عرض المشاركات المصنفة بحسب التاريخ لطلب البحث islam hadhari. تصنيف بحسب مدى الصلة بالموضوع عرض جميع المشاركات
عرض المشاركات المصنفة بحسب التاريخ لطلب البحث islam hadhari. تصنيف بحسب مدى الصلة بالموضوع عرض جميع المشاركات

٦.٧.٠٧

Dicandukan dengan hiburan?



Pada 07/07/07 kita akan dihiburkan(tak cukup lagi ka?) dengan persembahan 40 artis tanpa henti dari jam 4 petang hingga 12 tgh malam. Apa ni? tak cukupkah dengan segala macam hiburan dilambakkan kepada kita?

Yang aku perasan semenjak Zam Mamak jadi Menteri Penerangan, hampir setiap malam di TV1 disajikan dengan hiburan. Apa bukti? Lihat ini. Senarai program rancangan di TV1 pada waktu perdana(prime time) selama 1 minggu

1. 9.30 Fenomena Seni (Malaysia Tiada Pelakon?) 6/7/06
2. 9.30 Bicarawara (Forum Perdana Ehwal Islam: Anak Sapa La Tu...?) 5/7/07
3. 9.45 Down Memory Lane 4/7/07
4. 8.45 Debat Perdana (Semangat Dasar Ekonomi Baru : Adakah Masih Relevan) 3/7/07
5. 8.45 Santai: (Fenomena Akustika) 2/7/07
6. 8.30 Suara Emas Bintang RTM (Akhir) 1/2/07

Jadi apa kesimpulan? Adakah prinsip pertama islam hadhari boleh dicapai dengan segala macam hiburan yang melalaikan(ada yg mengingatkan kita pada Allah?). Tepuk dada tanyalah iman.

Bacaan tambahan
1. Segala artikel dalam blog ini berkaitan islam had hari
2. Kelas pengajian waktu Zuhur di Pejabat Agung bermula Isnin 9 Julai
3. Kes rogol meningkat 28% dalam tempoh 5 bulan pertama 2007
4. Perogol bersiri mangsakan kanak-kanak risaukan penduduk Kg Baru
5. 'Tak apa bini pemimpin peluk jantan lain'

p/s; Kalau depa buat solat asar & maghrib berjemaah(juga live) jugak siapakah kalangan artis lelaki ni paling layak jadi imam?

٤.٤.٠٧

Mencari yg halal itu...


Mencari yg halal itu fardhu(wajib) bg umat islam. Gerenti ramai yg selalu dengar ungkapan ini.Apa kaitannya?







So kesimpulannya:-
- KWSP pelaburannya tidak syarie 100% kerana ada pelabur non-muslim?
- dividen KWSP setiap tahun adalah haram. Bleh tak guna duit haram ni?
- w/p KWSP ditadbir kerajaan (rata2 pegawainya melayu islam) pelaburannya tidak semuanya islam. Bolehkah ini dikatakan antara ciri2 islam hadhari(had hari)?

١٤.٧.٠٦

Apabila urusan agama ....

Sakit hati betul bila baca paper UM kelmarin.
Aku nak komen beberapa hujah depa.

Kalu dah korang buat keputusan nak tolak dah la. Tak nak bg org pakai dah
la. Jgn la pertikai sunnah. Dalam islam ada perkara yg boleh diperdebatkan & ada
perkara yg wajib terima tanpa soal. Aku gerenti korang jarang mengaji. Kalu tak
korang takkan berani menghina sunnah


Yang menariknya kat sini


â€کâ€کLarangan bagi amalan yang wajib seharusnya dilihat
secara lebih serius lagi berbanding larangan kepada amalan yang sunat. Walaupun
jika kita menerima pendapat bahawa memakai serban adalah sunat, ia tidaklah
setaraf solat sunat,â€‌ katanya.


So tutup aurat tu wajib ka? Patutkah dibuat undang mengenainya? Patutkah
dilaksanakan perundangan islam sepenuhnya.?


 Tapi kat sini amat melampau. Dari isu serban meleret plak ke jubah.


â€کâ€کPatutkah mereka dibenarkan memakai jubah semasa
bermain bola sepak kerana amalan Rasulullah ialah memakai jubah?'' katanya.


 â€کâ€کKita tidak boleh ketepikan sistem pendidikan kita
yang membantu membentuk minda kanak-kanak Malaysia membesar menjadi rakyat
Malaysia. Tokoh-tokoh pendidikan kita perlu diberi pujian dan rasa hormat kerana
merangka beberapa peraturan sekolah demi kepentingan semua pelajar, masyarakat
dan negara akhirnya.


Iyalah dengan masalah pelajar yg pelbagai macam akibat kurangya
penghayatan agama nak puji depa lagi?


 â€کâ€کMengambil kira semua faktor ini, saya dapati
Peraturan-Peraturan Sekolah 1997 tidak melanggar Perkara 11 (1) Perlembagaan,â€‌
kata Abdul Hamid.


