٣١.٣.٠٦
Mengelakkan anak muda berzina
- diri sendiri. Sebab utama ialah kurangnya penghayatan agama. Kalu takat tinggi didikan agama tak dihayati maka jadilah ustaz/ustazah yg menyokong sesuatu perkara kerana duit/pangkat bukan kerana benar.
Apakah kamu tidak melihat orang-orang yang telah diberi bahagian dari Al Kitab (Taurat)? Mereka membeli (memilih) kesesatan (dengan petunjuk) dan mereka bermaksud supaya kamu tersesat (menyimpang) dari jalan (yang benar).4:44
- ibu bapa.
Sabda Nabi "Setiap bayi yang dilahirkan adalah dalam keadaan fitrah (suci bersih/Islam), maka ibu bapanyalah (yang berperanan) menjadikannya (samada) Yahudi, Nasrani atau Majusi".
Ibu bapa seharusnya menyediakan suasana kondusif(menggalakkan) dlm rumah. Baca al-quran setiap hari, adakan solat jemaah & tazkirah sekurang2nya seminggu sekali
- masyarakat/kerajaan
masyarakat hendaklah mengambil hal ehwal jiran2. Kita kena jaga tepi kain org kerana nanti bila berjemaah maybe najis kainnya terkena pakaian kita lalu menjadikan solat kita tak sah. Jangan jaga dalam kain org.
Akhir sekali kerajaan. Sediakan perkara yg menggalakkan makruf/kebaikan. Kalu nak adakan konsert pun adakanlah konsert islam. Tak cukup mengadakan Pusat Islam(JAKIM), Bali Islam, Perbankan Islam, Muzium Islam(bila nak buat zoo islam?). Tutup la segala pintu maksiat macam Fiesta Mlm Indonesia, Akademi Fantasia dsbnya. Dorongan kepada maksiat lebih kuat berbanding kebaikan. Kalu ada kelas pengajian & fun fair sapa yg lebih ramai pi?
Tapi aku sokong sangat langkah Jawi ni. Patutnya semua Majlis/jabatan agama negeri mencontohinya.
٢٨.٣.٠٦
Solat tidak sah?

Ptg kelmarin masa pi amik syg kat sekolah pasang la radio Malaysia Perak. Dengar ceramah agama. Maybe siri ke 2 atau 3. Ustaz tu tanya soalan kalu tinggal solat baik ke tidak? Eh tak tinggal solat tak semestinya tak baik. Ustaz tu punya kias simple je. Tinggal solat tu maa’ruf ke mungkar? So mungkar tu baik ke jahat? Maka org yg tinggal solat tu adalah jahat kerana mengerjakan yang maa’ruf.
Apakah sah solat org yg mengatakan org yg tak solat tak semestinya tak baik(jahat la tu)? Tak sah. Salah satu syarat sah solat iailah mumaiyi’z. So org tadi tak reti beza antara baik & buruk. Maka solatnya tak sah.
Aku rasanya ramai org KL & JB jahat. Kenapa? Ramai yg tinggal solat akibat terperangkap dlm jam pergi/balik ke tempat kerja. Buktinya? Ni
So aku berpendapat tak timbul isu pulau memulau, sembahyang 2 imam, tak makan sembelihan org lain dan sebagainya. Komen? Silakan.
p/s: gambar solat jemaah nih aku ambik paste dr
sini
Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.
٢٢.٣.٠٦
Biofuel

Petang kelmarin aku menghadiri ceramah Isu-isu Semasa oleh Menteri Dalam Negeri & Hal Ehwal pengguna. Isunya ialah tentang lagu 3 kupang. Seperti dijangkakan ceramah ni jadi sessi mewajarkan tindakan kerajaan dalam isu ni. Aku dok setengah jam je. Tak tau apa yg ditanya dalam sesi soal jawab.Mungkin Amirul Reza bleh cite panjang kot kalu dia pun pi dengak. Nak meringankan beban kerajaan, faedah kepada rakyat dll lagi. Aku malas dah nak komen/komplen isu nih. Yang aku nak tanya bilakah kita akan mengguna bahan api alternatif cam biofuel nih?

Pagi tadi cari info( menggoglekan
diri )tentang benda nih. Rupanya dah lama kita mewar-warkan tentang benda nih. Bila nak implement? Bila tengok paper ari muncul apa yg aku harapkan. Kerajaan melancarkan minyak api biofuel(dimelayukan menjadi bahan api bio sawit oleh BH & bahan api bio oleh UM. Ha3. Istilah ni pun tak leh seragam?).
Cuma aku harap semoga biofuel ini akan berjaya mengantikan terus petroleum sebagai bahan api kenderaan. Daripada campuran 5% minyak sawit & 95% diesel usahakan menjadi 100% biofuel(semaksima
mungkin). Kita semua doakan ye. Amin.
Oh ya. Doakan juga agar projek ini tak difaraidkan kepada kroni2 sahaja macampenjimatan 4.5 bilion yg akan digunakan untuk meningkatkan kualiti pengangkutan awam. Amin. Yarabbal a’lamin
p/s: AmirulReza telahpun mengulas ceramah Sahafie Apdal. Utk mengikuti ulasannya sila klik di sini
٨.٣.٠٦
Susahnya memelihara niat.
- At least ni catatan peribadi aku yg tulis.
- Maybe nanti bunaiyaku boleh melihatkan perkembangan diri mereka.
- tahu tahap level pemikiran baba depa. Mengambil pandangan yg dirasakan positif. Dll
p/s: terima kasih kepada semua blogger. Samaada yg senyap atau hingak(selalu bagi komen)
Petua menyembuh batuk berkahak
Aku tak tau kalu kat KL hangpa bleh dapat ke tak putik belimbing nih. Tak pe. Next week cuti sekolah. Balik kampung pi cari. itupun kalu ada pokok belimbing...