya nun dal wau. Apsal? Aku minum pagi kat restoren dia. Ingatkan mamak punya geng. Alih2 nampak botol arak dalam freezer. Kiranya orang melayu kat pekan Brincang almost zero. Rata2 kedai dikuasai Cha Ya Nun Alif & ha ya nun dal wau. Kerajaan kena aware this isu.
- tak dengar azan pun kat Brincang. Takde masjid ka kat sini? Teringin aku bangun jam 5.30 pagi pi berjemaah subuh di masjid. Then sambung ngan kuliah subuh. Kalu nak cam ni kenalah la aku dok kat pondok agama atau pi ke masjid kat Kelantan(Muhammadi) atau Terengganu(Rusila). Nantila. Aku plan nak gi Kelantan & Terengganu plak

١٧.٧.٠٧

Pemandangan di Cameron Highland






Aku sharekan gambar pemandangan sekitar Cameron Highland. Mmg cantik dan sesuai untuk lawatan keluarga. Nanti aku citekan lebih lanjut dalam entry akan datang








١٢.٧.٠٧

RM1800 sebulan hidup di KL

[Semalam penulis menemui seorang kenalan lama yang kini bertugas di sebuah syarikat swasta Kuala Lumpur. Dalam kesempatan tersebut, beliau mengadu perihal kehidupan di KL yang tidak seperti dahulu. Keadaan hidup yang agak menekan, menyebabkan diri dan keluarganya agak tertekan - berikut antara luahan warkah yang sempat disampaikan kepada anaknya di sebuah sekolah berasrama penuh]

Kak Long yang dirindui,

Apa khabar anak ayah di sana? Semoga sihat dan bahagia selalu. Di sini, ayah bersama ibu dan adik-adik sihat sahaja.

Cuma semalam, adik usu mengadu sakit perut - berak-berak. Agaknya, perut adik dah tak tahan - bersebu sebab sejak beberapa hari adik asyik makan maggi aje. Itu yang semalam, dan hari ni, ibu masakkan bubur. Kesian tengok adik-adik kat rumah.

Masak bubur sepot beras dapatlah, ayah dan adik-adik makan kenyang sikit dengan kicap cap kipas yang Kak Long suka tu. Itulah, yang mampu ayah sediakan untuk hidangan malam ini dan malam tadi.

Ayah tak tahu esok macamana. Mungkin ibu akan masak beras buat bubur lagi. Boleh kot, ayah ambikkan duit tabung adik usu untuk beli telur sebiji dua. Kalau goreng telur hancur dengan bubur, lainlah sikit menu daripada semalam. Harap-harap adik-adik tak akan merungut makan bubur lagi.

Kak Long,
Ayah bukan berniat nak merisaukan Kak Long yang sedang berada di asrama kini. Cuma ayah nak bagitau, kita sekarang dah tak sesenang dulu. Kalau dulu, sebulan sekali boleh kita keluar untuk selebrate apa-apa event dengan makan di luar. Tapi kini, nak makan lauk ikan atau ayam sebulan sekali pun belum pasti lagi.

Keadaan ekonomi keluarga kita sudah tak seperti dahulu. Hidup kita makin terhimpit along. Ayah tak tahu, sampai bila lagi kita mampu terus hidup di bandar KL ini. Dengan gaji ayah setelah tolak bersih duit EPF dan hutang syarikat, yang tinggal hanya sekitar RM1,800 sahaja sebulan.

Bayangkanlah Kak Long, setiap bulan kereta yang kita gunakan perlu dibayar sebanyak RM550.00, sewa rumah - RM500.00, bil-bil telefon,air dan elektrik - RM250.00, bayaran duit yuran Kak Long, adik-adik dan persekolahan - RM200.00, duit minyak kereta dan tol untuk ayah berulang kerja - RM300.00, semua ini dah mencecah genap RM1,800 (sebulan gaji ayah).
Ini tak ditambah lagi dengan duit untuk sakit pening, balik kampung, belanja dapur dan pasar, simpanan dan keperluan harian lain. Kadang untuk belanja dapur, ayah terpaksa ambik duit bayar kereta (kita dah tiga bulan duit kereta tertunggak). Pihak bank dah mula hantar surat kata nak tarik kereta. Ada sekali ayah gunakan duit yuran sekolah adik-adik untuk beli sayur dan sedikit ikan, akibatnya dua bulan yuran sekolah adik-adik tertunggak. Bil telefon pula, baru sebulan ayah tak bayar, pihak telekom dah hantar surat amaran nak potong. Memang agak susah hidup kita ini Kak Long.

Semalam, adik sakit perut ayah hanya dapat gosokkan minyak masak kat dapur pada perut adik. Selepas adik merengek sejam lebih, tertidur dia. Nak ke klinik, ayah dah tak tahu nak cari duit kat mana.Duit-duit simpanan ayah dan ibu (termasuk duit di Tabung Haji) dah diguna masa daftarkan Kak Long masuk asrama dahulu.

Minggu lepas, ayah balik kampung dengan ibu. Jumpa dengan Pak Usu, Pak Uda dan Pak Lang, cuba bawa berbincang nak minta tolong. Tapi hampa. Kata mereka, tinggal kat KL takkan susah. Itulah agaknya, mentaliti orang kampung, dan tak belajar agaknya. Susah nak terima hahikat bahawa bukan semua di bandar ini senang dan mewah seadanya. Agaknya, orang kampung susah dapat berita. Atau orang kampung hanya dapat berita yang indah sahaja kat peti televisyen dan radio.