Nampaknya kena ubahla perlembagaan nih


 



Korang kalu x nak ikut sunnah dah la. Just buat la keje korang. Ini menghina sunnah

Bacaan yg lain
Islam ditangan hakim yang jahil
Hukuman Memakai Serban dalam Negaraku Islam Hadhari
Nasib Serban di Mahkamah Persekutuan
â€کLarangan pakai serban tak perlu disensasi’
Serban: Hujah hakim didakwa hina Rasulullah - Pemuda PAS
Ratio?

٨.٦.٠٦

60 Minit Bersama Menteri

Mlm td tertengoklah 60 Minit Bersama Menteri. Tapi dah agak lewat. Tinggal dlm 20 minit lg je. Tapi aku best(menyampah pun ada) ngan jawapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Menteri Agama kita la)

   apa tindakan kerajaan dengan byknya org memohon untuk murtad? – itu hanya permohonan shj. Tak lulus maka dia tak murtad.
Woi! Itu atas kertas. Dia amik borang nak tukaq pun kira murtad dah. Kan dah ada niat nak murtad!


Kerajaan banyak melaksanakan amar ma’ruf tapi tak banyak nahi mungkar – kerja nahi mungkar ni bukan hanya kerja kerajaan.
Org kampung  & ibu bapa juga bertanggungjawab. Sapa yg
meluluskan lesen arak judi? Pak menakan hang? Sapa yg meluluskan konsert Sure Haram (la ni Jom Haram? TV3 ka?




Islam Hadhari apa kalu luluskan lesen arak? – Ooo Malaysia negara majmuk. At least hadkan tempat membeli arak tu pd bukan islam shj.


Selebihnya Sahibus Samahah(coz
jd menteri Agama) byk bermain ngan istilah Arabic. Sederhana la, moderat la &
bla2. Satu lg yg kerap disebut aaaa, aaaa & aaaa.


Kalu byk sebut benda nih u tandanya tak de point nak jawab/takde preparation. Apa la. Kan dah level Sahibus Samahah dah. Guna la ayat quran byk ckit.


p/s: Aku rasa moderator nih (datok
Annuar apa tah)mmg geng islamik gak. Berdasarkan cara dia cara tanya Sahibus
Samahah
& harapan dia agar masjid akan jd pusat perkembangan ilmu &
masyarakat bukan semata2 diimarahkan pada hari jumaat & Solat Raya. Wallahua'lam

١٩.٤.٠٦

PRINSIP PERTAMA ISLAM HADHARI

18 Sept 2005
Anugerah Era dilansungkan di Stadium Bukit Jalil .

28 Sept hingga 1 Oktober 2005
Berlansung pula Festival Filem di Dewan Merdeka PWTC

4 February 2006
Anugerah Juara Lagu ke 20 yang juga diadakan di PWTC

26 February
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ( ABPBH ) berlansung di Arena of Star Genting Highland .

24 March 2006
Anugerah Planet Music 06' dianjurkan di Max Pavillion Singapore Expo di Singapura.

25 March 2006
Bermula Pesta Karaoke dan hiburan di Dataran Majlis Daerah Hulu Terengganu . ( Kuala Berang ) yang dijangka akan dilakukan setiap hujung minggu .

2 April 2006
Fiesta Media Idola dipromosikan hebat di Maran Pahang .

2 April 2006
Hari yang sama berlansungnya Pesta Air Nasional di Taman Esplaned Kuantan Pahang dengan persembahan Ezlyn , Farah AF , Misha Omar , Siti Nurhaliza , Jamal Abdillah , Jinbara dsbnya di hadapan Pengasas atau Pendiri Mazhab Islam Hadhari sendiri , Pak Lah Badawi .

15 April 2006
Konsert Pesta Malam Indonesia akan dilangsungkan di Stadium Merdeka jam 3.00 pm . Dengar khabarnya Pesta ini akan turut diserikan oleh satu kumpulan penyanyi yang bukan sahaj seksi tetapi mempunyai style tarian yang menggiurkan ( lucah ) iaitu kumpulan RATU .

28 April 2006
ni pula ( kalau tak silap saya ) Akan berlansung pula Anugerah Idustri Muzik 06 ' di Merdeka Hall PWTC .

Sementara tu , uji bakat Akademik Fantasia 4 sedang giat berlansung di seluruh negara .

RTM pula dalam mengadakan sambutan ulangtahunnya ke 60 , telah menganjurkan RTM 60 jam tanpa henti dan setiap hari dalam tempoh itu diadakan Konsert RTM dari 1 am hingga 4 am secara lansung . ( Media Islam Hadhari menaja Konsert Menyanyi dan Menari pepagi buta ? )

Perhatian : Kebanyakan Pesta dan Konsert tersebut dianjurkan oleh pihak Kementerian bukan pihak swasta yang mana Kerajaan Islam Hadhari boleh berlepas tangan dengan mengatakan bahawa apa yang berlaku itu diluar pengetahuan mereka .

artikel sepenuhnya boleh di dapati di sini

٧.٤.٠٦

Kemungkaran 15 April ini? Selepasnya?