Padahal, dalam dunia masa kini semuanya tidak seperti dahulu lagi. Dahulu kalau Kak Long ingat, duit RM50 boleh isi tangki minyak kereta agak penuh, sekarang hanya separuh aje. Duit tol dah tak sama kak long. Harga ayam setahun dua dulu dah tak sama dengan hari ini. Baru ni, harga barang-barang dapur dah naik. Makin susah. Adik Usu yang boleh makan roti canai setiap minggu dulu dah jarang dan susah nak makan (dulu RM0.50 - kini RM0.80).

Itulah, dilema ayah dan ibu kini Kak Long. Jika keadaan masih tak berubah, mungkin ayah lepas ni akan berpindah balik kampung. Rumah atuk, masih kosong. Cuma sayanglah, adik ngah yang akan periksa UPSR tahun ni akan terjejaslah pelajaran dia sebab kena pindah sekolah. Adik usu yang mula nak kenal belajar Bahasa Inggeris, akan kelam kabutlah sebab guru kesayangan Bahasa Inggeris dia bertukar rupa. Makin susahlah adik Usu nak kuasai Inggeris. Dahlah, subjek Matematik dan Sains dalam periksa pertengahan tahun tempohari dia hanya dapat 'C'. Lepas ni tak tahulah pula apa nak berlaku.

Oh ya, Kak Long mungkin tertanya-tanya apa dah jadi dengan projek jual nasi lemak dan kerepek kat pejabat ayah dulu? Ayah dan ibu dah sepakat untuk menghentikan jualan-jualan tersebut.

Pertama; setiap malam ayah dan ibu bersengkang mata sehingga jam 1 pagi untuk siapkan bahan-bahan untuk berjual nasi lemak dan esoknya terpaksa pula bangun jam 4 pagi - akibatnya Kak Long, ibu sering sakit-sakit, kesihatan ibu terjejas.

Kedua; bukan ayah nak mengata, tapi realitinya dalam dunia berniaga begitulah. Kadang-kadang ada yang membeli dengan berhutang. Dan bila berhutang tak ada pula yang membayar.Ada pula yang ambil begitu aje tanpa bagitahu, akibatnya modal hilang, dan ayah serta ibu terpaksa keluarkan modal baru setiap kali nak berjual. BUkan ayah nak menuduh semua, tetapi akibat setitik nila habis rosak susu sebelanga.

Ketiga; kenaikan harga barang mentah dah tak dapat nak ayah dan ibu untuk menampungnya. Maklumlah, bukan berniaga secara besar, hanya kecil-kecilan. Itu yang agak susah. Maka, disebabkan itulah ayah dan ibu ambil keputusan untuk hentikan jualan kecil-kecilan itu.

Kak Long,
Ayah harap Kak Long rajin-rajinlah belajar. Berusahalah menjadi anak yang cemerlang bukan sahaja dalam pelajaran tetapi juga dalam agama. Berusahalah, jangan sia-siakan peluang yang Kak Long dapat untuk belajar di sekolah asrama tu.

Ayah harap Kak Long akan berjaya. Berjaya mencapai cita-cita untuk menjadi seorang doktor. Cuma dalam mengejar cita-cita Kak Long, ayah berharap Kak Long beringatlah. Kita kini bukan orang senang. Hidup dah tak macam dulu. Kalau Kak Long boleh berjimat, berjimatlah sehabis baik.

Ayah tahu, yuran asrama Kak Long tertunggak dua bulan. Bersabarlah. Bagitau pada cikgu, ayah akan jelaskan. Cuma bukan dalam masa terdekat ini. Insya-Allah, ayah akan cuba sedaya upaya untuk jelaskannya sebelum berakhirnya sesi persekolahan tahun ini.

Cuma selepas ini, ayah tak pasti berapa kerap lagi ayah akan mampu menulis. Bukan apa, kadang memikir, duit pos (setem Rm0.40) boleh ayah gunakan belikan dua biji telur untuk adik-adik makan tengahari bila mereka balik sekolah.

Jadi, janganlah Kak Long bersedih ok. Tabahkan hati. Ayah tahu, anak ayah seorang yang tabah, cekal dan sentiasa berusaha yang terbaik.

Dan akhir sekali, maafkan ayah kerana membebani Kak Long dengan segala kisah yang berlaku ini. Bukan apa, sebagai anak ayah yang sulung ayah rasa Kak Long berhak tahu dan wajar memahami apa yang sedang berlaku dalam keluarga ini.

Sekian, ibu dan adik-adik menyampaikan salam rindu pada Kak Long.

Wassalam.

artikel asal bertajuk Esok ibu masak bubur lagi!
__________________________________________________________________________

Kalu aku satu family( 4 beranak, gaji bersih RM2000) dok kat KL camna? Alhamdulillah aku dok kat sini. Sujud syukur

Kat rumah aku

Roti canai 60 sen, kuih seposen(ada jual lagi), nasi lemak 60 sen, takde lagi kes pecah rumah kat taman. Kat rumah mak mertua aku mee goreng RM2.50 boleh makan kenyang 2 orang. Sebulan sekali aku dapat balik ke rumah mak mertua & mak jang. Cuti sekolah(kalu isteri takde program sekolah) dapat balik ke rumah mak aku kat Tanjung Malim. Kerja yang tak tension. Malam2(bukan tiap2 hari) & setiap pagi sabtu aku dapat pi mengaji.

Perlukah lagi aku berhijrah ke kota metropolitan?