Konsert Pesta Malam Indonesia kan diadakan. 8 jam brother. RTM yg bust siaran langsung selama 60 jam pun tak buat konsert non stop sampai lapan jam. Maybe ni bleh masuk dlm Rekod Malaysia?. Bermurah hati sungguh polis bagi permit konsert 8 jam. Kalu ceramah pembangkang cukup payah nak buat.Bergelak sakan la makhluk tanduk dua melihatkan beribu2 org tinggal solat asar, maghrib & Isyak.. Tu tak kira percampuran lelaki perempuan.Bagaimana ngan bala Allah nanti?

Maybe prinsip pertama islam hadhari bleh tercapai?

١.٤.٠٦

ISLAM HADHARI :

Saat ummat Islam menyambut Ulangtahun Keputeraan Nabi saw. , semestinya kita sepakat melahirkan rasa cinta yang mendalam kepada Nabi saw. serta mempertahankan kesucian baginda saw. apabila baginda saw. dihina dan diejek .

Malangnya , penganut Islam Hadhari lebih bersemangat mempertahankan artis dari Nabi saw.

10 April 06' yang lalu , melalui Laporan Parlimen jam 5.20 di Warta Negeri TV 1 , dapat ditonton oleh seluruh rakyat Malaysia baginda Ahli Parlimen BN Sri Gading , bersungguh - sungguh mempertahankan P. Ramlee dan begitu amarah beliau kepada pihak yang membandingkan P. Ramlee dengan artis yang lain .

Sedang kita tidak dengar pun suara dia sewaktu Nabi saw. dihina oleh Eropah dan musuh - musuh seluruh dunia . Entah dimana ia menyembunyikan diri disaat seluruh ummat Islam di seluruh dunia bangkit menunjuk perasaan benci dan amarah apabila Nabi saw. dihina .

Sebaliknya beliau hanya "tunjuk perasaan" di parlimen bila P. Ramlee di perbandingkan justeru ia beranggapan P.Ramlee tiada tolok bandingnya .

Dulu Ahli Parlimen yang sama lah ( BN Sri Gading ) yang mendesak supaya hukuman " bunuh " iaitu campak ke laut ke atas seorang penyanyi ( Hattan ) yang kononnya di dapati menyanyi lagu negaraku dengan versi yang berbeza dengan versi yang ada pada hari ini .

Menganggap ianya sebagai satu kesalahan besar yang tidak boleh diampunkan melainkan mestilah dicampak ke laut .

Demikianlah peristiwa yang berlaku sejurus Hattan diminta untuk memimpin stadium menyanyikan lagu negaraku sempena final Piala Malaysia oktober tahun lepas .

Sewaktu A. Farish Noor menghina Nabi , bahawa Nabi saw. pernah berzina dengan seorang wanita yang bernama Raihanah dan sebagainya , malah sewaktu Kassim Ahmad mengeluarkan pandangan agar Hadis nabi saw. perlu dinilai semula , tiada satu hukuman pun keluar dari mulut Ahli Parlimen Sri Gading ini .

untuk ikuti ulasan sepenuhnya sila klik di sini

٣٠.١١.٠٥

Anjing oh anjing

Korang duduk kat taman majmuk tak? I mean taman yg penghuninya mix. Ada melayu, cina, india dan lain-lain. Yang aku nak citerkan kat tmn aku nih. Pg petang ada je anjing yg berkeliaran di jalan-jalan. Ada yg jinak dan ada yg liar. Jinak kerana ada tuan(barua) yg memegang tali tengkoknya. Liar kerana tuannya membiarkan ianya berkeliaran. Takat ni takde dengar kes digigit/dikejar anjing kat taman aku nih..


Paling tension aku ialah 2 things. First anjing ni jinak sangat. Rumah org buat cam rumah sendiri. Dia nak berlingkar depan pintu atau bawah keta dia tak kisah punya. Tutup pintu pagar? Boleh tapi yang kecik terlepas gak. Aku kena sekali. Nyaris dia melepak bawah keta je. Pas tu kena perambatlah. Secondly anjing yg jinak tu barua dia bengong kot. Taman permainan dia bawak anjing dia bersiar-siar. So aku tak gamak nak bawak anak-anak(kecik lg. baru 7 bulan)/anak buah aku pi main kat situ.


Paper hari ni plak cite pasai sorang
mamat tuh
digigit anjing waktu berjogging. Takat yg aku dengar asyik2 muka melayu je yg kena gigit. Tak dengar rasanya india atau cina digigit anjing. Apatah lagi kalu tuannya digigit anjing.


Aku tumpang sedih & berbangga. Berbangga kerana
Malaysia ni negara islam hadhari(had hari). Sedih kerana pihak berkuasa tak
ketatkan peraturan membela anjing. Anjing tak dibenarkan berkeliaran tanpa
tuannya. Kalu tanpa tuan anjing tu ialah anjing gila & akan ditembak. tak
dibenarkan membawa anjing di taman permainan. Bilakah waktu itu kan tiba???
Ataukah isu ini akan senyap balik. Pas tu ada kes maka timbul balik. Then senyap.
Cam biskut chipsmore. Kejap ade, kejap takde